AbgZan
Kalau kita tengok,semakin hari, semakin naik harga getah...sekarang ni harga getah di paras RM15.06 tertinggi dalam sejarah, dan sedang naik lagi ni....sampaikan pekebun getah punya owner pon sanggup toreh sendiri getah, hehe....

Menurut sumber, kalau kita da 2 hektar tanah, kita boleh dapat RM5,600 sebulan....ok ke tak tu? honestly aku ingatkan boleh dpt lebih....2 hektar tanah besar tu, takkan dpt RM5,600 aja kot....

Ada sesiapa sini yg ada kebun getah? mungkin mak bapak punya ke? atau sendiri punya? citer ler sikit pengalaman korang :)


-----------------------------------------------------------------------
(sumber utusan malaysia)

LABIS 6 Jan. - Kenaikan harga getah yang kini mencatat paras tertinggi sebanyak RM15.06 sen sekilogram menyaksikan sebahagian besar pemilik kebun getah sanggup menjadi pengawal keselamatan kepada kebun masing-masing.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, daripada maklum balas diterimanya, pemilik tidak lagi mengupah orang luar sebaliknya sanggup menjaga dan menoreh sendiri bagi mengelakkan kejadian kecurian getah sekerap dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.

Menurutnya, berdasarkan kadar harga getah yang tinggi buat masa kini, setiap pekebun yang mempunyai dua hektar kebun getah mampu memperoleh pendapatan sehingga RM5,600 sebulan.

"Kadar harga getah yang mencecah RM15.06 pada hari ini adalah kadar tertinggi sejak negara merdeka dan ia akan memberi kebaikan serta pendapatan tinggi kepada peneroka getah atau pemaju tanah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Tanam Semula Peringkat Negeri Johor di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah RISDA, Datuk Mohammad Izat Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Johor, Asiah Md. Arif dan Pegawai Daerah Segamat, Burhan Md. Amin.

Jelas Mohd. Shafie, pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan negara-negara pengeluar getah lain termasuk Thailand dan Indonesia bagi memastikan harga getah terus stabil serta dapat ditingkatkan lagi.

Tambah beliau, kadar harga getah yang tinggi jelas menunjukkan bahawa getah menjadi komoditi yang mencatatkan harga paling stabil berbanding harga komoditi-komoditi lain termasuk kelapa sawit.

Menurutnya, pihaknya juga akan meneruskan usaha bagi membantu pekebun getah menerusi bantuan tanam semula getah di samping mengadakan program mendedahkan pekebun dengan teknik dan peralatan terkini untuk memastikan produktiviti getah dapat ditingkatkan.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan pekebun dan peneroka getah supaya menggunakan sebaiknya hasil jualan getah termasuk membuat simpanan kerana harga getah juga akan mengalami turun naik seperti komoditi lain.


Komen jer apa2 pon ok guys :)
10 Responses
  1. bandarikanpatin Says:

    Dulu sebelum dapat kerja, lepas grad sempat la menoreh dekat setahun, tapi masa tu harga getah paling tinggi pun 3 ringgit lebih je. Tapi sekarng tengok la, rase rase gaji diaorg lagi tinggi dari gaji aku he he...


  2. AbgZan Says:

    wah...menarik experience tu....penat tak? selalu satu pokok berapa lama nak toreh? kalau 1 hektar berapa lama diprlukan?hehe


  3. pak wan Says:

    hubby lagi la, pawah jek kat orang RM5K setahun.. alasan getah tua ngan kebun teruk banyak semak..

    haihhh tak boley jadikk nih :P


  4. Mohd Adinor Says:

    assalamualaikum,

    Semasa cuti semester masa belajar dulu mmg ada motong(noreh) getah ayah.dlm harga rm1.37(hujung 90an).
    Pernah jugak harga bawah RM1 (0.60 sen).Tp org kampung motong gak.

    Skrg ni getah tu upah org,mmg masyukkk.walaupun skrg musim hujan.


  5. Anonymous Says:

    Den, Ayah den org felda..so kita org ada 10ekar getah..tapi tak noreh semua sehari. so kita org noreh separuh sehari..4 ekar 4 ekar dan 2 ekar disimpan..tak larat. secara purata kerja dr jam 7pagi samapi 12 tghr shj...purata sekrg dua hari noreh dan jual getah buku...pendapatan 2 hari adalah 1.5k ke 2k..inilah realiti skrg...alhamdullilah pendapatan keluarga den meningkat...tetapi penoreh kena hadapi masalah cuaca dan pencuri....secara kasarnya...15k ke 20k sebulan...insyallah.


  6. AbgZan Says:

    Ojah, kenapa pawah je? better u all berhenti kerja dan pi noreh sendiri, hehe


  7. AbgZan Says:

    Adinor,
    Skrg lagimahsyuk ler gamaknyer hehe...


  8. AbgZan Says:

    Anonoymous,
    Satu experience yg menarik....2 hari dpt RM2k, kita bes giler...better berhenti kerja noerh getah sendiri....

    cuma gua musykil, keapa dlm paper kata, kalau org tu ada 2 HEKTAR, org tu boleh dpt hanya RM5600 sebulan? tu yg pelik, sbb sikit sgt....


  9. Anonymous Says:

    salam,kalau nak ikutkan kebun getah yg aku pajak skarang pun ade 6 ekar..kalau nak ikut kan pekerja aku sorang ,dapat toreh pon dalam 2 minggu dah cecah 1 tan..sekilo rm6.30 peraih amek..jadi dah ade rm6,300 dalam masa 2 minggu.tapi skang ni merudum jatuh harga..rm4 lebih..tak tau kenapa..ada sesiapa tau tak camne nak tengok harga semasa pasaran getah?ade link tak?senang tak tertipu ngan peraih..heheheh..tq


  10. nick Says:

    kalau nak tau harga getah tiap2 hari....boleh check kat lembaga getah asli...hargua terkini setiap kl 12.00thari dan kul 5.00ptg