AbgZan
Ini satu lagi berita yang menarik minat ku....berita ni menunjukkan bahawa ekonomi kita sedang rancak membangun...adakah ekonomi kita akan terus rancak sebegini? adakah ini hanya permulaan aja? atau adakah ini peak?

Nanti aku ulaskan dalam episod akan datang....

------------------------------------------------

Sektor pengeluaran tarik RM55b (dipetik dari Utusan)

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Sektor pengeluaran di negara ini dijangka akan menarik pelaburan antara RM50 bilion hingga RM55 bilion pada tahun ini berbanding RM47.2 bilion pada tahun lalu.

Pelaburan tahun lalu merupakan angka ketiga tertinggi dicatatkan dalam tempoh 10 tahun dan juga lebih tinggi daripada pelaburan tahun sebelumnya iaitu RM32.6 bilion ketika krisis kewangan melanda negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pada tahun lalu, sebanyak 910 projek untuk sektor pengeluaran telah diluluskan berbanding 766 projek pada tahun sebelumnya.

''Daripada jumlah itu, pelaburan asing mencatatkan RM29.1 bilion, meningkat 31.7 peratus daripada RM22.1 bilion pada 2009 berikutan pelaburan dalam bidang pertumbuhan baru, teknologi baru muncul dan peningkatan ekonomi negara pengeksport modal,'' katanya.

Beliau berkata demikian di majlis Persidangan Tahunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam Sektor Pengeluaran dan Perkhidmatan di sini hari ini.


Komen aja apa2 pon ok guys...
0 Responses