Showing posts with label Bank Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Bank Rakyat. Show all posts
AbgZan
Salam all,

Good news kepada pelabur-pelabur Bank Rakyat sekalian... seperti dalam posting saya yang lepas, bonus akan diumum pada 26hb March 2012, dan ianya ternyata tepat, hehe...

Bank Rakyat tadi umu dividen sebanyak 15% dan bonus saham sebanyak 5% bagi tahun kewangan berakhir 2011.

Seperti biasa, keuntungan sebelum cukai selalu menampakkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya....

Bank Rakyat untung sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.02bilion bagi tahun kewangan 2011 dan merupakan kenaikan sebanyak 17.6% atau RM301.9 juta berbanding RM1.72 bilion pada tahun sebelumnya.

Mungkin ada orang akan bertanya, bila bole ambik dividen tu? kalau kita lihat dari sebelum2 ni, selalu once diumumkan, kita akan dapat ambil dividen dalam masa seminggu atau dua minggu dari tarikh pengumumam :)

Mungkin ada yg bertanya lagi, apa maksud bonus 5%? Kalau ASB, bonus bermaksud ia diberi utk tempoh 10 tahun kita berada dlm ASB...kalau Bank Rakyat, bonus 5% tu bermaksud, ia tidak diberi dalam bentuk "cash" tetapi accumulated dlm simpanan kita, atau dgn kata lain dia akan reinvest dlm saham kita...so kalau dlm saham bank rakayt kita ada RM10,000, lepas ni ada RM10,500 ler...ianya bertujuan utk retain earnings yang bank rakyat dapat bagi tujuan rolling, etc..

Wallahu'alam...
AbgZan
Salam all

Saya yakin sure ramai tertunggu-tunggu dividen Bank Rakyat bukan?

Ini terbukti, dengan ramainya pembaca blog saya yang membaca ttg bank rakyat..

Daripada hear say yang saya dpt daripada Bank Rakyat customer service, mereka kata ia akan diumukan pada 26 March 2012... kalau ia benar, maka tinggal kurang dari seminggu saja lagi..

berdebar2 pulak..harap-harap diorang declare 20% ler, atau even more....atau at least 15%, hehe :)
AbgZan
Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu, akhirnya sampai jugak surat dari Bank Rakyat siang semalam...

Sebelum ni banyak jugak surat dari Bank Rakyat sampai, ingatkan surat untuk penambahan Syer Saham Bank Rakyat, rupa-rupanya surat loan, etc (yg tak berkaitan dgn penambahan syer)...

Disember 2011, wife aku dapat surat untuk penambahan syer saham bank rakyat, sebanyak RM11k... minggu yang sama, abang sulong aku pon dapat, sebanyak RM7k kalau tak silap... tak lama lepas tu, saudara kembar aku dapat jugak, dlm lingkungan RM10k...

Semua mereka dapat surat tahun lepas... aku duk tunggu tak dapat2 offer letter tu... sampailah siang tadi baru dapat, tu pon dia hantar ke rumah parents aku... parents aku cakap adek aku baru dapat surat, penambahan syer saham sebanyak RM1k....erk...RM1k aja? kesian pulak aku dgr...pastu mak aku cakap, ada surat utk aku jugak... terus aku bagi kebenaran pada mak aku untuk bukak surat, dan mak aku cakap, aku ditawarkan sebanyak RM16k, wow.... alhamdulillah...

Aku ada buat sedikit analisa, bagaimana keputusan dibuat untuk jumlah syer yang ditawarkan... pada mulanya aku kaitkan dengan tarikh berapa lama kita dah queue...(utk makluman aku dah join sejak 2004, dan pada 2005, aku telah queue sebanyak 3 kali, kali pertama dia panggil dlm masa 1 bulan, kali kedua dia panggil dalam masa 3 bulan, kali ke-3 dia tak panggil-panggil sampailah skrg...)

