AbgZan
Berita hari ini dalam Utusan, menarik minat aku...tak sangka pulak aku urusan jual beli hartanah mencapai beratus bilion setahun...ini menunjukkan bahawa makin ramai yang duk beli hartanah, sama ada untuk dijadikan tempat tinggal, ataupun sebagai pelaburan, atau utk disewakan....pelaburan dalam hartanah makin menarik minat ramai orang...cuma satu benda aku bimbang bila hartanah menjadi semakin diminati ramai....

apakah ia? nanti aku citer..

----------------------------------------------

Urus niaga hartanah lebih RM100 bilion tahun ini (dipetik dari Utusan)

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Urus niaga hartanah dijangka melebihi RM100 bilion tahun ini daripada RM96.77 bilion pada 11 bulan pertama tahun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Harta, Datuk Abdullah Thalith Md Thani.

Beliau berkata, pemulihan ekonomi telah merancakkan semula pasaran hartanah dengan sub-sektor harta kediaman kekal penggerak utama pasaran.

Nilai urus niaga dalam sektor kediaman antara Julai dan November tahun lepas meningkat 15.5 peratus kepada RM22.6 bilion berbanding tempoh yang sama 2009, sementara urus niaga harta komersial naik 22.4 peratus kepada RM9.78 bilion, katanya pada sidang media mengenai Sidang Kemuncak Hartanah Malaysia ke-4 2011 di sini hari ini.

Urus niaga hartanah industri meningkat 52.9 peratus kepada RM4.66 bilion, hartanah pertanian naik 22.8 peratus kepada RM4.54 bilion dan urus niaga hartanah pembangunan naik 64.9 peratus kepada RM5.16 bilion.

Bagi pasaran hartanah kediaman, negeri-negeri utama mencatatkan pertumbuhan positif adalah Pulau Pinang yang mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi 9.7 peratus, diikuti Kuala Lumpur pada 8.2 peratus, Selangor 7.2 peratus dan Johor 3.6 peratus.

Dalam sub sektor pertanian, 106 urus niaga melibatkan tanah estet dicatatkan tahun lepas. Ini termasuk 76 di Sabah, tujuh di Melaka, enam di Negeri Sembilan, dua di Perak dan setiap satu di Pahang dan Sarawak.

Abdullah Thalith berkata, terdapat juga peluang bagi pemaju swasta yang mempunyai simpanan tanah yang banyak dan tanah bekas perladangan untuk membangunkan taman perindustrian berikutan kekurangan tanah industri kosong di Selangor dan Wilayah Persekutuan. - Bernama


Ada masa komen ok guys? sikit pon jadi...
0 Responses