AbgZan
Malaysia kini terperangkap dalam nilai tambah yang rendah, gaji yang murah dan struktur produktiviti yang lemah...

Percaya tak? Percaya laa....

Tu bukan gua yg cakap tapi Menteri Kewangan Kedua yang cakap, hehe....
So, kalau dah tau macam tu, harap kerajaan cuba atasi perkara ni la, hehe...


Segerakan transformasi ekonomi

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Ekonomi Malaysia perlu
segera ditransformasi kerana berada dalam kedudukan statik sejak sedekad lalu,
menyebabkan negara ketinggalan jauh di belakang berbanding negara-negara jiran.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah berkata, sehubungan
itu, kerajaan perlu melakukan banyak perubahan kerana transformasi fundamental
dan struktur ekonomi adalah kritikal.

''Malaysia kini terperangkap dalam
nilai tambah yang rendah, gaji yang murah dan struktur produktiviti yang
lemah,'' katanya ketika berucap di Persidangan Tinjauan Ekonomi Kebangsaan
2010-2011 di sini hari ini.

Tambahnya, negara ini mencatatkan
pertumbuhan kedua terendah pada kadar 5.5 peratus berbanding China, India,
Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand.

''Kita telah kehilangan daya
saing untuk kekal menjadi peneraju dalam banyak sektor ekonomi.

''Pelaburan swasta hanya tinggal separuh berbanding sebelum krisis Asia
manakala modal intensif bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan semakin
menyusut,'' katanya.

Ini berbeza dengan Singapura dan Korea yang
menyaksikan Kadar Keluaran Negara Kasar per kapita sejak tiga dekad lalu,
masing-masing melonjak sembilan dan 12 kali. Bagaimanapun, Malaysia hanya empat
sahaja.

Husni menjelaskan, antara 2000 hingga 2007, nilai tambah setiap
pelaburan dalam peratusan jangka nominal bagi sektor pembuatan jatuh daripada
30.6 peratus kepada 21.7 peratus manakala sektor perkhidmatan susut kepada 221.1
peratus berbanding 26.8 peratus.

Beliau berkata, persekitaran ekonomi
global sudah berubah dan Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada rakan
dagangan tradisional dan Malaysia menghadapi tekanan kompetitif daripada
pasaran-pasaran baru muncul dalam eksport semasa.

''Berikutan itu, kita
perlu mengembalikan peranan sektor swasta dalam ekonomi dan menjadikannya
sebagai enjin pertumbuhan utama melalui konsep 1Malaysia dalam ekonomi.

''Kita perlu membina semula persekitaran yang mampu memberi keyakinan
kepada pelabur-pelabur swasta.

''Apa yang kekangannya adalah kepimpinan
dan tadbir urus, kestabilan mikro ekonomi, mobiliti sumber berasaskan pasaran
dan pengetahuan serta masyarakat inovatif,'' tambah Husni.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm


Takkan baca aja bro and sis, komen la sikit kat bawah ni , hehe...
Labels: edit post
1 Response
  1. syaf Says:

    lepa dah bace artikel itew aku setuju ngan statment ko