Hari ini, satu program menaiktaraf iman telah berlangsung di surau As-Sabirin (ATSB) dan disampaikan oleh Ustaz Nasir (bentuk kuliah). Saya berkesempatan untuk hadir program ini. Saya merasakan ilmu agama sebegini ini amat mustahak dihadiri oleh semua individu yang bergelar Muslim/Muslimah, kerana secara lumrahnya, kebanyakan umat Muhammad, iman semakin menuruntaraf dari A++ kepada B-, malah jika dipandang enteng, akan menurun ke peringkat D- atau lebih teruk lagi, F- (FAIL MINUS).
Sekadar berkongsi, secara rumusannya, intipati kuliah tadi adalah:
-tidak perlu melebih-lebih dalam melakukan ibadah, malah mencontohi Rasulullah S.A.W
bersederhana dalam melakukan ibadan (ikut sunnah Nabi).
-yang lebih afdhal adalah melakukan ibadan secara berterusan (istiqamah), biar pun sedikit. Dicadangkan pilih satu perkara yang tidak wajib tetapi sunnah, dan dilakukannya secara berterusan seperti solat Dhuha setiap hari, atau puasa seminggu sekali.
Wallahu'alam. Kalau salah tolong tunjukkan..
Any comment?
Salam,
Hari ini saya berada di Keningau. Bertolak pagi Jumaat, sampai di Kota Kinabalu, terus drive ke Keningau. Ni semua projek syarikat utk membantu orang-orang susah di kampung di Keningau, dan juga untuk berbuka bersama-sama dengan mereka. Aktiviti gotong-royong akan dilakukan di kawasan masjid nanti....
Nanti kalau sempat, gua sambung citer ni, dan mungkin letak picture sikit...Maaf saya tak dapat cerita panjang sekarang (sbb post ni ditulis dengan kaedah "post dated post", haha. Saya memang selalu mengarang dgn kaedah "POST DATED POST")...
Till then (till i balik kl, hehe)...
Wassalaam....
Sebagai peringatan kepada kita semua, saya lampirkan Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW:
Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,
Gunung Arafah.Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidakmenyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam
perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah
lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan , dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku.
Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
Wassalam……
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Hari ini hari ke-3 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan yang baru menjelma. Semoga kita semua berpuasa penuh selama 3 harini, hehe...
Pagi tadi perbincangan Bicara Mufti yang sempat kutonton sekejap, membicarakan perihal zikir...
Zikir ada 3 bahagian, iaitu ZIKIR:
1) HATI,
2) LISAN dan
3) ANGGOTA BADAN....
Saya selalu berfikir, betapa mudahnya nak dapat pahala yang BERAT timbangannya, tetapi AMAT MUDAH nak dilakukan, iaitu zikir hati dan lisan....apa yang perlu kita buat adalah, berzikir seperti, bertasbih, bertahmid, bertakbir...salawat pon besar pahalanya...kita tak perlukan tenaga banyak mana pun....tak penat pon...tak rugi apa pon....tapi pahalanya besar...
Dan yg bestnyer ia boleh dilakukan bila2 masa saja, skrg pon boleh, nak tido pon boleh, tgh drive ke, tgh meeting ke, tgh termenung, tgh pakai baju ke, tgh marah orang pun boleh berzikir....24/7 la nak senang citer...hehe...
Maka jom kita berzikir, hehe...Besar pahalanya, lebih2 lagi bulan puasa ni...
Wallahu'alam....
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Assalamualaikum dan selamat petang,
Pagi semalam saya sempat dgr sekejap, ttg Mematuhi Ibu Bapa daripada Bicara Mufti.
Kita WAJIB mematuhi apa sahaja yg IBU BAPA PERINTAHKAN, every single thing, EXCEPT kalau ibu bapa bagi arahan yang membawa kepada syirik, menurut satu hadith....
Even kalau org bukan muslim yang masuk islam pon, still kena patuhi ibu bapa yang masih bukan Islam...
Saya teringat satu ketika, saya pernah dengar, mematuhi ibu bapa penting, jika kita menyakiti hati ibu bapa walaupun sedikit, boleh membawah kepada perkara yang tak elok kepada kita...
