AbgZan
Khazanah jual pegangan dlm GLC, apa maksudnya? Apa akan berlaku kalau Khazanah start jual pegangan? Effectnya adalah, counter2 saham tersebut akan jatuh secara perlahan2...tidak mendadak (sbb depa pon bijak, depa takkan jual mendadak, sbb takut introduce panick selling nanti)....

so apa akan berlaku counter tersebut hanya akan jatuh secara perlahan2....melainkan ada jerung2 lain yang tadah, dan sambut utk backuup....tapi bila dah di war warkan cam ni, ada ke yg berani sambut? Lebih2 lagi pada tahap market yang sudah peak ni....

Apa pon, gua menyambut baik tindakan Ghazanah tersebut, sbb gua memang tgh menanti2 harga rendah ni, hehe...teruskan lah Khazanah....:)

Berikut adalah petikan dari Utusan...

Khazanah terus jual pegangan dalam GLC


KUALA LUMPUR 16 Dis. - Khazanah
Nasional Bhd. (Khazanah) akan terus menjual pegangannya dalam syarikat-syarikat
milik kerajaan (GLC), selepas melakukan penempatan dua peratus ke atas Tenaga
Nasional Bhd. (TNB), minggu lalu.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman
Mokhtar berkata, penempatan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

''Kita akan terus mengurangkan pegangan dalam GLC tetapi
beransur-ansur,'' katanya ditanya sama ada pelupusan itu akan terus dilakukan
pada masa depan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Penjualan itu dilakukan selepas Khazanah melakukan penempatan 55 juta
saham Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) pada September lalu.

Khazanah telah menjual 86.75 saham TNB pada harga RM8.10 sesaham,
meningkatkan hasil kasar sebanyak RM702.7 juta untuk sayap pelaburan itu.

Tindakan tersebut juga selari dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak pada Mei dan November lalu untuk meningkatkan pasaran saham
tempatan.

Khazanah menguasai sebahagian daripada kepentingan dalam
Malaysian Airline System Bhd., PLUS Expressways Bhd. dan UEM Land Holdings Bhd.

Malah, ia turut memiliki kepentingan dalam syarikat kereta nasional,
Proton Holdings Bhd., Kumpulan Axiata Bhd. dan Telekom Malaysia Bhd.




Takkan baca aja kawan2, luangkanlah masa bagi sikit komen, bukan penat pon, hehe
0 Responses