Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts
AbgZan
Assalamualaikum dan selamat pagi,

Memang seperti biasa bila dah sibuk dengan kerja dan MBA part time, maka blog ni akan berhabuk seketika...rasa macam byk jer nak post, tapi dengan masa yang terhad dan kepenatan, niat tak kesampaian....hehe...

Anyway just nak update apa yang kitorang sekeluarga buat masa cuti hari tu...ada 2 aktiviti utama...iaitu tgk wayang citer Avengers (bes citer ni, walaupun ada part yang hambar dan boring utk anak2, dlm masa seminggu dah kutip USD180 juta, walaupun belum ditayang di USA)...

Aktiviti satu lagi adalah aktiviti berenang di Pusat Akuatik di Shah Alam (dekat Tesco, sebelah Crown Hotel)...kosnya murah iaitu:

RM1.50 kanak-kanak (hari biasa)
RM2 dewasa (hari biasa)
RM2 kanak2 (cuti umur, weekend)
RM2.50 dewasa (cuti umum, weekend)

Satu benda yang aku tak suka adalah dia limitkan kepada 2 jam suku aja... dan nak masuk kena ikut time... aku yang baru 2-3 pergi tak perasan benda ni, sbb sblm ni tak pernah terkena...tapi hari tu terkena pulak....sampai kul 11pagi, dia suruh tunggu 12 tgh hari baru bole masuk...tensen pulak dah..anak2 dah excited nak mandi, kena tunggu SEJAM!!! rasa nak mengamuk jer... nasib baik anak2 sabar menunggu dan tak menangis, hehe...anyway kepada yang berminat nak pergi, waktunya adalah:

9-11.15 pagi
12-2.15 ptg
3-5.15 ptg
6-8.15mlm

Apa pun tempatnya besar dan berbaloi pergi utk harga yang murah...sesuai kepada mereka yang nak bersantai, atau nak rehat2 bersama keluarga, atau nak belajar berenang, hehe :)
AbgZan
Hari ini, insyaAllah aku, isteri dan anak-anak dijadualkan bertolak ke Kuching, Sarawak pada jam 5.00 petang...

Wah-wah, melancong aja aku sekeluarga, hehe... ingat kaya sgt ke, haha... bulan Januari hari tu dah pergi Medan.... ni pergi Kuching pulak....

Jangan salah sangka, kami bukannya orang kaya... tapi kebetulan last year, kami dapat tiket Air Asia pergi ke Kuching dengan harga yang amat murah....

cuba teka berapa ringgit tiket PERGI BALIK total utk aku, wife dan 2 orang kanak-kanak (5 thn dan 3 thn)?

RM300? RM500? RM250?

Salah...semua salah...

Harganya hanya RM60 total, termasuk minyak, dan tax...kalau harga tak semurah tu, jangan harap aku nak pi Kuching, hehe....

Nak tau apa rahsianya?
AbgZan
Baru-baru ni, kami sekeluarga pergi ke Bukit Malawati di Kuala Selangor. Kebetulan, hotel kami menginap berdekatan...sebenarnyer tujuan kami pergi ke sana adalah kerana adik ipar berkahwin dengan orang Kuala Selangor...so dah alang2 dekat tu, singgah ler....enjoy our pics and videos here :)


Ini peta Bukit Malawati, senang u all nak pi nanti, hehe..



Pedang Jepun, Britain, etc...Semua panjang-panjang..



Malaysia aja pakai keris, rilek aja, takyah panjang macam pedang...hehe


Polis berseluar pendek tapi bersongkok...

















Keretapi utk naik bukit...RM3 utk dewasa, utk kanak-kanak bawah 3 thn, FOC...




Fahmi (2nd son), demonstrate how to shoot enemy...





Sebahagian daripada ribuan monyet kat atas bukit tu...



Gua bagi monyet ni makan, macam sarkas pulak, hehe....

Fahmi demonstrate cara-cara untuk cari gaduh dengan monyet, hehe...KLIK atas tu utk tgk video cara-caranya....:)


Ok guys, kalau minat pi la sana, seronok jugak, hehe....

Any komen, just drop it down here :)