Salam all,
Good news kepada pelabur-pelabur Bank Rakyat sekalian... seperti dalam posting saya yang lepas, bonus akan diumum pada 26hb March 2012, dan ianya ternyata tepat, hehe...
Bank Rakyat tadi umu dividen sebanyak 15% dan bonus saham sebanyak 5% bagi tahun kewangan berakhir 2011.
Seperti biasa, keuntungan sebelum cukai selalu menampakkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya....
Bank Rakyat untung sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.02bilion bagi tahun kewangan 2011 dan merupakan kenaikan sebanyak 17.6% atau RM301.9 juta berbanding RM1.72 bilion pada tahun sebelumnya.
Mungkin ada orang akan bertanya, bila bole ambik dividen tu? kalau kita lihat dari sebelum2 ni, selalu once diumumkan, kita akan dapat ambil dividen dalam masa seminggu atau dua minggu dari tarikh pengumumam :)
Mungkin ada yg bertanya lagi, apa maksud bonus 5%? Kalau ASB, bonus bermaksud ia diberi utk tempoh 10 tahun kita berada dlm ASB...kalau Bank Rakyat, bonus 5% tu bermaksud, ia tidak diberi dalam bentuk "cash" tetapi accumulated dlm simpanan kita, atau dgn kata lain dia akan reinvest dlm saham kita...so kalau dlm saham bank rakayt kita ada RM10,000, lepas ni ada RM10,500 ler...ianya bertujuan utk retain earnings yang bank rakyat dapat bagi tujuan rolling, etc..
Wallahu'alam...
Alhamdulillah, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba...akhirnya dividen bank rakyat diumumkan juga...
Nampaknya, seperti jangkaan, memang tepat sekali Bank Rakyat akan still bagi 15% dividen tahun 2011 (utk tahun berakhir Dec 2010)....dividen boleh mula diambil hari ini di bank....jangkaanku tepat Bank Rakyat akan declare bulan Feb, walaupun bulan February pon dah nak tamat, hehe...
You all boleh baca dlm my previous post:
http://kakilabur.blogspot.com/2011/02/dividen-bank-rakyat-akan-diumumkan-tak.html
Esok sure berpusu-pusu ramai orang pergi Bank Rakyat ni....
Kalau tahun lepas, hanya orang yang invest sikit aja yang dapat dividen awal, orang yang invest banyak yang melebihi RM1 juta, or even RM10 juta, akan dapat lambat sikit....
Jeles aku kat orang yg invest RM10 juta tu, senang2 setiap tahun dapat RM1.5 juta, bahagi 12, boleh cover gaji abour RM120k sebulan...mahsyuk2....
Ok baca artikel dari Utusan di bawah utk lebih lanjut:
---------------------------------------------------
Dividen Bank Rakyat 15%Oleh AINUL ASNIERA AHSANainul.ahsan@utusan.com.myIsmail Sabri Yaakob (tengah) bersama Kamaruzaman Che Mat (kiri sekali) dan Pengerusi Bank Rakyat Syed Jalaludin Syed Salim (dua dari kiri) menunjukkan carta prestasi kewangan Bank Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.KUALA LUMPUR 24 Feb. - Buat tahun ke-12, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.Dividen itu membabitkan pembayaran sejumlah RM294.9 juta yang akan mula dibayar kepada anggotanya mulai esok.Menteri Perdagangan Dalam Negari, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, agihan dividen yang konsisten oleh bank itu hasil keuntungan sebelum cukai dan zakat Bank Rakyat sebanyak RM1.72 bilion.Ia merupakan kenaikan sebanyak 10.8 peratus atau RM167.1 juta berbanding RM1.55 bilion pada 2009.Pertambahan keuntungan itu dipacu oleh pertumbuhan pembiayaan terutama pembiayaan peribadi dan pendapatan berasaskan yuran serta kenaikan deposit.''Bank Rakyat turut merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM1.34 bilion berbanding RM1.13 bilion pada tahun sebelumnya,'' katanya pada sidang akhbar bagi pengumuman prestasi Bank Rakyat di sini hari ini.Sementara itu, Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, bank itu masih mengekalkan pemberian dividen sebanyak 15 peratus meskipun keuntungan meningkat.''Kita akan membawa keuntungan yang diperoleh untuk menjana pendapatan pada masa depan,'' tambah beliau.Kamaruzaman berkata, untuk tahun ini, bank itu mengunjurkan peningkatan pendapatan meningkat sebanyak 10 peratus, lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.Beliau menyifatkan pertumbuhan 10 peratus itu adalah kadar yang selesa bagi Bank Rakyat selepas mengalami pertumbuhan besar pada 2010.''Unjuran yang dibuat itu adalah normal, tanpa ada sebarang ekstra dan kita jangkakan prestasi masih kekal kukuh sekiranya kadar faedah stabil,'' ujarnya.Beliau berkata, pada tahun ini Bank Rakyat berhasrat untuk menambah lapan lagi cawangan sedia ada yang berjumlah 127 buah dengan membabitkan pelaburan sebanyak RM1 juta setiap sebuah.Bank Rakyat juga merekodkan kenaikan pendapatan kasar sebanyak 24.3 peratus kepada RM4.70 bilion manakala pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit sebanyak RM3.05 bilion berbanding RM2.61 bilion tahun sebelumnya.Pendapatan sumber pembiaya melonjak kepada RM4.04 bilion, yang mana 92 peratus atau RM3.71 bilion disumbangkan oleh perbankan pelanggan dan bakinya sejumlah RM323.9 juta melalui perbankan komersial.Pendapatan berasaskan yuran juga bertambah sebanyak RM92.3 juta.Jumlah aset meningkat sebanyak 22.3 peratus atau RM11.27 bilion kepada RM61.91 bilion berbanding RM50.64 bilion pada tempoh sebelumnya.Jumlah deposit Bank Rakyat naik kepada RM52.49 bilion bagi tahun lalu dan kedudukan kecairan kekal kukuh pada kadar 27.3 peratus berbanding 25.2 pada 2009.Dana pemegang saham Bank Rakyat juga meningkat kepada RM5.95 juta dengan bilangan anggota seramai 758,356 orang.
Any comment guys? Komen je jangan malu2...