Showing posts with label SCAM Issue. Show all posts
Showing posts with label SCAM Issue. Show all posts
AbgZan
Kesian bila baca kisah ni... jumlah kehilangan yang terlalu banyak...kalau takat RM20k ok lagi....ni RM960,000, hampir RM1 juta tu... sekadar ingin berkongsi ...

---------------------------------------------

Pelaburan RM960,000 jadi ‘abu’

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berputih mata apabila RM960,000 (AUD295,000) dilaburkan dalam pelaburan hartanah antarabangsa di Australia lesap apabila dilarikan lelaki menyamar sebagai ‘orang tengah’ skim itu.

Difahamkan, mangsa membuat laporan polis Khamis lalu, tidak menyangka lelaki berusia 29 tahun itu hanya menjadikan dia dan rakan sebagai penyumbang dana bagi pelaburan dibuat lelaki terbabit.


Menurut mangsa dikenali sebagai Marina, 63, dia didatangi lelaki dikenali ‘Leo’ itu ketika pulang ke Malaysia bertemu kenalan rapat.


“Dia datang ke rumah saya dan mengaku eksekutif pemasaran yang mahu mencari pelabur bidang hartanah yang dijangka mampu memberi pulangan lumayan selepas 12 hingga 18 bulan.


“Sebaik mendengar penerangan diberikan Leo, saya bersetuju membuat pelaburan keseluruhan RM814,000 (AUD250,000) kepada lelaki terbabit tanpa mengesyaki niat jahatnya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.


Marina berkata, pelaburan pertama dibuat pada 2008 melalui bayaran menggunakan bank draf sebelum suspek menghubunginya dan meminta bayaran tambahan RM146,000 (AUD45,000).


“Saya diberitahu kononnya projek hartanah itu berdepan masalah dan memerlukan suntikan modal tambahan untuk dapat diteruskan sehingga siap sepenuhnya,” katanya.

“Bayaran permulaan dibuat pada 2008, manakala bayaran tambahan sekitar April 2010,” katanya.

Katanya, dua bulan kemudian, Leo memberitahu projek itu sudah tiada potensi menjana keuntungan dan bercadang menghentikan pelaburan dibuat.

“Mendengarkan keputusannya, saya bertanyakan wang pelaburan yang sudah dibayar termasuk keuntungan yang masih belum diterima,” katanya.

Katanya, Leo memberitahu akan memulangkan wang dibayar sebagai modal permulaan bersama keuntungan yang masih belum dilangsaikan.

Katanya, Julai tahun lalu, Leo mengesahkan penarikan diri daripada skim pelaburan itu dan memberitahu modal, keuntungan akan dibayar melalui cek sebelum Oktober 2011.

“Saya mula berasa tertipu dengan permainan Leo apabila dua cek diberikan bernilai RM300,000 dan RM700,000 ditendang sebanyak tiga kali.

“Setiap kali saya menghubungi Leo, dia berjanji memberikan cek baru dan setiap kali itu juga cek i berikan turut ditendang,” katanya.

Sumber: metro



Takkan baca aja kawan2, komen ler sikit, hehe
AbgZan
Adakah anda ada berhutang dengan sesiapa? Hutang anda itu kekal ke, atau bertambah2? kalau bertambah berapa percentkah penambahannnya?

Saya terkejut baca satu artikel ni, tentang seorang warga emas ni, hutangnya naik hampir 100x ganda, daripada asal...iaitu daripada RM28,000 kepada RM2.6 juta....logikkah?

Ini semua gara-gara along...bahaya betul along ni....dari dulu sampai sekarang, walaupun sudah masuk paper byk kali, tapi orang masih mau pinjam dari along....mungkinkah kerana terdesak sgt? atau kerana bank tak luluskan pinjaman? atau salah siapakah? Adakah perlu kerajaan tutup syarikat2 pinjaman wang ni semua? Kerajaan ada hakkah? saya pun kurang pasti...

Ada sesiapa ada pengalaman dengan along tak? mungkin boleh kongsi bersama...hehe :)

---------------------------------------------------------
Hutang RM28,000 jadi RM2.6 juta

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas hidup dalam ketakutan selepas menerima ugutan along yang mahu menggantung kepala babi dan menyimbah cat merah di depan rumahnya di Taman Melawati, berikutan kegagalan menyelesaikan hutang sebanyak RM2.6 juta.

Ugutan itu diterima Khamis minggu lalu pada jam 11 pagi selepas mangsa dihubungi along yang meminta menjelaskan tunggakan hutang setiap bulan dengan bayaran RM2,500.


Mangsa, seorang suri rumah berusia 60 tahun, sebelum ini menjadi penjamin kepada 24 rakan yang membuat pinjaman dua tahun lalu dan tidak menyangka along mencarinya untuk menuntut baki hutang.

Sumber polis berkata, mangsa terkejut selepas dimaklumkan dirinya mempunyai hutang RM2.6 juta ekoran tidak melunaskan bayaran pinjaman dibuat sebanyak RM28,000.

Katanya, mangsa hanya menjadi penjamin kepada rakannya yang membuat pinjaman dengan niat mahu membantu, tetapi kini terpaksa menanggung beban selepas along memburu dan mengugutnya.

Sumber: Metro

Takkan baca aja kawan2, komen ler sikit, hehe
AbgZan

Siapa sangka, kebanyakan bomoh mempunyai pelbagai teknik menipu...samada menipu untuk mendapatkan wang, mahupun untuk mendapatkan kepuasan nafsu terhadap wanita...

Sudah banyak kali masuk suratkhabar tentang kehebatan bomoh menipu orang ramai, tapi masih ramai yang tertipu...

