Showing posts with label AHB. Show all posts
Showing posts with label AHB. Show all posts
AbgZan
Just nak share satu info to you guys...baru-baru ni (tak ler baru pun, dalam bulan lepas), aku ada dapat info dalaman bahawa AHB, atau Amanah Hartanah Berhad, pernah frozen dalam 1 hari atau 2-3 hari, aku pun tak ingat, sebab Tabung Haji ada labur about RM 300 juta ...

Kuota dalam RM1 billion....so, korang nampak tak apa yang aku nampak???

Nampak? kalau tak nampak, meh sini aku bg tau apa yg aku nampak , hehe...

Apa yang aku nampak adalah ada kemungkinan kuota RM 1 billion AHB mungkin akan full / habis / penuh soon...

Yer ler, orang kata, good one is always taken...macam saham Bank Rakyat, sudah lebih 5 tahun orang queue untuk tambah, tapi masih tak de quota...nasib baik aku sempat invest, alhamdulillah....

Just sharing for you guys to consider..

Any comment?
AbgZan
Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan satu skim pelaburan baru yang diperkenalkan oleh kerajaan. Skim ini dipanggil Skim Amanah Hartanah Bumiputera, atau singkatannya AHB. Kalau kita dengar, bunyinya iras-iras ASB. Mungkin sengaja digelar begitu, kerana, pulangannya yag dijamin kerajaan, dan pelaburan yang selamat. Bukan itu sahaja, ia juga berlandaskan syariah.

Kalau sebelum ini, ramai bumiputera yang mungkin was-was dengan kehalalan ASB, tetapi kini, pelabur tidak perlu gusar dengan AHB, kerana ia dijamin halal dan berlandaskan syariah. PHB (Pelaburan Hartanah Berhad) sanggup mengeluarkan dua lagi hartanahnya, iaitu bangunan Bumiputera-Commerce di Jalan Raja Laut dan ibu pejabatnya di Saujana Resort daripada skim tersebut, kerana ianya idak mematuhi syariah.

AHB dilabur dalam 5 hartanah iaitu, hartanah yang bernilai RM1 bilion iaitu CP Tower di Damansara, Wisma Consplant di Subang Jaya, bangunan Tesco di Setia Alam, Kompleks Industri di Shah Alam dan Menara SPRM dekat Putrajaya.

Beberapa ciri AHB yang menarik:
1) Pelaburan minima hanya RM500
2) Pelaburan maksima RM200k (sama seperti ASB)
3) Dijangka memberi dividen tidak kurang 6% (sama seperti ASB)
4) Harga belian dan jualan yang sama, iaitu RM1 seunit (sama spt ASB)
5) Boleh dijual (keluarkan duit) pada bila-bila masa (sama spt ASB), tetapi hanya sekali sebulan (ASB unlimited kali)
6)Syariah
7) Memberi dividen 2 kali setahun

Cepat, cepat,selagi stok masih ada, kerana ia terhad kepada RM1billion aja. Jangan tunggu ia jadi macam Bank Rakyat, sudah queue 5 tahun untuk melabur, tetapi masih tiada quota....hehe...


Any comments? feel free to ask....:)