AbgZan
Sekarang ni, macam-macam cara cepat nak kaya....cara cepat nak dapat duit....macam-macam kaedah orang gunakan....kaedah yang tak pernah orang pikir pun digunakan...tapi kalau kaedah legal tak mengapa la kan..tapi ni kaedah yang illegal...

Antara yang digunakan adalah kaedah menipu diri adalah seorang doktor pakar....hebat jugak, sebab nak tipu kaedah ni, anda kena ada ilmu at least sedikit ilmu perubatan...dan jugak ilmu "lakonan", atau sekurang-kurangnya pernah berlakon dalam wayang atau drama....

Ish ish...risau pulak...sekarang ni, semua perkara boleh ditipu....

So hati-hatilah semua ya....

-------------------------------- ---------------------------------

'Pakar forensik' perdaya pelabur dipetik dari Harian Metro

AMPANG: Mendakwa dirinya seorang doktor pakar, seorang wanita memperdayakan beberapa individu supaya melabur dalam projek membekal peralatan hospital menyebabkan mangsa kerugian puluhan ribu ringgit.

Terbaru, seorang mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, mendakwa dia ditipu suspek untuk melabur lebih RM10,000.


Susulan itu, polis Bukit Aman menyebarkan gambar dan identiti suspek, Natra Zehan Md Shah, 38, melalui laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, selepas dikesan sudah menipu tiga mangsa.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi berkata, suspek dipercayai melakukan penipuan dengan menyamar ‘Dr Pakar Forensik’ sejak 2009 dan setakat ini tiga mangsa sudah membuat laporan.


Menurutnya, suspek menggunakan taktik menyamar doktor pakar sebuah hospital di ibu negara dan meyakinkan mangsanya untuk melabur dalam projek membekalkan peralatan hospital yang akan memberikan pulangan lumayan.


“Kami tidak menolak kemungkinan mangsa yang terbabit penipuan ini lebih ramai, namun hanya tiga yang tampil membuat laporan.



“Mengikut rekod, dua laporan terhadap suspek dibuat mangsa di Kajang pada tahun lalu dan laporan terbaru di Ampang beberapa bulan lalu. Ia membabitkan wang yang besar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Amiruddin berkata, suspek kini menghilangkan diri serta gagal dikesan di alamat terakhirnya di nombor 52, Jalan Dua, Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Sarjan R Veraiyah di talian 019-3822625 atau Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Ampang Jaya, 03-42952222.


Mereka juga boleh menyalurkan maklumat melalui SMS Polis Selangor ke 32728 atau hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di talian 03-20529999 atau balai polis berhampiran.


p/s: kalau rajin korang add le blog aku ni dalam blog u all yer...n follow ler my blog, hehe....mana tahu ada kisah news atau kisah hidupku yang boleh korang jadikan teladan atau sempadan, hhe...
AbgZan
Assalamualaikum semua,

Ni aku nak ulas sikit tentang isu scam lagi....tapi kali ni bukan sebarang scam. Tapi scam yang jarang berlaku, iaitu scam ibu bapa...bila aku sebut scam, bukan bermaksud, setakat tipu-tipu biasa. Bukan setakat tipu nak keluar dgn boypren ke, tipu nak keluar dgn girlpren ke...atau bukan tipu setakat nak RM20 ke...tetapi tipu yang melibatkan RM100k, dan jugak sampai ibu bapa terpaksa tanggung risiko rumah tempat tinggal kena gadai, sehingga hampir dilelong...

Apa la nak jadi budak zaman sekarang ni....selalunya bila orang sebut tentang kenakalan, atau kejahatan, selalunya kadar kejahatan lebih tinggi utk kaum lelaki (maaf ya, jgn terasa pulak), tetapi kali ini, yang tipu ibu bapa ni, adalah perempuan....

Tak cukup dengan tu, bila dah masuk paper semua, dia nak defend diri dia, dia bagi pulak surat...surat yang bergelar "SURAT ANAK DERHAKA", digelar oleh akhbar tempatan, hehe.... cuba korang tengok ni....


(dipetik dari Harian Metro)


Dalam surat tu, penderhaka itu menyalahkan ibu bapanya 2 perkara:
1) kurang bagi kasih sayang
2) kurang didikan agama

WTF!!!

