AbgZan
"bla...bla...bla... ditembak di Tucson..."...begitulah lebih kurang bacaan berita kedengaran sayup-sayup masa aku kat dapur mlm tadi...aku selalu kalau kat dapur, mana dengar sgt berita...semua sayup2 aja kedengaran....tapi apabila aku dengar perkataan "TUCSON", memang pendengaran aku tajam....walaupun sebutannya salah disebut oleh pembaca berita (hehe) sebagai "TAKSEN", di mana sebutan yang sepatutnya adalah "TUSON", tetapi memandangkan ia jarang sekali disebut, maka aku dapat tangkap sebutan itu....terus aku berlari ke ruang tengok tv....

Sekali seorang Kongres Amerika Syarikat dari Arizona ditembak pulak..kat kepala (sebutir peluru tembus otak) pulak tu...ish ish....tapi beliau selamat, tetapi berada dlm keadaan kritikal...orang kata pantang maut sebelum ajal....tetapi ada 6 orang yang lain mati, termasuk seorang hakim mahkamah persekutuan dan seorang budak 9 thn...

Mula-mula pihak polis kata mungkin suspek tu buat kerja jahat tu tidak berseorangan tetapi ada yang membantu...lepastu, depa cakap suspek bertindak seorang diri pulak...
Macam-macam....yang penting asalkan peristiwa ni tidak dilakukan oleh orang-orang arab, atau orang islam..kalau tak bertambah teruk la kebencian org US kat orang Islam, dan bertambah kuatlah security check nak masuk US...mana taknya, Presiden Barack Obama sendiri menyifatkan serangan ke atas anggota Dewan Perwakilan daripada Parti Demokrat, Gabrielle Giffords tu sebagai 'satu tragedi bagi seluruh negara'...

Eh, by the way, aku tak terangkan lagi kenapa berita ni betul2 menarik perhatian aku masa aku kat dapur lagi....buat you all yang mungkin tak tau lagi, aku adalah bekas pelajar Aerospace Engineering and Mechanical Engineering dari University of Arizona, Tucson, Arizona...sebab tu yang perkataan "TUCSON" betul2 jelas aku tangkap daripada suara berita tu...

Satu lagi, kenapa menarik minat aku berita ni, sebab sebelum ni, masa aku sedang belajar pon pernah berlaku kes serupa, tetapi time tu, lagi dahsyat....di mana seorang student College of Nursing tembak 3 professor, seorang dari prof ni ditembak di dalam dewan kuliah depan students lagi...sampaikan kawan2 baik beliau pon tak sangka-sangka kawan dia tu sanggup tembak bunuh orang....katanya, budak tu stress pasal tak dpt ambik exam ke apa ke, aku pon tak ingat....ish ish bahaya tul....

ANyway, ni ada satu link aku jumpe cerita ringkas berkenaan peristiwa lebh 7 tahun lepas....

http://articles.cnn.com/2002-10-28/us/university.shooting_1_borboa-barbara-monroe-professors?_s=PM:US

Okler, apa komen u all?? Kasi taruk aja apa2 komoen pon ok guys :)
0 Responses