Mungkin ramai manusia yang masif naif...atau mungkin juga bomoh menggunakan ilmu pukau...

Di sini saya nak kongsi sikit apa yang saya baca dalam paper, tentang bomoh yang menipu wang...untuk mendapatkan RM600,000 daripada sorang mamat ni dengan cara memukau...dan akibatnya, mamat tu jatuh muflis, dan sanggup menggadaikan rumah. Daripada bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta terus menurun taraf kepada pengawal keselamatan...kesian betul....

Mari kita baca...

___________________________________________

Angkara percayakan pasangan bomoh untuk membuang sial, seorang lelaki kerugian RM600,000, diisytiharkan muflis dan namanya disenarai hitam institusi kewangan selepas gagal menjelaskan hutang sejak dua tahun lalu.

Mangsa, Mohan, 51, berkata kejadian bermula pada 2009 apabila dia yang mengalami masalah sukar tidur berjumpa pasangan bomoh terbabit selepas diperkenalkan rakan.


Menurutnya, pasangan bomoh terbabit datang ke rumahnya di Ipoh, Perak, dan memberitahu dia disantau serta perlu menjalani proses rawatan.

“Ketika menjalankan proses rawatan, pasangan terbabit menawarkan saya menjadi rakan kongsi dalam perniagaan pelaburan yang memberi keuntungan besar iaitu 10 peratus sebulan, tetapi perlu mengeluarkan modal tinggi.


“Saya tidak mempunyai wang, jadi mereka mencadangkan saya membuat pinjaman bank. Seperti dipukau saya membuat pinjaman di enam bank dalam setahun berjumlah lebih RM400,000,” katanya.


Mohan berkata, selepas keuntungan yang dijanjikan tidak dapat, dia tidak mampu membayar hutang bank, namun entah mengapa dia masih berminat untuk meneruskan pelaburan dianjurkan pasangan terbabit.

“Saya tidak tahu bagaimana saya menjual rumah bernilai RM200,000. Sebab itu saya yakin dipukau. Akibatnya, saya diisytiharkan muflis dan kehilangan pekerjaan sebagai pengurus sebuah syarikat swasta,” katanya.


Mohan berkata, kini dia bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji rendah dan menyewa bersama keluarga di sebuah rumah kecil di ibu negara.

“Anak juga kini terpaksa berhenti belajar selepas saya tidak mampu membayar yuran pengajian,” kata Mohan yang membuat laporan mengenai penipuan pasangan terbabit di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh Ogos tahun lalu.


Mohan berkata, dia memutuskan untuk mendedahkan kegiatan penipuan pasangan terbabit kepada media kerana mendapat tahu mereka masih aktif menipu termasuk pelajar kolej.


Dia mendakwa, 10 rakan kolej anaknya yang belajar di Kuala Lumpur menjadi mangsa bomoh terbabit dan mereka mengalami kerugian kira-kira RM300,000.


“Saya yang tidak dapat menghidu penipuan bomoh itu, memperkenalkan pasangan terbabit kepada rakan anak pada Julai tahun lalu yang terpikat dengan keuntungan pelaburan yang ditawarkan.


“Mereka mengeluarkan wang puluhan ribu ringgit seorang semata-mata untuk mendapat keuntungan lumayan setiap bulan, tetapi mereka turut ditipu,” katanya.

Sumber- Metro

AbgZan
Sekarang ni, macam-macam cara cepat nak kaya....cara cepat nak dapat duit....macam-macam kaedah orang gunakan....kaedah yang tak pernah orang pikir pun digunakan...tapi kalau kaedah legal tak mengapa la kan..tapi ni kaedah yang illegal...

Antara yang digunakan adalah kaedah menipu diri adalah seorang doktor pakar....hebat jugak, sebab nak tipu kaedah ni, anda kena ada ilmu at least sedikit ilmu perubatan...dan jugak ilmu "lakonan", atau sekurang-kurangnya pernah berlakon dalam wayang atau drama....

Ish ish...risau pulak...sekarang ni, semua perkara boleh ditipu....

So hati-hatilah semua ya....

-------------------------------- ---------------------------------

'Pakar forensik' perdaya pelabur dipetik dari Harian Metro

AMPANG: Mendakwa dirinya seorang doktor pakar, seorang wanita memperdayakan beberapa individu supaya melabur dalam projek membekal peralatan hospital menyebabkan mangsa kerugian puluhan ribu ringgit.

Terbaru, seorang mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, mendakwa dia ditipu suspek untuk melabur lebih RM10,000.


Susulan itu, polis Bukit Aman menyebarkan gambar dan identiti suspek, Natra Zehan Md Shah, 38, melalui laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, selepas dikesan sudah menipu tiga mangsa.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi berkata, suspek dipercayai melakukan penipuan dengan menyamar ‘Dr Pakar Forensik’ sejak 2009 dan setakat ini tiga mangsa sudah membuat laporan.


Menurutnya, suspek menggunakan taktik menyamar doktor pakar sebuah hospital di ibu negara dan meyakinkan mangsanya untuk melabur dalam projek membekalkan peralatan hospital yang akan memberikan pulangan lumayan.


“Kami tidak menolak kemungkinan mangsa yang terbabit penipuan ini lebih ramai, namun hanya tiga yang tampil membuat laporan.



“Mengikut rekod, dua laporan terhadap suspek dibuat mangsa di Kajang pada tahun lalu dan laporan terbaru di Ampang beberapa bulan lalu. Ia membabitkan wang yang besar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Amiruddin berkata, suspek kini menghilangkan diri serta gagal dikesan di alamat terakhirnya di nombor 52, Jalan Dua, Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Sarjan R Veraiyah di talian 019-3822625 atau Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Ampang Jaya, 03-42952222.