Macam-macam budak2 zaman sekarang...aku nak ambil iktibar...aku nak beri kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak aku (memang selama ni aku bg kasih sayang yang penuh pon, hehe), dan jugak aku nak bagi didikan agama yang sempurna insyaAllah...bukan aja didikan agama, malah didikan duniawi juga, seperti ilmu bahasa, aku target nak bagi anak aku ilmu bahasa Mandarin dan English sebagai bahasa tambahan. Kalu boleh, bahasa Arab jugak, hehe..

------------------------------------------------------
SURAT ANAK DERHAKA dipetik dari Harian Metro

JOHOR BAHRU: Wanita bekas banduan yang tergamak memperdaya bapa kandung dan ibu tirinya hingga mengakibatkan rumah pasangan warga emas itu bakal dilelong selain barangan kemas turut tergadai berkata, tindakannya itu wajar selepas mendakwa kurang kasih sayang sejak kecil lagi.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Maria, 37, juga mendakwa kekurangan didikan agama sempurna menyebabkan dia terbabit dalam pelbagai perbuatan negatif termasuk penipuan selain melahirkan anak luar nikah.


Perkara itu diluahkan Maria, ibu kepada tiga cahaya mata, menerusi surat yang dipos ke kediaman keluarganya di Taman Universiti di sini, dua minggu lalu.


Ibu tiri bekas banduan itu, Zahrah Mohamad, 68, berkata, Maria juga sanggup memburuk-burukkan namanya dalam surat itu.


“Lebih pelik, dalam surat itu, Maria pada awalnya meminta maaf dan berharap dia tidak dianggap sebagai anak derhaka, sejak berkahwin dengan suami ketika Maria berusia lapan tahun, saya tidak pernah menganggapnya sebagai orang asing, sebaliknya menjaganya dengan penuh kasih sayang.


“Surat dihantar Maria juga menjadi bukti penipuan dilakukannya apabila dia mengaku mengakibatkan kediaman keluarga dilelong selain pernah menggadai barang kemas ahli keluarga,” katanya, semalam.



Menurutnya, jika benar dia keras hati dan pernah menyisihkan Maria ketika kecil, tidak mungkin dia sanggup menyerahkan barangan kemas dibeli hasil titik peluhnya ketika bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.


Zahrah dan suami, Abdul Aziz Ibrahim, 74, turut berharap Maria menyerah diri kepada polis.


p/s: Kalau korang rajin, korang follow ler blog aku ekk...dan kalau rajin, korang add ler blog aku dlam list favorite blog korang, hehe...thanks...

AbgZan
Salam Semua,

Harga minyak dunia naik lagi, cecah paras tertinggi dalam masa 2 tahun..ia berada pada paras $91.48 ketika blog ini ditaip...kali terakhir ia cecah paras sebegini adalah pada October 2008...selalu kenaikan oil price sebegini, diimbangi oleh matawang USD yang menurun...tetapi kali ini, no significant USD/RM drop...

Apakah maksudnya ni? Apa yang tuan-tuan rasa saya nak sampaikan ni...apa yang saya nak sampaikan adalah, harga minyak di Malaysia mungkin naik lagi...jadi bersiap sedialah, hehe....

Sebenarnyer lebih 6 bulan lepas, saya dah sentuh tentang kenaikan minyak dunia mungkin mencapai paras USD96 per barrel by end of 2010...anda boleh baca di sini:

http://kakilabur.blogspot.com/2010/04/crude-oil-minyak-successfully-break.html


Dalam posting lepas, saya kata, kalau USD85 break, the next resistance adalah USD90...now USD90 pon dah break...so my target to touch USD96 is on the way...adakah my aim itu tercapai sebelum 2010 berakhir? hehe...mari kita lihat...:D

Kenaikan minyak kali ini, didorong oleh 2 perkara:
1) falling US crude oil supply
2) US stock market yang memberangsangkan...

ANtara sebab-sebab lain, boleh baca dalam post sebelum ini yang aku bagi link kat atas tu....

