AbgZan
Berita ni agak menggembirakan aku...bukan apa, selalu sgt jam TANPA SEBAB, pastu tengok2 punca jam teruk adalah sbb ramai sgt org dok jakun memberhentikan kereta, ada jugak yg slowkan kereta, dan ada jugak dok singgah nak tgk kemalangan...

Tensen jugak bila terpaksa tempuh jam berjam-jam, hanya kerana wujudnya jakun-jakun yang macam tak pernah tengok kemalangan...kadang2, bukannya ada kemalangan pon, tapi hanya ada kereta rosak tepi jalan...atau ada jugak terdapat kereta yang hanya berhentikan kereta di tepi jalan untuk berehat, pon menyebabkan traffic jam, gara-gara "penjakun-penjakun yang tercari-cari di manakah kemalangan...

You all sure pernah alami benda ni kan??

So, bila keluar berita ni, gua rasa lega, tapi geli hati pon ada....sebab macam perli pun ada...perasaan tanda tanya pon ada, iaitu, bagaimana perlaksanaannya nanti, macam susah aja nak laksanakan...hehe...

----------------------------------------------

Penonton kemalangan boleh disaman - JKJR (sumber: utusan Malaysia)



KUALA LUMPUR 13 Jan -- Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).

"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.

"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.

"Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya kepada pemberita semasa kempen advokasi JKJR di sini hari ini. -- Bernama


Komen ler apa2 pon ok...
0 Responses