AbgZan
Seolah-olah Utusan, Berita Harian atau PNB membaca blog saya berkenaan komen pembahagian ASB yang rendah utk tahun ni, mereka menceritakan kenapa mereka memberi dividen yang sikit, padahal mereka mampu beri 11sen seunit (atau 11% dividen dgn kata lain)....

Sebab2nya jugak dinyatakan dalam akhbar tempatan, seperti yang saya ramalkan, hehe...

Berikut adalah petikan akhbar Utusan:



Agihan pendapatan, bonus ASB 8.55 sen

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
pengarang@utusan.com.my



Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan
Hamad Kama Piah Che Othman menunjukkan jumlah agihan pendapatan dan bonus ASB di
Kuala Lumpur, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 14 Dis. - Seramai 6.78 juta pelabur Amanah Saham
Bumiputera (ASB) bakal mendapat agihan pendapatan sebanyak 7.30 sen seunit dan
bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan 31 Disember 2009.

Jumlah
agihan pendapatan itu meningkat daripada 7.00 sen seunit pada tahun lalu.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid
berkata, peruntukan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM4.95 bilion,
peningkatan sebanyak 19.56 peratus berbanding RM4.14 bilion pada tahun
sebelumnya.

Peruntukan bagi pembayaran bonus pula melibatkan sejumlah
RM537.65 juta oleh PNB.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar
pengumuman prestasi ASB di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden dan
Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, jumlah agihan pendapatan itu adalah kompetitif meskipun ia mampu membuat agihan sebanyak 11 peratus.

Jelas berkata, pelabur tidak boleh membandingkan secara kolektif jumlah agihan pendapatan dan bonus tahun lalu masing-masing sebanyak 7.00 dan 1.75 sen seunit, sebaliknya perlu melihat prestasi dana ASB sendiri.

Mengulas lanjut, Hamad Kama Piah menjelaskan, dalam situasi semasa
adalah tidak adil sekiranya para pelabur mengharapkan jumlah agihan yang tinggi.

"Biarpun ramai yang tidak suka cara saya membuat perbandingan, tetapi
hakikatnya pulangan yang kita berikan adalah lebih baik daripada simpanan.

"Saya membuat perbandingan sedemikian kerana seperti yang saya katakan
sebelum ini, para pelabur boleh mengeluarkan pelaburan mereka pada bila-bila
masa, sama seperti bank.

"PNB memberi agihan 7.30 sen seunit sedangkan
kalau kita menyimpan hanya memperoleh 1.7 atau 1.8 peratus sahaja, beza lebih
lima peratus," ujarnya.

Ditanya mengapa perlunya PNB menyimpan rizab
bagi dana-dananya, Hamad Kama Piah menjelaskan: "Ia adalah pendekatan PNB untuk
membolehkan kita menambah pelaburan bagi memperoleh pulangan lebih baik pada
masa akan datang".

Ahmad Sarji menambah, sehingga 10 Disember lalu, ASB
telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM5.46 bilion, naik 3.4 peratus
berbanding RM5.28 bilion pada 2008.

Syarikat-syarikat pelaburan
menyumbang sebanyak RM1.48 bilion atau 27 peratus daripada jumlah pendapatan
kasar manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang sebanyak RM3.67
bilion.

Pendapatan selebihnya yang berjumlah RM309 juta diperoleh
melalui pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain.

Ahmad Sarji berkata, pengiraan pengagihan pendapatan itu adalah
berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang
tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember 2009.

Sementara
pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum
bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula 2000 hingga 2009.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara
automatik ke dalam buku pelaburan pemegang saham dan urusan mengemas kini mulai
4 Januari 2010.

Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat Amanah Saham
Nasional Bhd. (ASNB) dan ejen-ejen di seluruh negara akan ditangguhkan bermula
21 Disember ini hingga 3 Januari 2010 bagi tujuan pengiraan pengagihan.




Takkan baca aja kawan, komen le sikit, 10 saat aja pon, hehe..
Labels: edit post
5 Responses
  1. pak wan Says:

    memang tak ok.. cz kalu 11% lagi best buat belanja.. laju skit akaun ASB saya menggunung hehe .. sori aa komen tak membina skit :P ..

    tapi teruskan blogging.. very nice blog :)


  2. AbgZan Says:

    hihihi, tkpe....komen2 biasa2 aja , for fun...even my post here also for fun, heh..

    nway, ni ojah mana ek? yg dekat KEmenaterian Wanita ke?


  3. cdanhash Says:

    ahaks... keuntungan 11%, dibayar 7.3% itu adil kot... mengapa pula ASB dibandingkan dengan bank, ada ura2 nak tukar jadi Bank Saham Bumiputra kot...

    katakan tahun depan si A bukan lagi seorang pelabur, kemana baki 3.7% itu dihalakan... huh, adil sungguh...


  4. pak wan Says:

    oo ade ojah kementerian wanita ke?? saya anak buah agensi miti kat trg jek :)


  5. aslam Says:

    simpan la dlm tabung haji yg lebih patuh syariah...xpun invest dlm unit amanah