So, apakah persiapan kita kali ini?
1) Isi tangki minyak kereta kasi penuh2, everyday kasi full, sbb anytime gomen mungkin naikkan harga minyak, hehe
2) isi dalam bekas2 tong2 minyak hitam ke apa ke...buat stok simpanan, hehe...
3) beli stock market berkaitan minyak!!! goood idea ke ni?? I think NOW IS NOT A GOOD IDEA...but if you bought stock seperti SAPCRES, DIALOG, Tanjung Offshore, Kencana, Dayang,Deleum, Saag, Perisai, KNM, Shell, Petdag dan sebagainya pada bulan April time aku suggest hari tu, mungkin anda akan senyum skrg, hehe...

Anyway, apakah effect kenaikan harga minyak dunia sekarang ni? gua rasa ni permulaan tanda-tanda, BIG CORRECTION of stock market akan bermula...so sesiapa yang tngah trade or invest in stock market, just BE CAREFUL ok!!!

WAllahu'alam....
AbgZan
Assalamualaikum semua,
Saya rasa pasti ramai pembaca-pembaca di sini sedang menunggu berapa diiden ASB tahun 2010 kan? Sebab sure majoriti dari pembaca blog ni,melabur di ASB kan?

Sure ramai dari you all yang dok mencongak berapa yang u all dapat...dok kira-kira....hmm...."kalau aku ada RM400k, kalau dapat 10%, sudah dapat RM40k....hm...boleh makan hotel ni....boleh pergi umrah ni....boleh beli Inspira ni...hehe.." tu antara mainan pikiran berangan-angan berapa dividen ASB tahun 2010...

Ada tak antara kalian yang pikir sebaliknya....? seperti, "hmm...kalau aku dpt dividen RM20k, aku nak invest beli properties...aku nak masuk AHB sikit, diversify..."...

Apa pon yang korang pikir....tak kisah ler...

Malas nak membebel panjang, ASB tahun 2010 dah announce dah pon tadi....7.5% dividen dan 1.25% bonus....perlu diingat, bonus pengiraannya adalah purata pelaburan utk 10 tahun...bermakna,kalau korang ada contohnya tahun 2001 ada RM1k, 2002 ada RM10k, 2003 ada RM50k, ....bla bla bla...2010, RM300k, anda campurkan semua , pastu puratakan bahagi 10....darab dgn bonus 1.25% tadi tu...

So camana? berapa you all dapat? meh kongsi citer sikit, hehe....nak banjer minum2 pon ok...no hal punya, hehe...
AbgZan
Wow, terkejut aku dengar berita ni....sejak akhir-akhir ni banyak berlaku letupan yang disebabkan oleh minyak....baru-baru ni dlm mingg lepas aagaknya, baru aja ada berita letupan di pelantar minyak kat mana ntah....tapi ni yang terbaru tadi, letupan di bandar di Mexico...melibatkan 28 kematian....tapi dalam letupan ni,kebiasaanya ada lar orang yang nak dipersalahkan, untuk mengelakkan kontroversi...dalam kes di Mexico ni, pencuri disalahkan....

Kepada yang selalu kerja offshore, apa pendapat korang? aku dulu-dulu teringin sangat nak kerja offshore oil and gas....tapi berita-berita macam ni menakutkan jugak,hehe....

Okler, baca berita di bawah untuk maklumat lebih lanjut:


Mexican city devastated by pipeline blast; 28 die
Mexico pipeline explosion turns broad swath of city to ash; 28 die, oil thieves blamed
(http://finance.yahoo.com/news/Mexican-city-devastated-by-apf-2522451994.html?x=0&sec=topStories&pos=main&asset=&ccode=)


Soldiers remove household gas tanks that survived the fires and explosions after an oil pipeline exploded in San Martin Texmelucan, Mexico, Sunday Dec. 19, 2010. An oil pipeline operated by Mexico's state-owned oil company Petroleos Mexicanos, or Pemex, exploded early Sunday when thieves were attempting to steal oil, killing at least 27 people, injuring at least 52 people and scorching more than 115 homes, authorities said. (AP Photo/Rodolfo Perez)
E. Eduardo Castillo, Associated Press, On Sunday December 19, 2010, 9:48 pm
SAN MARTIN TEXMELUCAN, Mexico (AP) -- A massive oil pipeline explosion lay waste to parts of a central Mexican city Sunday, incinerating people, cars, houses and trees as gushing crude turned streets into flaming rivers. At least 28 people were killed, 13 of them children, in a disaster authorities blamed on oil thieves.

