Inflasi naik pantas....satu berita yang aku tak suka dengar...sebab biasanya kenaikan inflasi ni adalah berpunca daripada ekonomi yang berkembang pesat...bukan aku tak suka bila ekonomi berkembang...cuma aku tak suka bila inflasi naik....
Apa effectnya bila inflasi naik??
Kesannya adalah harga2 barang keperluan akan naik...harga makanan terutamanya yang melonjak naik...kalau zaman mak bapak kita dulu, RM0.50 dah boleh makan mewah...tapi zaman kita sekarang, RM5- RM10 baru lah boleh rasa makan mewah dan lazat....
Tu antara kesan negative kenapa aku tak suka bila inflasi naik...satu lagi, harga rumah pon akan naik....sebab harga barang buatan akan naik...harga simen, besi semua naik...maka naik la harga rumah...
Harga emas pon akan naik....antara sebab lain harga emas akan naik adalah, bila inflasi naik banyak, orang akan pikir macamana nak peg kan wang supaya tak jatuh nilai...antara yang popular sejak dulu adalah dengan membeli emas....sebab tu la, Dr. Mahathir pon pernah banyak kali suggest kita pakai wang dirham...
Bila orang ramai beli emas, harga pon naik la....
Aku rasa tak payah aku ulas panjang tentang inflasi ni, makin ramai yang dah tahu :)
---------------------------------------------------------
Inflasi naik lebih pantas (dipetik dari Utusan)
KUALA LUMPUR 18 Jan. – Kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia.
Penganalisis ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain tidak menolak inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).
Menurut beliau, dalam aspek polisi monetari, kadar faedah semasa dianggap munasabah kerana kenaikan inflasi disebabkan oleh permintaan, tetapi bukan sekiranya ia membabitkan kejutan bekalan sementara.
‘‘Dengan kadar 2.75 peratus, tahap Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah menyokong mencatat pertumbuhan teguh dan menangani tekanan inflasi semasa,’’ kata beliau dalam nota penyelidikannya.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan OPR akan kekal sekiranya kadar inflasi meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang ekoran kenaikan harga komoditi dan makanan serta pelaksanaan rasionalisasi subsidi.
‘‘OPR boleh meningkat sehingga 3.25 peratus dan dijangka kenaikan untuk kali ketiga sebanyak 25 mata asas lagi sekiranya diperlukan.
‘‘Namun, ia bergantung kepada penurunan inflasi menjelang separuh kedua 2011,’’ ujar beliau.
Sementara itu, Manokaran meramalkan kadar inflasi pada Disember lalu naik kepada 2.2 peratus, 19 bulan tertinggi, sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010.
Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun lalu.
‘‘Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi,’’ tambahnya.
Bagaimanapun, katanya, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus.
Komen je apa2 pon :)

suma benda naik.. huhu.. hujan je yg turun..