Tetapi dibandingkan dengan adek beradek aku, dan sedara-sedara / kawan2, aku dapati tempoh queue tidak tepat...

Maka hipotesis aku yang seterusnya aku kaitkan jumlah tawaran tu dengan jumlah syer yang kita ada skrg... pon tidak tepat....

Hipotesis yang terakhir aku rasa yang paling tepat... iaitu jumlah syer yang ditawarkan dikaitkan dengan jumlah loan yang kita buat dgn Bank Rakyat skrg... lagi byk loan kita buat dgn Bank Rakyat, lagi banyak tawaran yang diberi... sbb mungkin bank rakyat nak tawarkan kepada mereka yang ada memberi manfaat kepada mereka jugak....

Itu aku rasa ler....

Okler, ada sesiapa di sini sudah dapat surat tawaran penambahan syer saham Bank Rakyat?
AbgZan
Saya rasa ada satu berita baik daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Mereka merancang untuk melahirkan 4 'Bank Rakyat'. Kepada yang tahu prestasi Bank Rakyat, pasti akan rasa teruja :)

_____________________________________

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merancang untuk mewujudkan empat buah bank koperasi setaraf Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) menjelang 2020.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Md. Yusof Samsuddin berkata, sebagai permulaan, sebuah bank koperasi iaitu Bank Persatuan Malaysia Bhd. (BPMB) telah beroperasi dan disyorkan beroperasi mengikut model Bank Rakyat.

Kewujudan BPMB yang baru mendapatkan status bank koperasi tahun lalu dan ditubuhkan sejak tahun 1950 dijangka memberi persaingan yang positif kepada Bank Rakyat.

Katanya, BPMB turut mempunyai mekanisme perniagaan tersendiri bagi meningkatkan persaingan antara kedua-dua bank tersebut.

"Sehingga hari ini, BPMB telah mempunyai sebanyak RM367 juta nilai saham.

"SKM akan menyelia dan memberi bimbingan kepada BPMB supaya mencapai kejayaan seperti Bank Rakyat,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Saham Bank Rakyat menjadi rebutan orang ramai berikutan dividen yang tinggi dibayar oleh bank korperasi itu, iaitu 15 peratus sejak 1999.

Ketika ditanya sama ada penubuhan BPMB bagi memberi pilihan kepada orang ramai memiliki saham bank korperasi seperti Bank Rakyat, Md. Yusof memberitahu, matlamat kedua-dua bank adalah sama.

Katanya, SKM mahu lebih banyak bank koperasi diwujudkan dan berjaya seperti Bank Rakyat.

Ditanya kemungkinan bank koperasi perlu bergabung pada suatu hari nanti berikutan kurangnya daya tahan, Md. Yusof berkata, ia bergantung kepada situasi pada waktu itu.

"Kami sukar menjangka sebarang kemungkinan akan datang, namun pertumbuhan bank koperasi pada waktu ini amat menggalakkan dan ia untuk kepentingan rakyat,'' ujarnya.

Bagaimanapun, tambah Md. Yusof, penubuhan bank-bank koperasi ini tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia.

(Sumber: Utusan)

AbgZan
Alhamdulillah, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba...akhirnya dividen bank rakyat diumumkan juga...

Nampaknya, seperti jangkaan, memang tepat sekali Bank Rakyat akan still bagi 15% dividen tahun 2011 (utk tahun berakhir Dec 2010)....dividen boleh mula diambil hari ini di bank....jangkaanku tepat Bank Rakyat akan declare bulan Feb, walaupun bulan February pon dah nak tamat, hehe...

You all boleh baca dlm my previous post:
http://kakilabur.blogspot.com/2011/02/dividen-bank-rakyat-akan-diumumkan-tak.html

Esok sure berpusu-pusu ramai orang pergi Bank Rakyat ni....

Kalau tahun lepas, hanya orang yang invest sikit aja yang dapat dividen awal, orang yang invest banyak yang melebihi RM1 juta, or even RM10 juta, akan dapat lambat sikit....