The blast in San Martin Texmelucan, initally estimated to have affected 5,000 residents in a three-mile (five-kilometer) radius, scorched homes and cars and left metal and pavement twisted and in some cases burned to ash in the intense heat.

Relatives sobbed as firefighters pulled charred bodies from the incinerated homes, some of the remains barely more than piles of ashes and bones.

Officials identified all but four of the dead by Sunday night. Although they released some names, they didn't say if they were all residents of the area or possible suspects.

Housewife Zoyla Perez Cortes, 27, said she awoke about 5:30 a.m. to a strange, overpowering smell, like gasoline. Minutes later, her street looked like it was flowing in tar and then erupted in flames. Her husband knocked down a wall allowing them to escape out the back of their two-story, cement-brick home with their three children.

Her brother-in-law is being treated for burns in a hospital, but she didn't know the fate of his wife and two children.

"It was like we were living in an inferno," she said, her eyes red from crying. "Everything was covered in smoke."

Aside from the deaths, at least 52 people were hurt and 84 remained in a shelter late Sunday after fleeing San Martin, which is about 55 miles (90 kilometers) east of Mexico City. More than 115 homes were scorched, 32 of them destroyed.

The explosion was apparently caused by thieves trying to steal crude oil, said Valentin Meneses, interior secretary for the state of Puebla, where San Martin is located. Investigators found a hole in the pipeline and equipment for extracting crude, said Laura Gurza, chief of the federal Civil Protection emergency response agency.

"They lost control because of the high pressure with which the fuel exits the pipeline," he said.

The oil flowed more than half a mile (one kilometer) down a city street before diverting into a river. At some point a spark of unknown origin caused both to erupt in flames.

Several bodies were found in cars near the location of the leak, but authorities didn't know if the dead were involved in the theft or just there by coincidence.

Many of the buildings destroyed were humble cement homes. Gurza said people are not permitted to live near oil pipelines, but Jose Luis Chavez, 58, who lives 10 blocks from the explosion, said residents had been there for some time.

Chavez said he heard at least two loud booms and saw flames leap more than 30 feet (10 meters) in the air. It was as if a bomb had exploded underground, he added.

President Felipe Calderon arrived late Sunday afternoon to talk with displaced people in a shelter, visit the injured in a hospital and survey damage on the main street where the fuel exploded. Earlier, he expressed condolences to the families of the dead and his support for those injured and affected. He said the federal government would give its full support in investigating who was responsible and bringing them to justice.

No one had been detained.

Interior Minister Francisco Blake Mora mobilized several federal ministries to help victims with medical care, shelter and recovering their lost homes and property.

The state-owned oil company Petroleos Mexicanos, or Pemex, said in a statement that it had shut down the pipeline. Government authorities said the fire was under control by midday. Some areas were without electricity or water.

San Martin Texmelucan is a city of about 130,000 people, according to 2005 government figures, in view of Central Mexico's spectacular volcanos, Popocatepetl and Iztaccihuatl. Farming is important to the area's economy, along with a manufacturing sector that makes chemical and petrochemical products, pharmaceuticals, textiles and metals, the city's website says.

Pemex has struggled with chronic theft, losing as much as 10 percent of all of its product. Criminals tap remote pipelines, sometimes building pipelines of their own, to siphon off hundreds of millions of dollars worth of oil each year, Pemex has said.

There have been 100 such illegal taps this year all along the pipeline that exploded Sunday. It runs from Veracruz, a heavy oil producing Gulf coast state, to Mexico state outside the capital, said Juan Jose Suarez, Pemex director general.

Suarez also reported 60 illegal taps on the pipeline in the area of Sunday's disaster, and 580 nationwide this year. He said such illegal taps cause leaks in only 3 to 4 percent of the cases.

In 2009, the U.S. Justice Department said U.S. refineries bought millions of dollars worth of oil stolen from Mexican government pipelines and smuggled across the border in illegal operations led by Mexican drug cartels expanding their reach.