Mereka juga boleh menyalurkan maklumat melalui SMS Polis Selangor ke 32728 atau hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di talian 03-20529999 atau balai polis berhampiran.


p/s: kalau rajin korang add le blog aku ni dalam blog u all yer...n follow ler my blog, hehe....mana tahu ada kisah news atau kisah hidupku yang boleh korang jadikan teladan atau sempadan, hhe...
AbgZan
Assalamualaikum semua,

Ni aku nak ulas sikit tentang isu scam lagi....tapi kali ni bukan sebarang scam. Tapi scam yang jarang berlaku, iaitu scam ibu bapa...bila aku sebut scam, bukan bermaksud, setakat tipu-tipu biasa. Bukan setakat tipu nak keluar dgn boypren ke, tipu nak keluar dgn girlpren ke...atau bukan tipu setakat nak RM20 ke...tetapi tipu yang melibatkan RM100k, dan jugak sampai ibu bapa terpaksa tanggung risiko rumah tempat tinggal kena gadai, sehingga hampir dilelong...

Apa la nak jadi budak zaman sekarang ni....selalunya bila orang sebut tentang kenakalan, atau kejahatan, selalunya kadar kejahatan lebih tinggi utk kaum lelaki (maaf ya, jgn terasa pulak), tetapi kali ini, yang tipu ibu bapa ni, adalah perempuan....

Tak cukup dengan tu, bila dah masuk paper semua, dia nak defend diri dia, dia bagi pulak surat...surat yang bergelar "SURAT ANAK DERHAKA", digelar oleh akhbar tempatan, hehe.... cuba korang tengok ni....


(dipetik dari Harian Metro)


Dalam surat tu, penderhaka itu menyalahkan ibu bapanya 2 perkara:
1) kurang bagi kasih sayang
2) kurang didikan agama

WTF!!!

Macam-macam budak2 zaman sekarang...aku nak ambil iktibar...aku nak beri kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak aku (memang selama ni aku bg kasih sayang yang penuh pon, hehe), dan jugak aku nak bagi didikan agama yang sempurna insyaAllah...bukan aja didikan agama, malah didikan duniawi juga, seperti ilmu bahasa, aku target nak bagi anak aku ilmu bahasa Mandarin dan English sebagai bahasa tambahan. Kalu boleh, bahasa Arab jugak, hehe..

------------------------------------------------------
SURAT ANAK DERHAKA dipetik dari Harian Metro

JOHOR BAHRU: Wanita bekas banduan yang tergamak memperdaya bapa kandung dan ibu tirinya hingga mengakibatkan rumah pasangan warga emas itu bakal dilelong selain barangan kemas turut tergadai berkata, tindakannya itu wajar selepas mendakwa kurang kasih sayang sejak kecil lagi.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Maria, 37, juga mendakwa kekurangan didikan agama sempurna menyebabkan dia terbabit dalam pelbagai perbuatan negatif termasuk penipuan selain melahirkan anak luar nikah.


Perkara itu diluahkan Maria, ibu kepada tiga cahaya mata, menerusi surat yang dipos ke kediaman keluarganya di Taman Universiti di sini, dua minggu lalu.


Ibu tiri bekas banduan itu, Zahrah Mohamad, 68, berkata, Maria juga sanggup memburuk-burukkan namanya dalam surat itu.


“Lebih pelik, dalam surat itu, Maria pada awalnya meminta maaf dan berharap dia tidak dianggap sebagai anak derhaka, sejak berkahwin dengan suami ketika Maria berusia lapan tahun, saya tidak pernah menganggapnya sebagai orang asing, sebaliknya menjaganya dengan penuh kasih sayang.


“Surat dihantar Maria juga menjadi bukti penipuan dilakukannya apabila dia mengaku mengakibatkan kediaman keluarga dilelong selain pernah menggadai barang kemas ahli keluarga,” katanya, semalam.



Menurutnya, jika benar dia keras hati dan pernah menyisihkan Maria ketika kecil, tidak mungkin dia sanggup menyerahkan barangan kemas dibeli hasil titik peluhnya ketika bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.


Zahrah dan suami, Abdul Aziz Ibrahim, 74, turut berharap Maria menyerah diri kepada polis.


p/s: Kalau korang rajin, korang follow ler blog aku ekk...dan kalau rajin, korang add ler blog aku dlam list favorite blog korang, hehe...thanks...

AbgZan
Setelah banyak kali masuk suratkhabar, masuk METRO, UTUSAN, masuk berita, bank pon dah iklan macam2, masih terdapat lagi kisah2 skim2 cepat kaya yang memperdayakan rakyat, samada secara halus atau terang-terangan....

Aku tengok diorang buat bisnes ni, ada pelbagai teknik2 berkesan untuk memperdaya dengan mudah, lebih mudah dari petik jari...nak tau apa kaedah-kaedah biasa digunakan? Hasil dari kajian aku, pengalaman, dan pemerhatian, kaedah diorg salah satu dari di bawah, atau gabungan beberapa teknik di bawah:

1) Mempergunakan istilah "menaikkan ekonomi UMAT ISLAM"

2) Mempergunakan istilah "menaikkan ekonomi orang melayu", "nak tolong orang melayu kasi kaya"

3) Menggunakan istilah "kita kalau kerja makan gaji aja tak ke mana"...kita kerja "kita kerja gaji kecik, kami ada formula untuk tolong sesama kita"

4) Tolong buatkan loan. Sekarang ni bank yang boleh bagi rate pinjaman peribadi yang murah adalah BSN dan Bank Rakyat, dan kemudahan diberi "amat mudah" kepada orang kerja gomen / kerajaan dengan kaedah potong gaji. Jadi target mereka lebih kepada orang yang kerja gomen/ kerajaan....lebih2 lagi orang yang gaji rendah di jabatan kerajaan...walaubagaimanapon jangan cakap orang jawatan tinggi tak tertipu! Sebab tu kita tengok ramai org kerja gomen yang kena tipu

5) target orang2 muda...sbb apa? Sebab orang2 muda, lepasan sekolah, lepasan University ni yg aku perasan, kurang baca paper....kurang ikuti perkembangan semasa....dan pengalaman pon takde..jadi golongan2 muda yang mudah kena tipu....orang2 yang dah 30-an dan 40-an kebanyakannya dah banyak kali dengar kisah2 skim ni....tapi kadang2 still tertipu jugak....