Jeles aku kat orang yg invest RM10 juta tu, senang2 setiap tahun dapat RM1.5 juta, bahagi 12, boleh cover gaji abour RM120k sebulan...mahsyuk2....

Ok baca artikel dari Utusan di bawah utk lebih lanjut:

---------------------------------------------------
Dividen Bank Rakyat 15%

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
ainul.ahsan@utusan.com.my

Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Kamaruzaman Che Mat (kiri sekali) dan Pengerusi Bank Rakyat Syed Jalaludin Syed Salim (dua dari kiri) menunjukkan carta prestasi kewangan Bank Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Buat tahun ke-12, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Dividen itu membabitkan pembayaran sejumlah RM294.9 juta yang akan mula dibayar kepada anggotanya mulai esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negari, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, agihan dividen yang konsisten oleh bank itu hasil keuntungan sebelum cukai dan zakat Bank Rakyat sebanyak RM1.72 bilion.

Ia merupakan kenaikan sebanyak 10.8 peratus atau RM167.1 juta berbanding RM1.55 bilion pada 2009.

Pertambahan keuntungan itu dipacu oleh pertumbuhan pembiayaan terutama pembiayaan peribadi dan pendapatan berasaskan yuran serta kenaikan deposit.

''Bank Rakyat turut merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM1.34 bilion berbanding RM1.13 bilion pada tahun sebelumnya,'' katanya pada sidang akhbar bagi pengumuman prestasi Bank Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, bank itu masih mengekalkan pemberian dividen sebanyak 15 peratus meskipun keuntungan meningkat.

''Kita akan membawa keuntungan yang diperoleh untuk menjana pendapatan pada masa depan,'' tambah beliau.

Kamaruzaman berkata, untuk tahun ini, bank itu mengunjurkan peningkatan pendapatan meningkat sebanyak 10 peratus, lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Beliau menyifatkan pertumbuhan 10 peratus itu adalah kadar yang selesa bagi Bank Rakyat selepas mengalami pertumbuhan besar pada 2010.

''Unjuran yang dibuat itu adalah normal, tanpa ada sebarang ekstra dan kita jangkakan prestasi masih kekal kukuh sekiranya kadar faedah stabil,'' ujarnya.

Beliau berkata, pada tahun ini Bank Rakyat berhasrat untuk menambah lapan lagi cawangan sedia ada yang berjumlah 127 buah dengan membabitkan pelaburan sebanyak RM1 juta setiap sebuah.

Bank Rakyat juga merekodkan kenaikan pendapatan kasar sebanyak 24.3 peratus kepada RM4.70 bilion manakala pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit sebanyak RM3.05 bilion berbanding RM2.61 bilion tahun sebelumnya.

Pendapatan sumber pembiaya melonjak kepada RM4.04 bilion, yang mana 92 peratus atau RM3.71 bilion disumbangkan oleh perbankan pelanggan dan bakinya sejumlah RM323.9 juta melalui perbankan komersial.

Pendapatan berasaskan yuran juga bertambah sebanyak RM92.3 juta.

Jumlah aset meningkat sebanyak 22.3 peratus atau RM11.27 bilion kepada RM61.91 bilion berbanding RM50.64 bilion pada tempoh sebelumnya.

Jumlah deposit Bank Rakyat naik kepada RM52.49 bilion bagi tahun lalu dan kedudukan kecairan kekal kukuh pada kadar 27.3 peratus berbanding 25.2 pada 2009.

Dana pemegang saham Bank Rakyat juga meningkat kepada RM5.95 juta dengan bilangan anggota seramai 758,356 orang.

Any comment guys? Komen je jangan malu2...
AbgZan
Berita terbaru yang aku baca, rupa-rupanya, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia atau Bank Rakyat (nama pendeknya) dah setahun tunggu Bank Negara Malaysia untuk luluskan permohonan Bank Rakyat untuk meningkatkan modal berbayar.....