Two Texas oil company officials were sentenced to probation in September for their roles in the sale of petroleum products stolen from Mexico.

Pemex sued five companies in the U.S. in June for allegedly buying stolen Mexican petroleum products.

Also in June, police arrested 13 people who they said excavated a 500-foot (150-meter) tunnel under a busy neighborhood in Mexico City to steal fuel from oil company pipelines.
AbgZan
Petang Sabtu, aku, wife dan anak-anakku menuju ke Dataran Merdeka, tak lain dan tak bukan untuk menonton drift, hehe....tak perlu kuciter panjang, tengok aja pic-pic dan video di bawah ni....hehe









Ini dia zaman skrg,budak-budak pun digunakan sebagai model kereta...









Klik PLAY button to watch short video aku rakam masa drift...hehe




AbgZan
Pagi tadi, hari yang agak sibuk buat aku....pagi-pagi bangun, prepared untuk register MBA...Patut 8.30-12.30pm pendaftaran...tapi aku bertolak dari rumah jam 10.30am, hehe...lepas tu, destinasi pertamaku adalah untuk buat salinan IC dan Transcript, itu aja yg aku miss....pergi kedai A (selalu jugak aku pi kedai ni utk copy) nak copy, sekali rosak...tak pernah-pernah rosak....

Aku pergi ke kedai B, pon rosak jugak..sudah...buat hal pulak...aku pon teringat, dekat2 UiTM sana (dekat2 foodcourt+KFC) ada banyak kedai fotostat...aku pon lantas drive dgn lajunya, sampai dekat2 area SMC, traffic jam teruk (kereta tak bergerak langsung)....tak pasal2...mula-mula aku ingatkan pasal ramai sangat org nak register UiTM pagi tu...tapi takkan sampai ke SMC seksyen 20 kot...terus aku pusing ikut jalan lain....jalan lain yg aku ikut, kebetulan lalu di bawah flyover tempat yang jam tadi...dari bawah aku nampak, kerja-kerja perbaiki jalan sedang dijalankan...apa la kejadahnya buat kerja-kerja baikpulih jalan pada jam 10 pagi??? buat ler jam 1 pagi ke, 3 pagi ke....apa la...

Terus aku bawa laju-laju, pergi kedai fotostat, settle satu tugasan...terus aku pi UiTM Dewan Sri Budiman...

aku tengok orang masih ramai...aku blank tak tau nak buat apa...tanya orang, orang suruh ambik "bag" dulu...dalam tu ada procedure apa nak buat....bila aku amik, ada 6 step kena buat...pergh, sempat ke....cuba tengok ni..




Nak dipendekkan cerita, selepas aku sampai step 6, nak settlekan step terakhir, gadis kat situ pulak strict...suh aku sahkan IC+transcript aku....aku cakap, dlm site tak suh pon..dia kata benda tu standard le ...dia suh aku pi fakulti minta pengesahan....aku tanpa pikir panjang terus cari department of Business Management...tanya orang semua kat mana....jauh jugak jalan kaki cari department....bila sampai sana, tengok takde orang...baru aku teringat semua orang fakulti berada di Dewan...apa la aku ni....kenapa la aku tak pikir time tu...otak tengah celaru la katakan, penat aja...terus aku patah balik ke Dewan, jumpe fakulti, minta sign....akhirnya settle jugak...penat aku pagi tu....

Persoalannya sekarang, ada tak audience kat sini yang register jugak pagi semalam? hehe... bagi tau ler kat sini...mana tau aku jadi classmate korang ke, haha...
Labels: , 1 comments | edit post
AbgZan
Salam all,

18 December ni adalah tarikh yg agak bermakna buatku...kerana, aku dah decide utk ambik master dlm MBA, Master of Business Administration....di UiTM, Shah Alam....

Aku decide nak amik master ni, atas beberapa sebab...antaranya, sebab aku memang amat berminat dengan ekonomi, pelaburan dan perniagaan....tapi yang palin aku suka adalah ekonomi dan pelaburan, sebab aku ada pelbagai pengalaman menarik dalam pelaburan, dalam bidang hartanah, emas, unit trust, stock market / bursa saham, forex, koperasi, etc... banyak pahit manisnya....aku rasa dah sampai satu tahap, yang aku pelu berguru dengan guru bertauliah (selama ni semuanya aku belajar, mentelaah sendiri di internet, buku-buku dan kaedah cuba-cuba dan pengalaman) ....