Tu semua antara teknik2 berkesan digunakan oleh pakar2 skim cepat kaya...so guys, hati-hati la yer :)

Ok, kita baca artiket terbaru dari Utusan (bernama) di bawah:



59 ditahan, sindiket skim cepat kaya terbongkar

KUALA LUMPUR 28 Julai - Polis berjaya membongkar kegiatan satu sindiket penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Petaling Jaya dekat sini malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ACP Rohaimi Md Isa berkata sindiket yang meminta para pelabur membuat pelaburan sehingga RM41,000 tiap seorang itu dipercayai memperdayakan orang ramai dengan menjadikan tawaran kereta mewah sebagai umpan.

Beliau berkata kegiatan itu terbongkar apabila polis melancarkan “Operasi Serama” yang disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor dan juga petugas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Katanya 50 lelaki dan sembilan wanita berumur antara 20 dan 30 tahun yang menduduki tahap higher level atau upline dalam sistem piramid yang dianjurkan itu, ditahan semasa mereka mengadakan perjumpaan di sebuah restoran di apartmen itu.

"Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam itu, polis juga merampas 18 kereta mewah termasuk Mercedez Benz, Fair Lady, BMW dan Mazda yang digunakan untuk ”mengumpan” orang ramai menyertai skim ini,” katanya.

Rohaimi berkata, sindiket yang aktif sejak dua tahun itu mensasarkan orang ramai terutama golongan muda yang baru berkhidmat dalam sektor kerajaan untuk menyertai skim itu.

"Sindiket ini tahu, budak-budak muda ini mempunyai keinginan yang tinggi terhadap kereta-kereta mewah dan senang pula nak buat pinjaman,” katanya.

Menurut beliau modus operandi sindiket ini ialah dengan meminta mereka melabur wang mengikut pelan sehingga maksima RM41,000 dan mencari pelanggan yang dikategorikan sebagai downline bagi mencapai hasrat mereka bergelar jutawan.

Rohaimi berkata bagaimanapun orang ramai menyedari mereka tertipu apabila mereka tidak mendapat jumlah pulangan yang dijanjikan walaupun berjaya mendapatkan jumlah downline yang disasarkan.

"Sindiket yang mempunyai tiga kumpulan ini bergerak secara bebas dengan menggunakan restoran-restoran sebagai tempat perjumpaan dan bertemu dengan kumpulan upline bagi membincangkan perniagaan mereka.

"Kami terima dua laporan polis berhubung kes ini manakala kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula terima 30 laporan,” katanya sambil menambah risikan ke atas kegiatan sindiket terbabit dilakukan sejak tiga bulan lepas.

Beliau berkata, kesemua 59 anggota sindiket itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama



Nak komen, komen jer ok guys :)
AbgZan
Setelah berkali2 masuk dlm paper ttg penipuan pelbagai cara melibatkan wang, samada melalui internet, skim cepat kaya, dan sebagainya, masih terdapat lagi rakyat yang ditipu...perkara ni nampak macam remeh, dan nampak macam "perkara bodoh", tapi pada hakikatnya, ia berlaku bukan kerana kebodohan rakyat, tapi kerana "KEBIJAKAN" penyangak2 ni....mereka pandai bermain ayat...pandai putar belit...pandai bagi janji....selagi kita tak kena, kita akan gelakkan orang yang terkena....selalu bila dah terkena, baru tau...

Anyway, ni kisah terbaru, seorang wanita di"SCAM" wang berjumlah RM1.2juta...banyak tu.....pergh...kesian pulak....

Ikuti kisah dipetik dari Utusan:


Wanita rugi RM1.2 juta ditipu kenalan Internet

KUALA LUMPUR 3 Jun - Walaupun kerap kali didedahkan tentang penipuan kenalan laman sembang di Internet, namun kegiatan tersebut masih terus berlaku.

Kali ini, seorang suri rumah dari Sabah kerugian RM1.2 juta akibat diperdaya kenalan Internetnya, menggunakan nama Jeff Brian Manik yang tidak pernah ditemuinya.

Segala-galanya bermula pada tahun lalu apabila mangsa, Lee, 47, didatangi lelaki tersebut yang memperkenalkan diri dan ingin berkenalan dengannya.

Menurut Lee, Jeff, warga British berusia 30-an, bekerja sebagai seorang jurutera berdasarkan gambar dan maklumat peribadi di dalam profilnya.

Lee memberitahu, dia dan Jeff bagaimanapun jarang berhubung kerana masing-masing tidak aktif dalam laman itu dan hanya mula menjadi akrab sejak dua bulan lalu.

Pada 7 April lalu, dalam perbualan telefon, Jeff menyatakan hasrat untuk menghadiahkannya bungkusan hadiah bernilai 21,400 pound sterling (RM102,738) mengandungi barangan mewah dan berjenama.

"Antaranya iPhone 3GS, beg tangan Louis Vuitton, komputer riba Compaq, jam tangan Roberto Cavalli dan lima barangan lain.

"Saya tidak mahu menerimanya tetapi dia berkeras ingin memberi menerusi khidmat penghantaran bungkusan," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Menurut Lee, dia juga diberitahu bahawa bungkusan itu akan dihantar oleh seorang wakil syarikat yang bernama Jennifer Smith.

Enam hari selepas itu, Jennifer menghubungi Lee dan memintanya membuat pembayaran wang pendahuluan sebanyak RM16,500 sebagai yuran pemprosesan sebelum boleh menuntutnya daripada kastam.

"Tanpa berfikir panjang, saya mendepositkan wang itu ke dalam dua akaun tempatan pada esoknya, tetapi selepas menunggu selama beberapa hari, bungkusan itu tidak sampai," katanya.

Kira-kira seminggu selepas itu, katanya, Jeff menghubunginya lagi dan memohon maaf kerana bungkusan tersebut tidak dapat diterima.

"Dia berjanji akan menggantikan dengan hadiah yang lebih besar. Kali ini, Jeff ingin memindahkan dana 2.5 juta pound sterling (RM12 juta) ke dalam akaun saya.

"Alasannya wang itu ingin digunakan untuk pelaburan di Malaysia. Jeff berbudi pekerti tinggi, sopan santun dan pandai mengambil hati saya sehingga saya begitu mudah memaafkannya.

"Dia turut menyatakan hasrat untuk melawat Sabah dan bertemu dengan saya apabila selesai kerjanya kelak, justeru sejumlah besar wang itu dipindahkan ke dalam akaun saya dahulu," jelasnya.

Meskipun merasakan seperti tidak masuk akal, namun Lee berkata, dia diyakinkan dengan kedatangan seorang rakan Jeff yang dikenali sebagai David Brown ke Kuala Lumpur.

Katanya, dia yang ditemani kakaknya datang ke ibu negara untuk bertemu David di salah sebuah hotel dan kemudian ditunjukkan sebuah beg berisi wang kertas pound sterling.

"David meminta saya membuat pembayaran sebanyak RM200,000 sebelum wang itu boleh dimasukkan ke dalam akaun saya.

"Lebih menyakinkan apabila saya diberikan sekeping sijil pemilikan wang tunai 2.5 juta pound sterling yang diletakkan atas nama saya," katanya.

Lee berkata, dia membuat pembayaran itu seperti diarahkan David ke dalam beberapa akaun bank milik rakyat tempatan di antara 27 dan 5 Mei lalu.

"Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama Martin Williams yang mendakwa ejen Jeff dan memaklumkan bahawa saya perlu membuat bayaran RM1 juta.

"Ia adalah untuk cukai 10 peratus bagi meluluskan pemindahan dana tersebut. Dengan niat untuk membantu Jeff, saya mengeluarkan simpanan.

"Saya juga meminjam daripada kakak untuk membuat pembayaran itu dengan rela hati," tambahnya.

Lee berkata, akhirnya dia tersedar bahawa dirinya telah ditipu, namun segala-galanya sudah terlewat kerana wang sebanyak RM1.2 juta miliknya itu telah lesap dalam tempoh kurang daripada dua bulan.

Berikutan itu, dia telah membuat laporan di Balai Polis Karamunsing pada 30 Mei lalu, sebelum mengadu di Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA awal minggu ini.


Any komen, just do it here, hehe
AbgZan
Sejak dulu sampai skrg banyak betul skim2 cpat kaya, skim2 pyramid, skim2 perniagaan, skim2 pelaburan yang diserang oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Syarikat2 yang diserang terbabit kadangkala, berada pada tahap yang "cemerlang" di mana, jumlah mereka yang melabur begitu ramai, dan pulangan yang diberi agak tinggi. Malah terdapat banyak syarikat yang tiada tanda2 kejatuhan, atau penipuan....

Tetapi mengapakah Bank Negara Malaysia serang atau serbu syarikat2 tersebut? Sebenarnyer BNM ada sebab. Ini kerana daripada sejarah atau memang kebarangkalian mereka nak tipu rakyat agak tinggi. Jadi bagi mengelakkan lebih ramai rakyat yang "melabur" dalam skim yang tidak terjamin, adalah lebih baik BNM serbu seawal yang mungkin. Ada jugak syarikat yang dibuka yang tidak menepati atau bertentangan dengan akta-akta tertentu....

Apa pon, saya sekali lagi ingin menasihatkan agar sesiapa yang pernah di'approach" utk melabur dlm skim yang "kononnya dpt beri pulangan yang tinggi" agar tidak terjebak.

Ini kerana kemungkinan besar wang anda akan lesap amat tinggi. Kadangkala anda akan melabur sedikit dahulu, dan memang anda dapat pulangan yg tinggi. Anda menjadi semakin tamak, dan melabur lebih banyak, malah kesemua wang simpanan anda, malah mungkin memajakkan rumah atau segala harta pusaka...dan masa tulah harta tergadai, dan ditipu....

Okler, tu aja nasihat buat kali ini....mari kita baca artikel dari Utusan di bawah:

SSM serbu tiga syarikat anjur program kutu

KUALA LUMPUR 29 April -
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah membuat serbuan serentak ke atas tiga
buah syarikat perniagaan yang dipercayai menganjurkan program skim kutu
menggunakan wang pos.

SSM dalam kenyataannya di sini berkata,
syarikat-syarikat tersebut ialah Kristal Karisma Enterprise, World Heritage
Resources dan Al Falah Global Resources dan disiasat di bawah Akta (Larangan)
Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Siasatan dilakukan kerana para penganjur skim
kutu tersebut telah melakukannya di bawah akta tersebut yang melarang mana-mana
perseorangan, perniagaan atau syarikat daripada menganjurkan program itu,"

"Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun
atau denda tidak melebihi RM5,000," kata SSM di sini hari ini.

Menurut
SSM, berdasarkan maklumat yang diperoleh pakej-pakej yang ditawarkan oleh
penganjur skim itu dengan menawarkan beberapa pakej.

Pakej-pakej
tersebut ialah Pelan A Platinum (RM312) - sembilan orang penerima, Pelan A Emas
(RM100) - lapan orang penerima, Pelan A Perak (RM50) - tujuh orang penerima,
Pelan B Platinum Bijak (RM396.50) - 13 orang penerima dan Pelan B Emas Bijak
(RM136.50) untuk 13 orang penerima.

Sehubungan itu orang ramai diminta
menghubungi Seksyen Aduan SSM di talian 22995477/5450/5451 sekiranya mereka
mempunyai maklumat mengenai skim atau program kutu lain.

Bagi komen di bawah ni yer gang..

AbgZan
Dari dulu, sampai lah sekarang, tak habis2 dengan aktiviti scam menyecam....yang menjadi mangsa, selalunya golongan Melayu yang ingin cepat kaya, tapi cepat miskin jadinya...juga yang menjadi mangsa, bukan setakat suri rumah, kadang-kadang, artis-artis, golongan profesional, golongan bijak pandai, guru-guru, golongan bangsawan, dan sebagainya. Bukannya nak dikatakan "bodoh" tetapi "penyangak-penyangak" tersebut pandai bermain kata-kata di samping bukti-bukti yang dipertonjolkan. Tak mustahil ada golongan yang menggunakan ilmu pukau.

Walaupun selalu kita lihat di dada akhbar. Seminggu sekali, sebulan sekali. Baru thn lepas saya postkan satu contoh seorang wanita Melayu scam RM400juta dan melarikan diri ke luar negara. Tak lama lepas tu, keluar lagi berita beberapa puluh syarikat kena serang oleh BNM.

Minggu lepas keluar lagi beberapa ratus company kena serang lagi...

Beberapa thn lepas pon macam2 kaedah dipergunakan utk scam pelabur2. Antaranyer menggunakan nama "menegakkan Islam", "membantu Melayu" dan sebagainya....

Skim-skim ni biasanya menggunakan kaedah "PONZI SCHEME" . Siapa yang tak pernah dengar boleh bukak GOOGLE atau WIKIPEDIA, check apa maksudnyer....Di Malaysia kalau tak silap yang mula-mula berjaya menipu menggunakan kaedah ini adalah PAK MAN TELO, dengan SKIM CEPAT KAYAnya...

Saya berpendapat aktiviti scam ni takkan berkesudahan....selagi rakyat tidak membaca surat khabar dan tidak tahu menahu ttg citer ni (selalunya golongan pelajar sekolah yang selalunya tidak baca surat khabar, apabila dah besar nanti mudah ditipu). Saya harap posting saya ni dapat menghindarkan pembaca daripada "terkena"....harapnyer gitulah...

Hari ini pula, kita lihat another company diperbincangkan scam pelabur-pelabur emas...nama syarikat tidak diberitahu....thn lepas satu syarikat dibekukan yang ada kaitan dgn Etika Emas....tetapi berita hari ini, hanya diberitahu ianya beroperasi di Pulau Pinang. Setahu saya hanya Pubic Gold yang beroperasi di Penang. Tapi saya rasa bukan Public Gold kot....

Mari kita ikuti artiket di bawah:


60 individu dakwa rugi RM25 juta skim pelaburan emas

GEORGETOWN: Seramai
60 individu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25 juta sejak tahun lalu
selepas terpedaya dengan pulangan keuntungan segera melalui skim pelaburan emas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, ACP Roslee Chik,
berkata setakat ini polis menerima 30 laporan yang dibuat oleh pelabur yang
mendakwa diperdaya sindiket itu.

"Modus operandi syarikat itu adalah
menjual jongkong emas seberat sekilogram dengan harga pasaran antara RM135,000
hingga RM150,000.

"Apa yang menarik syarikat itu turut menawarkan
pulangan tiga peratus daripada harga emas kepada pembeli bagi setiap bulan dalam
tempoh tiga bulan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Roslee
berkata, syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang itu membayar dividen tiga
peratus berkenaan pada bulan pertama dan kedua sebelum menawarkan untuk membeli
semula jongkong emas terbabit pada bulan ketiga.

"Apabila pembeli
bersetuju untuk menjual semula dan telah menyerahkan emas berkenaan, wakil
syarikat terbabit melarikan diri bersama emas tanpa membuat sebarang bayaran,"
katanya.

Roslee berkata, siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak
mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan
Bank Negara bagi menguruskan urusan jual beli emas.

Katanya, setakat ini
pihaknya telah menahan tiga lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat
berkenaan dan sedang mengesan 10 lagi bagi membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Roslee turut mendedahkan seramai
32 orang kerugian RM300,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan melalui
panggilan telefon.

"Anggota sindiket berkenaan yang menyamar sebagai
pegawai mahkamah, Kastam atau polis akan membuat panggilan dan memalsukan
identiti nombor telefon bimbit dengan menggunakan satu laman web di internet
yang dikenali sebagai Voice Over Internet Protocol (VOIP)," katanya.

Roslee berkata, sindiket itu kemudian menawarkan untuk membantu mangsa
yang sedang menghadapi kes jenayah dengan mengenakan sejumlah bayaran yang perlu
dimasukkan ke dalam akuan bank tertentu.