Walaupun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dalam mesyuarat agung dah luluskan cadangan nak tambah modal berbayar tu, tapi diorang masih tertunggu-tunggu apa kata Bank Negara (BNM)...

Apakah modal berbayar? Modal berbayar ni kalau bahasa mudah, nak senang cakap, pendek kata, Bank Rakyat nak request untuk nak tambah kuota Saham Bank Rakyat, yang you all duk tunggu-tunggu tu la, hehe...

Berapa banyak yang Bank Rakyat minta nak tambah? Dengar-dengarnya HANYA RM500 juta, depa request thn 2009, dah setahun lebih dah...kalau lulus, total modal berbayar (atau kuota) akan meningkat kepada RM2.5 bilion.

Kalau lah BNM luluskan penambahan modal berbayar tu, ni akan jadi yang keempat bank rakyat tambah...Bank Rakyat mula-mula beroperasi dengan modal berbayar RM500 juta, lepas tu dinaikkan kepada RM1.5 bilion danlast sekali RM2 bilion.


Bank Rakyat mohon nak naikkan modal berbayar tu, bukan hanya disebabkan permintaan yang ramai dari rakyat...tapi juga seiring dengan keperluan semasa bank koperasi itu.

Kalau kita tengok sekarang ramai yang berebut-rebut untuk menganggotai keahlian bank sehinggakan sanggup menunggu jika dibandingkan pada masa sebelumnya. Seingat akulah, kali terakhir aku queue dan dipanggil untuk tambah modal pada lebih urang Mei/Jun 2005....lepastu, kawan-kawan aku, dan sedara2 aku yang aku suruh queue, siapa yang cepat queue, sempat tambah, yang lambat sikit aja, sampai sekarang masih duk menunggu....bayangkanlah, betapa ramainya???

Bak kata Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat :''Ramai sangat, memang ramai''.

Senarai menunggu melebihi 50,000 orang....banyak tak?? seramai tu kalau sorang invest RM20,000, bersamaan RM1 billion....

Semua orang duk berebut ni tak lain tak bukan sebab Bank Rakyat menawarkan dividen tinggi sehingga 15 peratus ...malah 20% pon pernah kasi....minimum setakat ni adalah 15%..superrrbbb!!

So, nanti2kan lah :) Ada sesiapa nak queue? Tahukah anda siapa the right person yang in charge untuk queue mengqueue ni? hehe :D

ANy komen? Komen ler sikit kawan2...takkan komen sikit pon tak boleh :)
AbgZan
Assalamualaikum

Saya yakin pasti ramai pembaca blog saya ni yang tertunggu-tunggu dividen bank rakyat....bila agaknya akan diumumkan....aku yakin dividen akan diumumkan tak lama lagi, kalau tak mingg ni, minggu depan...kenapa aku yakin? Mari kita tengok track record mereka...aku mula invest dalam share Bank Rakyat ni, dalam Mac 2004....so aku mula monitor dan "terhafal" bulan mereka announce dividen bermula dari tahun 2005 ler, sbb 2005 ler aku start dapat dividen pon....

Apa yg aku nampak, pengumuman dividen dibuat setiap tahun makin improve, makin cepat....Mari kita perhatikan:

2005 - August : 15.5%
2006 - June (improve 2 bulan) : 15%
2007 - April (improve 2 bula): 15%
2008 - February (improve 2 bulan) : 15%
2009 - January (improve 1 bulan, sbb this is THE EARLIEST possible pon) : 20%
2010 - April (merosot, sebab BNM masuk campur dalam urusan bahagi dividen, Bank Rakyat terpaksa tunggu BNM approve....time tu, ikut pengiraan aku, Bank Rakyat mampu kasi 30% dividen, tetapi BNM limitkan kepada 15%, semata-mata untuk nak "reserve" dividen tu for future) : 15%

2011 - ______?? : ___% ?