Kedua, kalau aku ada MBA, peluang pekerjaan aku lebih meluas...selain bekerja sebagai engineer / jurutera seperti yang aku kerja sekarang, aku juga berminat nak bekerja di bidang financial .... sebab, sejak dari kecil aku memang minat dengan numbers...minat dgn matematik....sejak dari kecil aku telah dididik dengan investment / pelaburan oleh parents aku.... pada masa yang sama, aku jugak minat dengan fizik, add math, kimia etc, dan sebab tu la aku kerja sebagai engineer skrg, hehe...

Tetapi, aku wonder, macamana agaknya kalau aku kerja di bhgn financial? bagaimana kalau aku kerja di banking institution? kerja di BNM? Kerja di Kenanga? OSK? hmm....macam lebih menarik minat aku....tapi itu semua memerlukan degree, atau master dlm business / financial....
justeru, ini langkah pertama aku untuk widen job opportunity....

Ketiga, kalau aku ada MBA, peluang untuk naik pangkat di office aku sbg manager mungkin lebih tinggi (haha, berangan aja kan) .... walaupon aku tak rasa aku akan bypass ramai senior2 di office, but, who knows? tiba2 ada opening, yang memerlukan MBA+Engineering background, haha....(cheh, berangan aja lebih, seolah2 macam akan kerja for life di office aku skrg :) )

Keempat, kalau aku minta kerja tempat lain, dengan adanya MBA, insyaAllah, peluang utk diberi jawatan lebih tinggi spt Manager lebih cerah...wallahu'alam..

Kelima, bina networking dgn classmate yg rata-rata sudah berkerja, hehe...

Keenam, aku ada cita-cita utk amik CFP...u all pernah dgr tak?? certified financial planner...kalau ada tu, lagi besh...

a) aku boleh caj sesiapa nak consultatio dari aku...macam Azizi Ali kali terkhir aku dgr dulu dia caj RM2k sejam...Aziz CFP pernah dgr?

b) Aku boleh kerja dgn jawatan manager, possibly Fund Manager , perghhh

c) Aku jugak leh kerja di broker2....hehe
.

Tu antara sebab-sebab kenapa aku nak amik MBA....

Tetapi skrg ada beberapa perkara yg aku dok pikir:

1) aku dah sedia busy skrg ni, bila amik MBA, mungkin aku akan bertambah sibuk...haha..

2) nak kena bayar RM4k++ registration minggu ni, hehe...duit lagi keluar....hehe...mgkin bagi korang yang gaji besar aa la sgt, tapi bg aku RM4k tu quite significant amount...macam2 boleh buatdgn RM4k tu, hehe....anyway, UiTM still the cheapest in Malaysia utk MBA kalau tak silap aku, dlm RM13k+ utk total pengajian....

Ada apa2 komen guys? ada sesiapa yg dah ada MBA? ada sesiapa yg akan jadi classmate aku? hehe

Wallahu'alam
Labels: , , 4 comments | edit post
AbgZan
"Encik, encik free tak skrg?" Begitulah pertanyaan yang terpacul dari mulut seorang mamat ni, sebaik sahaja aku meletakkan kenderaan di tempat letak kereta berdekatan PKNS...

"Alamak, saya ada hal la skrg..." saya mengelak, sebab saya sudah masak dengan orang-orang sebegini, sure mahu jual barang punya...padahal saya memang ada hal nak pergi PKNS ni...kalau depa dah mula bukak cerita, for sure sekurang-kurangnya 30 minit habis kat situ...

"Encik tau tak, macamana pencuri mencuri kereta, senang jer....meh sini saya tunjuk kat kereta encik..."

Erk...kata-kata tersebut, membuatku terpaku...perasaan ingin tahu, berbaur dengan perasaan bimbang yang tiba-tiba muncul di benak fikiranku...terusku "mengangguk" bagaikan terpukau dengan helah salesman tersebut....

