AbgZan
Aik, BANK ISLAM nak jadi PEMAJU HARTANAH? Menarik gak tu, hehe....kalau betul, dan kalau ia menjadi pemaju yang berjaya, boleh naik saham Bank Islam (BIMB) ni....skrg harganya pon murah nak dicomparekan dgn bank2 lain di Malaysia ni....harganya hanya lebih kurang RM1.20 macam tu....nak beli macam boleh tahan aja ni, hehe...

Ikuti artiket di bawah yang dipetik dari Utusan...


Bank Islam jadi pemaju hartanah?

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
najib.daud@utusan.com.my

PETALING JAYA 16 Dis. – Bank Islam Malaysia
Bhd. (Bank Islam) tidak menolak kemungkinan untuk menjadi pemaju hartanah pada
masa depan berikutan pembabitannya dalam pembangunan hartanah wakaf di negara
ini.

Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat berkata,
pembabitan bank tersebut di dalam pembangunan hartanah masih di peringkat awal.

Ketika ini Bank Islam terbabit di dalam pembangunan Menara Wakaf
setinggi 34 tingkat yang dibangunkan oleh TH Technologies Sdn. Bhd., yang mana
bank tersebut bertindak sebagai penyewa utama kepada bangunan itu apabila ia
siap kelak.

“Menara Wakaf yang terletak di Jalan Perak, di sini
merupakan projek pertama Bank Islam terlibat secara tidak langsung namun kita
membayangkan untuk membabitkan diri secara serius di dalam bidang hartanah pada
masa depan jika ada peluang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada
pemberita selepas majlis perasmian cawangan Bank Islam cawangan Kota Damansara
yang ke-95 di sini yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Jamil Khir Baharom.

Turut hadir ialah Pengerusi Bank Islam, Datuk
Mohd. Bakke Salleh dan Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.

Dalam pada itu Zukri berkata, Bank Islam merancang untuk membuka 10 lagi
cawangan barunya tahun depan dengan pelaburan mencecah hampir RM7 juta ringgit.

Beliau berkata, pembukaan 10 lagi cawangan baru itu merupakan antara
usaha untuk mengukuhkan kehadiran Bank Islam di negara ini selain menjadi pemain
utama dalam sektor perbankan Islam.

Katanya, daripada 10 cawangan yang
dirancang itu, tiga telah dikenal pasti lokasinya manakala selebihnya di dalam
perancangan untuk menentukan lokasi.

“Antara lokasi yang telah
ditetapkan ialah Alor Setar, Bukit Jelutong Shah Alam dan Sri Petaling yang mana
kos pelaburan adalah antara RM600,000 hingga RM700,000 sebuah,” katanya.

Menurut Zukri, bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember tahun depan
Bank Islam yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Haji secara majoritinya perlu
menggandakan usaha untuk meningkatkan kehadiran serta pegangan pasaran di negara
ini.

Katanya, Bank Islam telah menukar tahun kewangannya yang berakhir
30 Jun setiap tahun kepada 31 Disember bermula tahun depan bagi tujuan
penyeragaman sebagaimana yang dilakukan oleh Lembaga Tabung Haji.

“Sebagai syarikat yang menguasai 52 peratus di dalam Bank Islam, maka
kami perlu mengikut hala tuju yang telah ditetapkan oleh pemegang saham utama
kami,” katanya.


Kawan2, bagi la komen sikit, saya amat hargai, hehe...
0 Responses