Ada sesiapa boleh teka?

So, based on analysis aku, aku yakin, Bank Rakyat akan announce dalam minggu ni atau minggu depan, which is "improved 2 bulan dari tahun lepas (April) ...

Berapa % dividen? Aku rasa, depa akan kekalkan 15%, walaupun aku yakin mereka mampu beri 20% at least utk tahun ni....aku yakin performance diorang tahun ni sure meninggkat compare dengan tahun lepas....

So jawapan di atas diringkaskan kepada:

2011 - February : 15%

Apa pon kita tunggu jer....mari kita tengok sapa yang kena....

Sebarang komen, komen jer, jangan malu...
AbgZan
Alhamdulillah,

Bayaran Dividen 10% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 akan mulai dibayar pada 19 Julai 201o, iaitu semalam...bank persatuan merupakan satu bank yang sedang berusaha untuk menjadi macam Bank Rakyat. Malah Bank Rakyat telah bersetuju untuk menjadi mentor kepada Bank Persatuan (menurut akhbar yang saya bacala, wallahu'alam)....

Walaupun Bank Persatuan buat masa ni tidak sehebat Bank Rakyat, yang mampu beri dividen sebanyak 15% - 20% setahun, tetapai Bank Persatuan (BP) tidak kurang hebatnya. BP pernah beri 12%...tahun ni 10%, ok ler tu....

Sebelum ni, limit pelaburan adalah RM50k, lepastu diturunkan kepada RM15k, then RM5k, now RM10k utk thn ni...tapi yang pentingnyer masi ada peruntukan utk kita labur....tak macam bank rakyat, sudah ditutup utk penambahan pelaburan, sejak tahun 2005 lagi...

Kalau dulu Bank Persatua terdapat di Utara Malaysia sahaja, sekarang ada satu aja cawangan yang bukan utara, iaitu di Shah Alam....

Menarik tak? hehe....

Takkn baca aja beb, komen ler sikit, hehe:)
AbgZan
Ada sesiapa boleh listkan tak company di Malaysia yang memperoleh untung melebihi RM1 Billion setahun? Saya rasa boleh dikira dgn jari. Even company besar2 yang capitalnya besar pon belom tentu leh dpt "untung" RM1 billion...Kalau revenue RM1bil mungkin possible, tapi selepas tolak cost dan sebagainya, for sure berkurang, dan yang tinggal hanya Rm100 juta ke, atau Rm40 juta aja macam tu...

Maksudnya amat sukar mau cari syarikat di Malaysia yang mampu catat keuntungan melepasi Rm1billion...tetapi, ianya tidak mustahil bagi Bank Rakyat....baru-baru ni Bank Rakyat berjaya catat keuntungan lebih kurang RM1.4 billion utk thn lepas....malah skrg ni Bank Rakyat sasarkan untung RM2 billion pulak, wowww....senyum sakan ler pemegang-pemegang saham Bank Rakyat , ehehe :)

Mari kita baca artikel dari Utusan di bawah:


Bank Rakyat hampiri untung
RM2b



KUALA LUMPUR 2 Mei - Bank Kerjasama Rakyat
Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) kini semakin hampir memperoleh keuntungan sebanyak
RM2 bilion, meskipun angka itu disasarkan menjelang 2012.

Pengarah
Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, tidak mustahil sasaran itu mampu
dicapai memandangkan bank tersebut berjaya memperoleh keuntungan sebanyak RM1
bilion awal dua tahun daripada unjuran awal.

Bagaimanapun, menurut
beliau, pihak pengurusan dan kakitangan Bank Rakyat tidak berada dalam tekanan
untuk mencapai keuntungan tersebut kerana unjuran awal adalah pada tahun 2012.

Beliau berkata, Bank Rakyat sebenarnya berjaya mengekalkan keuntungan
meskipun dalam krisis ekonomi sejak ia dipulihkan pada 1982.