"Sehingga sekarang kita tidak
ada jalan penyelesaian berhubung VOIP dan polis juga tidak menolak kemungkinan
sindiket berkenaan mempunyai kaitan dengan 'orang dalam' kerana mempunyai
maklumat mangsa yang menghadapi kes jenayah," katanya dam menurutnya siasatan
lanjut sedang dijalankan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang
ramai supaya meneliti sebarang pelaburan dan panggilan telefon bagi mengelak
ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

Orang ramai boleh menghubungi
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang di talian 04-2221591 bagi
sebarang pertanyaan berhubung pelaburan atau panggilan telefon yang
mencurigakan. - Bernama

Kawan2 bagi komen ok? Ada pengalaman ditipu ke apa ke, tinggalkan komen ok?
AbgZan
Salaam dan selamat sejahtera,


Aircond di rumahku dah due for a service. Bak kata surat kedai yg jual aircond kepadaku sethn yg lepas...daripada reserach, kudapati, kebiasaanya, service aircond adalah lebih kurang RM60, dan kaalu kena topup gas, tambah lagi RM60, so total jadi RM120. Amat jarang leh dpat bawah RM100.



Tapi baru-baru ni, ada sticker ditampal di luar pagar rumahku, mengatakan service+isi gas = RM65. Gua agak sceptical. Dan agak yakin dgn kerenah flyer2 atau sticker yg ditampal di rumah, selalu nak scam orang....gua dah habaq dgn wife gua, ni sure dia kata murah, tapi bila cek punya cek, nanti dia akan kata "ooo, ini kena tukar la bos, bla bla bla...ini sudah rosak...bla bla"....



Tapi atas keyakinan diri gua call no tu, dan tanya dia betul2:



"RM65 ni service+gas ke?" DIa jawab, ya....

"Caj transportation tarakkan?" Dia kata, takde...



Itu antara benda yg kita kena pastikan sblm percaya bulat2 dgn flyer2 yg dihantar ke rumah yg menjanjikan harga yg murah....kalau tak dipastikan, nanti kena caj nanti, hati2.... satu lagi yg pasti, masa diorg duk repair, kita kena monitor ALL THE TIME, jgn alih mata walau sekejap...sbb penipu2 peniaga ni, kalau bab menipu, diorg akan cabut wire2 kasi rosak ler,atau apa cara sekalipon....biar nampak macam rosak, so dia leh paksa kita beli produk dia utk gantikan components yg kononnya rosak!

So, tghari smlm dia sampai...tapi alamak, 2 orang pulak dia anta...sorang ditugaskan servis bhgn indoor sorg lagi outdoor...ni yg payah nak monitor...!

Spt yg saya sangka, org yg bhgn outdoor, dia kata, "bos ini capasitor condenser sudah rosak, kena tukar" ... sambil dia beri kepada gua...."ini dari China, tak elok...ini pulak, MADE IN JAPAN, guarantee tak rosak, gurantee bil u turun"..sambil dia cakap, dia terus pasang yg baru punya....fuyooo, tektik selamba dia aja, tanya pon tak, terus anggap gua setuju...gua tanya berapa harga dia kata, "RM180 mahal sbb dari Japan, kalau China punya murah RM130".....

Gua tanya, "camana lu leh tau benda ni rosak?"...."pakai multimeter maa"....gua tak puas hati...gua tanya, cuba lu check.....dia pon check, sambil menymbgkan multimeter ke capasitor tu...dan scale dia letak kat Ohm....dia kata lagi, "lu tgk, takde bacaan"...gua cakap, cuba lu buat kat U punya Japan tu...."dia pon membelakangkan i, sambil pusing scale ke MiliOhm (ingat gua bodoh ka), pastu terus sukat..

tapi malangnya, tiada juga bacaan...haha....sekali dia cakap, "alamak ini wire multimeter sudah putus"..patut takde bacaan, dia guna multimeter rosak...dasar penipu....pastu jam tu jugak dia terus repair multimeter tu....bila dah elok multimeter, dia cakap.."lu tgk ini Japan byk bagus, ada bacaan".....

THen, i suruh dia cek kat capacitor lama, sekali lagi dia membelakangkan i dan pusing scale ke Ohm, dan berkata,"tgk, takde bacaan sudah rosak"....sekali dgn selamba, i rampas multimeter dia, dan i check sendiri dan pusing balik ke MiliOhm....dan terus ada bacaaan....(lu ingat i bodoh ke apek, dlm ati i habaq)...terus i cakap, "takpe la, i takmo tukar, pasang balik yg baru".....

Haha,padan muka lu, nak tipu ekkk.....

Nak dipendekkan citer, bila dah tamat, dia bagi bil RM135...i kata awat mahal, gas free kan? dia kata Gas free utk 10 point aja, i isi u punya 35 points, kena caj RM70....i tak puas hati betul..i dah aruge macam2 dgn dia.....i siap cakap itu hari i call kata free..dia insist kata free utk 10 points aja....last2 i nego2 dpt dikurangkan kepada RM120....tu pon, i rasa entah2 dia tak isi pon 35 points, tapi hanya isi 10 points (sbb i tak dpt nak monitor 2 org sekaligus)....

Ingat mau aja halau dia keluar takmo bayar, tapi pikirkan balik, rumah kita dia tahu, kalau dia nak buat macam2 kat rumah dia bole buat masa kita cuti raya nanti....last2 i serahkan jugak RM120...

Kena SCAMMED JUGOK!!!

Moral of the story: JANGAN DEAL DGN TUKANG SERVICE AIRCOND, atau TUKANG SERVICE APA2 barang eletronik di rumah yg KONONNNYA beri harga MURAH YANG AMAT TAK LOGIK harganya...sbb ada agenda di sebaliknya, yakni AGENDA SCAM yg kita tak dpt jangka....



Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Assalamualaikum guys,


Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu berita yang mengejutkan di mana seorang wanita muda telah berjaya men"SCAM" ramai rakyat Malaysia dan sebahagian daripadanya bergelar artis. Kadang-kadang saya pun kasihan, kerana, isu SKIM CEPAT KAYA ni dah berkali-kali masuk paper, tapi masih lagi ada mangsa yang terkena. Kita ikuti kisah tersebut dari petikan

sebuah akhbar tempatan:

Penjenayah wanita Melayu paling dikehendaki polis, Rohaniza Aladib, 31,

yang disyaki terbabit dengan penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta, dipercayai melarikan diri ke luar negara bersama wang hasil kerja jahatnya.

Wanita ‘paling panas’ itu dilaporkan memperdaya beberapa artis
popular termasuk Amy Search, Hattan dan Misha Omar dengan memujuk mereka
menyertai skim cepat kaya, terus menjadi buruan polis berikutan enggan menyerah
diri walaupun selepas diarahkan berbuat demikian sejak Mac lalu.
Sumber
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berkata, hasil siasatan
suspek dipercayai meninggalkan negara dan ada maklumat mengatakan dia kini
bersembunyi di Australia.
Menurutnya, Rohaniza bijak berlakon bagi meyakinkan
mangsa supaya melabur dalam skim pelaburan berasaskan saham syarikat rokok
antarabangsa sehingga mencecah jutaan ringgit.
“Suspek biasanya berjanji
membayar pulangan keuntungan sehingga 50 peratus dalam tempoh pelaburan antara
10 hingga 30 hari. Biasanya, dia akan membayar keuntungan kepada mangsa ketika
membuat pelaburan kali pertama sebelum mereka membuat pelaburan susulan dengan
nilai lebih besar.
“Berdasarkan siasatan, ada di kalangan mangsa golongan VIP
termasuk seorang wanita bergelar Puan Sri yang diperdaya membabitkan jumlah
pelaburan mencecah RM26 juta,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini polis tidak
menolak kemungkinan suspek memperdaya ratusan mangsa membabitkan wang pelaburan
sehingga RM432 juta.



“Difahamkan, suspek sebelum ini
pernah ditahan ketika remaja kerana terbabit dengan kegiatan penipuan sebelum
dipenjarakan. Namun, sejurus dibebaskan, dia bergiat aktif semula sebagai penipu
dengan kaedah lebih licik dan terancang.
“Suspek turut dikesan memperkenalkan
pelbagai skim pelaburan dengan menggunakan sebuah syarikat berdaftar, Erza
Corporation Sdn Bhd untuk mengaburi aktiviti penipuan dilakukan,”
katanya.
Menurutnya, Rohaniza yang mempunyai alamat terakhir di Damansara
Indah Resort Home, Kota Damansara, Petaling Jaya, dikesan menghilangkan diri
sejak Julai tahun lalu selepas mengumpul sejumlah besar wang pelaburan daripada
mangsa.
“Polis percaya suspek memperdayakan ramai mangsa termasuk golongan
profesional dan artis terkenal dengan menawarkan pembelian saham dalam syarikat
rokok antarabangsa serta menjanjikan pulangan keuntungan tinggi.
“Difahamkan,
Amy Search dan Hattan masing-masing kerugian lebih RM1 juta dan RM50,000. Selain
itu, penyanyi dan pelakon Awie serta Misha Omar turut terpedaya, namun enggan
mendedahkan jumlah kerugian,” katanya.
Difahamkan suspek turut menipu
beberapa pelakon tanah air selain ramai kakitangan kerajaan yang digula-gulakan
dengan keuntungan berlipat ganda tanpa perlu bekerja keras.
“Polis Bukit Aman
sedang bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi menjejaki suspek
yang dipercayai berada di luar negara.
“Orang ramai mempunyai maklumat
diminta menghubungi pegawai JSJK Bukit Aman di talian 03-26163747 dan
019-6000803,” katanya.

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Assalamualaikum kawan2,

Pernah tak anda menerima apa2 sms mengatakan anda menang duit tapi kena masukkkan duit dulu utk nak "activate"kan duit tu dulu? Setakat ni, alhamdulillah kawe tak pernah lor pulok...tapi byk tampal kat mesin ATM Maybank lar, dan tempat2 lain yang memberi reminder agar jangan ambil peduli. SMS itu mungkin berbunyi begini:



Pagi semalam, di radio FLY.FM, dibincangkan issue scam berkenaan hal tersebut. Malah diperdengarkan satu rakaman bagaimana seorang "SCAMMER" yang mampu bercakap dengan fasih tanpa tersekat-sekat dalam telefon, walaupun ditujukan denga soalan yang bertalu-talu. Scammer tersebut kedengaran seperti sudah dilatih dengan pelbagai soalan latih tubi (ala-ala latih tubi SPM jugok ler) dengan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya oleh mangsa.

Ini terbukti jelas dengan keyakinan yang mutlak daripada nada suara dan gaya ucapan yang mantap. Saya pun kurang pasti dari mana FLY.FM dapat rakaman tersebut, tetapi tahniah diucapkan kepada mereka. Memang they did a good job dalam usaha untuk membanteras gejala "SCAMMER" ni...hehe

Nasihat saya adalah, usahlah dipercayai dengan mana-mana sms yang mengatakan anda memenangi sebarang hadiah tanpa anda sendiri menyertainya. Kalau benar anda menang, perlulah anda periksa terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan yang kurang wajar.

Antara "tips" untuk nak tahu bahawa betulkah atau scamkah, senang aja. Kalau mereka minta kita deposit duit, maknanya "SCAM" la tu, hehe...Pembaca-pembaca ada tips-tips lain yang ingin dikongsi bersama?

Wallahu'alam..


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe