AbgZan
Adakah pelancaran projek-projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bakal merangsang 'Super Bull Run' iaitu lonjakan saham luar biasa di pasaran saham tempatan seperti yang berlaku pada 1993 dulu....mungkin ramai daripada kita tak pernah mengalamainyer....aku sendiri time tu masih sekolah rendah, mana paham ttg stock market jadah ni, hehe.

Kalau kita buat kajian past hisory dan tengok senario yang berlaku sekarang hampir sama pada 1993 ketika Malaysia merancang untuk melaksanakan projek-projek besar.

Dalam kes sekarang, walaupon kebanyakan projek hanya dilaksanakan setahun kemudian tetapi impak positif terhadap bursa Malaysia dapat dirasa lebih awal.

Kalau ETP berjalan lancar bursa tempatan akan terus kukuh, dan dana luar pun akan mula berminat nak labur dalam BSKL kita...skrg ni dana luar masih tak berapa memberangsangkan sgt...

Secara prinsipnya bila sesebuah dalam prestasi baik, prestasi itu akan digambarkan melalui bursa tempatan dan begitu sebaliknya. So sekarang ni, BSKL dah berada pada takuk yang tinggi, maka ini bermakna ekonomi kita pon sedang berada di puncak...Ada sumber mengatakan ekonomi negara kita skrg ni berada di landasan sebenar...tapi tak dinafikan kadang kala Bursa berada di landasan yang tersasar sikit, samada over value atau under value (semasa market crash)....

Satu lagi, kepada yang tak aware , pasaran saham tempatan akan mendapat rangsangan daripada pelaburan projek minyak bernilai RM20 bilion yang diumum beberapa minggu lepas...pengumumam tu mengejutkan banyak para penganalisis.

Pendek kata, perkembangan ekonomi semasa dijangka mempercepatkan situasi 'Super Bull Run' dalam pasaran tempatan. Leih-lebih lagi, dengan pengukuhan ringgit, kecairan yang tinggi dan kadar faedah yang rendah menjadi situasi 'Super Bull Run' lebih menarik.

Institusi perbankan dan kewangan Malaysia sekarang ni memiliki kecairan sekitar RM250 bilion, menjadikan sektor perniagaan semakin mudah dan selesa. Tambahan pula, dengan kenaikan harga komoditi yang luar biasa menyebabkan ia memberi bonus kepada ekonomi....

Perkara-perkara begini banyak merangsang pasaran KLCI / BSKL kita...akan tetapi, kita kena sentiasa waspada dan usah terperangkap dengan movement KLCI yang terlalu rancak ni....

Aku rasa, market KLCI , malah market serantau tengah tunggu right timing aja untuk menjunam....tengah tunggu wujudnya BAD NEWS, samada bad news itu akan keluar secara kebetulan atau sengaja diadakan atau sengaja diperbesar-besarkan bagi merealisasikan PROFIT TAKING YANG KAW-KAW, atau BIG CORRECTIOn....

AKu jangka kalau ia berlaku, ia akan turun ke paras 1100-1200....Aku jangka ia akan bermula sekitar Mac/April, atau June/July/Ogos ....

Mari kita lihat....

Wallahu'alam...
3 Responses
  1. Matjoe Says:

    tak berani lagi nk involve dgn stock. tp bila bc macam menraik jugak. kumpul property dulu kot


  2. Anonymous Says:

    Selagi tak tukar kerajaan selagi tu la Malaysia tak kemana-mana.Hasil negara dirompak oleh mereka yg berkuasa


  3. Mr. Ongmali Says:

    Artikel menarik mengenai super bull run 1993 !