Malah,
katanya, pertumbuhan perniagaan dan aset yang dicapai setiap tahun tidak pernah
terfikir oleh pihak pengurusan suatu ketika dulu.

''Ini kerana, untuk
sesebuah syarikat membuat untung RM1 bilion di Malaysia tidak banyak, syarikat
tersenarai awam yang boleh meraih keuntungan RM1 bilion pun tidak banyak apatah
lagi kalau ia hanya menjalankan satu jenis perniagaan seperti Bank Rakyat.

''Syarikat yang boleh membuat keuntungan macam ini hanyalah syarikat
konglomerat dan syarikat yang turut beroperasi di luar negara.

''Bagi
saya, pencapaian Bank Rakyat adalah gemilang dan saya berbangga dengan prestasi
Bank Rakyat pada hari ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Bank milik koperasi itu menyasarkan untuk meningkatkan keuntungan
sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.7 juta pada tahun ini.

Kamaruzaman
percaya bank itu berada pada landasan sebenar memandangkan berjaya memperoleh
keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM407 juta dalam tiga bulan pertama
tahun ini, kenaikan 23 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun
lalu.

Beliau berkata, segmen peruncitan masih memberi sumbangan besar
kepada pendapatan Bank Rakyat berbanding korporat yang masih di bawah 20
peratus.

Biarpun begitu, Bank Rakyat mahu memastikan perkhidmatan yang
ditawarkan setanding dengan bank komersial lain.

Tambahnya, bank itu
kini sedang menunggu kelulusan Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan kemudahan
pertukaran wang asing dan melaksanakan akaun semasa.

''Dengan dua produk
ini, Bank Rakyat boleh beroperasi dengan produk yang lengkap, seiring dengan
permintaan pelanggan,'' jelas beliau.

Tambahnya, Bank Rakyat akan terus
memasarkan pinjaman peribadi kerana ia masih memiliki pasaran besar di kalangan
kakitangan awam.

Beliau menambah, Bank Rakyat tidak terasa terjejas
dengan peningkatan minat institusi perbankan lain untuk menawarkan produk yang
sama kerana yakin dengan kekuatan produk serta kemahirannya mengendalikan produk
itu sejak lebih 20 tahun.

''Kita telah menjalankan perniagaan pinjaman
peribadi pada 1980an semasa bank lain tidak berminat untuk melakukannya.

''Pada masa itu, walaupun tiada persaingan, volume yang Bank Rakyat
dapat tidak begitu banyak seperti sekarang.

''Persaingan memang sentiasa
ada walaupun institusi lain turut mendapat kemudahan potongan gaji seperti yang
kami tawarkan tetapi, prestasi Bank Rakyat dalam pinjaman peribadi terus
meningkat setiap tahun,'' ujar beliau.

Kamaruzaman mendakwa Bank Rakyat
kini menguasai 50 peratus daripada pembiayaan produk itu.

Mengulas
mengenai cadangan penambahan modal berbayar kepada RM2.5 bilion, Kamaruzaman
berkata, ia masih dalam proses dan menaruh harapan agar dapat diselesaikan
sebelum penghujung tahun ini.

Beliau turut memberitahu bahawa Bank
Rakyat akan membuat kunjungan ke Brunei pada bulan ini untuk membincangkan
mengenai cadangan peluasan operasi ke negara tersebut.

''Masih awal lagi
kerana banyak perkara perlu diteliti dan sekiranya ada peluang terbaik, kita
mungkin boleh meneruskannya,'' katanya.

Beliau bagaimanapun berkata,
berdasarkan populasi dan keperluan, Bank Rakyat berkemungkinan mencadangkan
untuk mengadakan perniagaan Ar-Rahnu.