Contohnya, kalau, kita rasa sedih semacam ke, hati tak sedap ke, atau rezeki macam susah nak dapat ke, cuba pikir2kan kalau2 kita dah lama tak balik kampung tgk mak bapak, atau kalau kita ada menyakiti hati mereka....maka cepat2lah balik jumpa mereka, atau memohon maaf, insyaAllah masalah akan reda..
Wallahu'alam....
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Assalamualaikum,
Perpaduan umat Islam hari ini agak goncang. Kita dapati umat Islam dalam masjid, semuanya bersatu, tetapi apabila keluar dari masjid, perpaduan terus hilang entah ke mana.
Apakah punca keruntuhan perpaduan umat Islam?
1) Wujudnye sifat ego dan takbur dalam diri
2) Memandang rendah kepada orang lain
3) TIdak berlaku adil sesama manusia
Rasulullah bersabda cara nak mengekalkan perpaduan:
1) Hapuskan sifat hasad dengki sesama manusia (kita tengok zaman sekarang ramai umat Islam yang tidak suka tengok rakan2nya maju, lagi mereka maju, lagi kita dengki dan cara jalan supaya mereka jatuh)
2) Hapuskan sifat benci dalam diri
3) Usah mencari kelemahan orang lain
4) Jangan menyakiti hati orang lain
Jikalau kita melakukan perkara di atas, insyaAllah perpaduan dapat dipupuk sesama umat Islam, hatta kemajuan umat Islam akan lebih terjamin.
Wallahu'alam...

"Hey, mentang-mentang hang tinggi, hang pandang rendah pada aku ekk???"
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit, hehe
Erk, menakutkan betul tajuk di atas kan? hehe...
Begitulah tajuk Bicara Mufti pagi smlm....
Kematian adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Walaupun ada penawar segala penyakit pon, mati tetap tidak dapat dielakkan. Seperti yang kita tahu, al-Quran dan madu adalah penawar segala penyakit. Habbatus Sauda juga dalam hadis dikatakan penawar segala penyakit kecuali mati.
Dahulu ada orang bertanya mengapa kita tidak diberi tahu bila kita akan mati? Mana taknya, semua orang nak tau bila kita akan mati. Senang la nak prepare nak bertaubat ye dak?
Maka dijawab malaikat maut, tanda-tanda telah diberi:
1) Uban di kepala
2) sakit-sakit atau sengal2 badan, dan sebagainya
Tanda-tanda tersebut merupakan tanda-tanda yang maut sudah semakin hampir. Maka, apakah persediaan kita utk menghadapi kematian?
1) Muhasabah diri : apa kebaikan dan keburukan telah kita lakukan, dan cuba improve
2) Berdoa semoga kita diberi kekuatan membuat kebajikan dan dijauhkank kemungkaran
3) Meninggalkan pesan dan wasiat: Pesan kepada waris supaya membuat kebajikan dan kebaikan, dan meninggalkan wasiat kepada waris. Kenapa pentingnyer buat wasiat? Sebab meninggalkan harta utk waris adalah lebih baik daripada warisnya menjadi orang yang meminta-minta kelak...
Sudahkah kita semua bersedia utk mati? Sudahkah kita membuat wasiat?
"Sebelum den meghembuskan nafas eden yang terakhir, eden nak wasiatkan segala harta pusaka eden kepada u ollz. Abdul Wahab den nak kasi Rm40 dalam Maybank, nah ni kad ATM Maybank den. Abdul Wuhub den nak kasi T-shirt pagoda yang den pakai skrg ni. Abdul Wihib eden nak minta tolong bayarkan hutang bank, boleh tak?"Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe
Assalamualaikum,
Pagi tadi kusempat kulihat sekejap aja Bicara Mufti dalam TV yang membicarakan tentang bersedekah. Dikatakan sedekah yang terbaik adalah sedekah yang:
1) Daripada harta yang halal
2) Daripada harta yang paling kita sayang (dan bukan daripada harta yang kita dah nak buang, hehe)
3) Ikhlas
Apa pun, apa yang saya pernah dengar adalah, "sedekah yang baik adalah sedekah yang tangan kiri tak nampak tangan kanan yang bersedekah". Macam tu lah lebih kurang bunyinya...
Wallahu'alam.

"Nah ambik la keretaku ini, inilah kereta kesayanganku, hehe" Kata seorang mamat (sambil terkekek, dalam hatinya, inilah kereta yang kuingin buang dahhhh)