Showing posts with label Pengajaran Pelaburan. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran Pelaburan. Show all posts
AbgZan
Saya nak kongsi kisah yang saya baca di Metro dan Kosmo... saya tak pernah dengar daripada RM50 boleh membiak sampai RM17 juta... kalau dikira, wang tersebut membiak sebanyak 340,000X ganda... wow.... memang perkara sebegini AMAT jarang berlaku...lebih2 lagi apabila ia melibatkan nasib dan judi...

Nak dijadikan citer, seorang mamat ni main judi, masuk RM50 jer, tapi daripada RM50 dia dpt biakkan kepada RM1,400 dan seterusnya RM140,000. Lepas tu, tamak punya pasal, dia main lagi, dapat RM17 juta...wow...

Memang jarang berlaku perkara camni, lebih2 lagi bermain judi... sebab selalunya pusat-pusat judi ni, diorang dah ada sistem diorang yang merugikan pelanggan... tetapi macamana pemain judi ni boleh menang sampai RM17 juta...

Apa pun, apa yang nak dikongsi di sini, bukan nak galakkan kita bermain judi, tetapi nak bagi tahu main judi tu haram... kalau menang pon, duit haram... dan dalam kes mamat yang menang RM17 juta tu, walaupon dia berjaya menang RM17 juta pon, tapi dia tak dapat pon duit tu, malah dikejar Along lagi... tak pasal-pasal... mungkin sbb dia tere sgt kot, hehe...

So, kalau jangan ler main judi, sbb bukan senang nak menang, dan kalau menang pon, bukannya ousat judi tu nak bayar, malah depa marah kat kita ada la, haha....

--------------------------------------------------------

Menang RM17j nyawa terancam

KUALA LUMPUR: Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta, namun kemenangan itu bukan saja gagal menjadikannya jutawan, malah nyawanya terancam sehingga memaksa dia mendapatkan perlindungan.

Itu nasib lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Alwi, 35, apabila dia kini diburu serta diancam bunuh anggota kumpulan kongsi gelap selepas tauke pusat siber tempat dia bermain berang dengan tindakannya menuntut wang kemenangan RM17 juta itu.

Alwi berkata, segala-galanya bermula apabila dia bermain satu permainan judi komputer dikenali sebagai ‘Football Fever’ dengan nilai pertaruhan RM50 di sebuah pusat siber di Taiping, hujung bulan lalu.

“Hasil pertaruhan RM50 itu, saya menang RM1,400 dan menggunakan semua wang itu sebagai pertaruhan untuk terus bermain sehingga mengumpulkan RM140, 000 dalam masa kurang setengah jam.


“Walaupun jumlah wang kemenangan itu sudah banyak, tapi saya tak mengambilnya atau istilah yang sering digunakan ‘cuci duit’. Sebaliknya saya gunakan sebagai pertaruhan hingga menang lebih RM17 juta,” katanya.


Sumber: Metro
AbgZan

Siapa sangka, kebanyakan bomoh mempunyai pelbagai teknik menipu...samada menipu untuk mendapatkan wang, mahupun untuk mendapatkan kepuasan nafsu terhadap wanita...

Sudah banyak kali masuk suratkhabar tentang kehebatan bomoh menipu orang ramai, tapi masih ramai yang tertipu...

Mungkin ramai manusia yang masif naif...atau mungkin juga bomoh menggunakan ilmu pukau...

Di sini saya nak kongsi sikit apa yang saya baca dalam paper, tentang bomoh yang menipu wang...untuk mendapatkan RM600,000 daripada sorang mamat ni dengan cara memukau...dan akibatnya, mamat tu jatuh muflis, dan sanggup menggadaikan rumah. Daripada bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta terus menurun taraf kepada pengawal keselamatan...kesian betul....

Mari kita baca...

___________________________________________

Angkara percayakan pasangan bomoh untuk membuang sial, seorang lelaki kerugian RM600,000, diisytiharkan muflis dan namanya disenarai hitam institusi kewangan selepas gagal menjelaskan hutang sejak dua tahun lalu.

Mangsa, Mohan, 51, berkata kejadian bermula pada 2009 apabila dia yang mengalami masalah sukar tidur berjumpa pasangan bomoh terbabit selepas diperkenalkan rakan.


Menurutnya, pasangan bomoh terbabit datang ke rumahnya di Ipoh, Perak, dan memberitahu dia disantau serta perlu menjalani proses rawatan.

“Ketika menjalankan proses rawatan, pasangan terbabit menawarkan saya menjadi rakan kongsi dalam perniagaan pelaburan yang memberi keuntungan besar iaitu 10 peratus sebulan, tetapi perlu mengeluarkan modal tinggi.


“Saya tidak mempunyai wang, jadi mereka mencadangkan saya membuat pinjaman bank. Seperti dipukau saya membuat pinjaman di enam bank dalam setahun berjumlah lebih RM400,000,” katanya.


Mohan berkata, selepas keuntungan yang dijanjikan tidak dapat, dia tidak mampu membayar hutang bank, namun entah mengapa dia masih berminat untuk meneruskan pelaburan dianjurkan pasangan terbabit.

“Saya tidak tahu bagaimana saya menjual rumah bernilai RM200,000. Sebab itu saya yakin dipukau. Akibatnya, saya diisytiharkan muflis dan kehilangan pekerjaan sebagai pengurus sebuah syarikat swasta,” katanya.


Mohan berkata, kini dia bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji rendah dan menyewa bersama keluarga di sebuah rumah kecil di ibu negara.

“Anak juga kini terpaksa berhenti belajar selepas saya tidak mampu membayar yuran pengajian,” kata Mohan yang membuat laporan mengenai penipuan pasangan terbabit di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh Ogos tahun lalu.


Mohan berkata, dia memutuskan untuk mendedahkan kegiatan penipuan pasangan terbabit kepada media kerana mendapat tahu mereka masih aktif menipu termasuk pelajar kolej.


Dia mendakwa, 10 rakan kolej anaknya yang belajar di Kuala Lumpur menjadi mangsa bomoh terbabit dan mereka mengalami kerugian kira-kira RM300,000.


“Saya yang tidak dapat menghidu penipuan bomoh itu, memperkenalkan pasangan terbabit kepada rakan anak pada Julai tahun lalu yang terpikat dengan keuntungan pelaburan yang ditawarkan.


“Mereka mengeluarkan wang puluhan ribu ringgit seorang semata-mata untuk mendapat keuntungan lumayan setiap bulan, tetapi mereka turut ditipu,” katanya.

Sumber- Metro