Salesman tersebut, tanpa membuang masa terus mengeluarkan dawai, dan tidak sampai 2 saat, pintu keretaku terbuka....tidak sampai 10 saat, enjin dihidupkan....kebetulan keretaku takde alarm...menurut mereka, kereta yang ada alarm pun, mereka boleh matikan dengan mudah...

Begitulah introduction salesman-salesmen tersebut, yang tidak kurang 6 orang jumlah mereka bergelegar di perkarangan letak kereta berdekatan PKNS...tujuannya tak lain dan tak bukan hanya untuk jual product mereka, iaitu product security system, bagi mengelakkan kereta dicuri orang...tidak perlulah saya namakan apa nama syarikat tersebut....

Nak dipendekkan cerita, aku tak beli product diorang, sbb agak mahal...pastu aku terus pi PKNS...then, aku balik rumah...sedar-sedar jer....ARGGHHHHHHHHHH.....ipod sudah ilang...di mana yer??? tercicir kah?? tak mungkin...jadi di mana ye??? baru kuingat, kali terakhir anakku yang berusia 3 thn lebih bermain ipod di seat belakang kereta, dan memang selalu dia main dan tinggalkan saja di seat kereta....dan nak dijadikan kereta, kbetulan, haritu, aku terlupa nak cek, barangkali disebabkan diluru oleh salesman2 tadi....

Apa kesimpulan/ ramalan ku buat???

Ramalanku, dan aku yakin 98%, bahawa ipodku dicuri oleh "pakar-pakar" tadi...tujuan cerpenku ini, bukan untuk menuduh, atau mengadu, tetapi untuk mengingatkan semua bahawa:

1) Hati-hati dengan salesmen-salesmen tersebut, jikalau diapproach, kalau boleh, cepat-cepat blah....

2) Pastikan tiada barang berharga dalam kereta, kerana "pakar pencuri kereta" tersebut, hanya memerlukan 2 saat untuk membuka pintu...renungkanlah....

3) Jikalau kereta yang ada alarm, mereka akan buka kereta cara lain, iaitu, dengan cara membuka bonet depan, diikuti membuka "lock" kereta dengan bermain2 dengan alarm/bateri di bonet...(aku tak pandai nak cerita, sebab tak pakar)

4) Kalau boleh, parking ler di tempat lebih selamat, dan lebih dekat dengan ramai orang, biarpun lebih mahal kos parking...

5) kalau mampu, pasanglah alarm yang lebih selamat

Kesimpulannya, aku TENSENNNN sbab Ipod Touch mainan kgemaran anakku dicuri orang...kena cari lain, arghhh, tesennnya la...

Wallahu'alam...
AbgZan
Assalamualaikum semua,


Nampaknya sudah lama sangat saya ta update tentang stock market...


Kita perhatikan, stock market di Malaysia, atau Bursa Saham Kuala Lumpur, outperform....mengatasi stock market di US, UK, Europe, Asia dan lain-lain...kerana apa? kerana Stock Market di Malaysia, antara salah satu yang sudah cecah "all time high" sejak pertama kali berlaku pada Januari 2008 sebelum menjunam laju ke paras 800++... skrg stock market di Malaysia berjaya cecah kembali paras all time high tersebut, malah berjaya break into "new"all time high, abut 1530...memang superb....

Walaupun ketika tu, Europe ak habis-habis keluarkan pelbagai bad news, di mana matawng Euro menjunam ke paras terendah sejak tahun lepas, iaitu EUR/USD menjunam dari 1.51 kepada 1.19 dalam masa beberapa bulan sahaja, tetapi pada masa yang sama, KLCI / BSKL masih mendaki mencipta new all time high....

Ini kerana Malaysia sejak tahun lepas, pelbagai rangsangan ekonomi dilaksanakan oleh kerajaan. Malah dirangsang dengan pelbagai berita-berita baik berkaitan ekonomi negara yang baik...Maka bulan lepas, KLCI dengan jayanya cecah 1530,new all time high...

Tetapi adakah ianya akan bertahan? Adakah KLCI masih mengamalkan, "Dasar Pandang ke Barat"? Sejak dari dulu, bukan sahaja Malaysia, malah Asia dan Eropah mengamalkan dasar pandang ke US, iaitu melihat kepada perkembangan ekonomi Amerika Syarikat...
Tetapi, sejak 6 bulan kebelakangan ini, Malaysia, lebih kepada pandang kepada diri sendiri....

Persoalannya, sampai bilakah?

Pada pendapat saya, sampai Malaysia ketandusan idea, untuk mengeluarka apa lagi berita ekonomi yang menarik....skrg ni, Malaysia dah agak tepu dengan berita-berita menarik...

Malaysia juga telah mencipta new all time high, yang parasnya, boleh dikatakan, "DOUBLE TOP" (sila baca post saya sebelum ini tentang DOube Top)...

US pula (Dow Jones Industrial Averag, DJIA) , pada hemat saya, skrg ni tengan struggle memecahkah resistance 11,400...sebelum ini saya pernah menyatakan kepada kawan saya bahawa 11,400 mungkin merupakan "TOP" untuk DJIA....dan ia memang berlaku, tetapi skrg ni, mencuba buat kali kedua untuk break....jikalau break, next target 11,800....jikalau 11,400-11,800 gagal dipecahkah dalam 2 bulan ini, pada firasat saya, nantikanlah PROFIT TAKING YANG KAW-KAW untuk US, atau even worse, double dip recession mungkin berlaku....

Jikalau ia berlaku, maka nantikanlah KLCI menuju kembali ke paras 1,100-1,200 at least....

On the other side, jikalau KLCI sambung mendaki, 1,640 is the next target...but...don't be so wishful that is gonna happen so soon....

Wallahu'alam...
AbgZan
Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan satu skim pelaburan baru yang diperkenalkan oleh kerajaan. Skim ini dipanggil Skim Amanah Hartanah Bumiputera, atau singkatannya AHB. Kalau kita dengar, bunyinya iras-iras ASB. Mungkin sengaja digelar begitu, kerana, pulangannya yag dijamin kerajaan, dan pelaburan yang selamat. Bukan itu sahaja, ia juga berlandaskan syariah.

Kalau sebelum ini, ramai bumiputera yang mungkin was-was dengan kehalalan ASB, tetapi kini, pelabur tidak perlu gusar dengan AHB, kerana ia dijamin halal dan berlandaskan syariah. PHB (Pelaburan Hartanah Berhad) sanggup mengeluarkan dua lagi hartanahnya, iaitu bangunan Bumiputera-Commerce di Jalan Raja Laut dan ibu pejabatnya di Saujana Resort daripada skim tersebut, kerana ianya idak mematuhi syariah.

AHB dilabur dalam 5 hartanah iaitu, hartanah yang bernilai RM1 bilion iaitu CP Tower di Damansara, Wisma Consplant di Subang Jaya, bangunan Tesco di Setia Alam, Kompleks Industri di Shah Alam dan Menara SPRM dekat Putrajaya.

Beberapa ciri AHB yang menarik:
1) Pelaburan minima hanya RM500
2) Pelaburan maksima RM200k (sama seperti ASB)
3) Dijangka memberi dividen tidak kurang 6% (sama seperti ASB)
4) Harga belian dan jualan yang sama, iaitu RM1 seunit (sama spt ASB)
5) Boleh dijual (keluarkan duit) pada bila-bila masa (sama spt ASB), tetapi hanya sekali sebulan (ASB unlimited kali)
6)Syariah
7) Memberi dividen 2 kali setahun

Cepat, cepat,selagi stok masih ada, kerana ia terhad kepada RM1billion aja. Jangan tunggu ia jadi macam Bank Rakyat, sudah queue 5 tahun untuk melabur, tetapi masih tiada quota....hehe...


Any comments? feel free to ask....:)
AbgZan
Assalamualaikum semua,

Lately agak busy dengan pelagai perkara. Macam-macam benda nak uruskan, sampai banyak benda tak terurus...

Anyway, kepada yang ingin berdoa Akhir Tahun (dibaca 3x sebelum Maghrib) dan Awal Tahun (3x selepas Maghrib) boleh lah baca ni (klik utk lebih jelas):











Credit to En. Malik....yang telah menyumbangkan doa ini, hehe....
thanks...