Selain meletakkan kedudukan Bank
Rakyat sebaris dengan bank-bank komersial, Kamaruzaman berkata, beliau menaruh
harapan untuk meningkatkan perkhidmatan sumber manusia bank itu ke tahap terbaik
dan mencapai sifar aduan negatif.

Tegas beliau, ia penting untuk
memastikan setiap pelanggan yang datang ke Bank Rakyat mengalami pengalaman
terbaik meskipun permohonan mereka gagal.

''Kita mahu mengekalkan
pelanggan sedia ada dan pada masa sama menambah lagi jumlah pelanggan Bank
Rakyat demi kejayaan pada masa depan.

''Kita telah membuat pelaburan
dalam membina jenama untuk mengubah persepsi masyarakat dan saya tahu untuk
mengekalkannya (jenama) bukan kerja mudah,'' tambahnya.



Takkan baca aja kawan-kawan, komen le sikit kat bawah ni , hehe:)
AbgZan
Salam,
Sure ramai tak sabar2 nak tau berapa Bank Rakyat bagi dividen thn ni? Dan bila? Akhirnyer terjawab juga...Bank Rakyat mula bagi dividen sebanayak 15% minggu depan pada 22 Februari 2010....so, tanda la kat kalendar tu yer...sure semua tak sabar, termasuk gua, haha.....

Syukur, dpt bonus sikit....

Salaam...

Rakyat bayar dividen tunai 15% mulai 22 Feb

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. hari ini (Bank
Rakyat) mengumumkan dividen tunai sebanyak 15 peratus yang akan dibayar kepada
para anggota mulai 22 Februari. – Utusan

Takkan baca aja kawan, komen ler sikit :)
AbgZan
Assalamualaikum kawan-kawan,


Sedar tak sedar kita dah berpuasa selama 18 hari termasuk hari ini. Tak lama lagi raya pulok....Puasa penuh tak ni? hehe...

Anyway, hari ni saya nak ceritakan tentang Koperasi Bank Rakyat....Pasti ramai pernah dengar.Sbb apa ia terkenal? Pertama, sbb of course banking system dia bagus utk buat loan rumah, kereta, personal loan dan sbgnya..Kedua, ianya Islamic...ketiga ia memberi DIVIDEN YANG TINGGI kepada pelabur sahamnya..

Tapi jgn terkejut kalau ramai jugok yg tak pernah dgr ttg Bank Rakyat bagi dividen tinggi...ada beberapa org saya borak, tak tahu menahu pon...

Buat pengetahuan u all, Bank Rakyat sudah sekian lama maintain bagi dividen 15% sekurang-kurangnya...thn 1998, dia bayar 20%...2001 dia bayar 15% sampaila yg terakhir bulan April 2009 aritu dia bayar 15% jugak (kecuali thn 2005 dia bayar 15.5% dan February 2008 dia bayar 20%).....

Malah pada April 2009, jika diikutkan profitnya bertambah 50% daripada thn sblmnya, so kalau diikut logik, dia boleh bagi 30% dividen, tetapi BNM pulok yg mengehadkan (setelah diambil kira faktor-faktor ekonomi)..

Masih tak percaya? Lihat printscreen daripada Utusan di bawah di bahagian archive:



Tertarik? Ingin invest dlm saham bank rakyat?

Maaf, berita buruk....Saham Bank Rakyat telah ditutup penyertaannya for now...Sbb dah sampai limitnya...

Habis tu macamana? Dah tak boleh labur dlm Bank Rakyat la yer?

Saya ingat lagi, pada thn 2005 bank Rakyat start tutup kemasukan baru. Kalau nak masuk kena queue. Saya queue utk la utk tambah, sebulan lepas tu, dia call. Lepas tu saya queue balik, 3 bulan lepas tu dia call lagi. Lepas tu saya queue lagi, sampai skrg dah 4 thn, tak panggil2, hehe...

Anyway, kalau Bank Rakyat dah tutup ada alternative lain tak? Itu kita akan sambung di hari lain....

Wallahu'alam....

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe