Showing posts with label Home Renovation. Show all posts
Showing posts with label Home Renovation. Show all posts
AbgZan
Salaam dan selamat sejahtera,

Seperti yg dijanjikan, saya pamerkan garden yg telah siap. Enjoy....


Salah satu bunga di gardenku, tak tau bunga apa. Orang kedai jual pokok ni pon tak tau. Tapi yg pastinya, pokok ni pelik, bunganya tumbuh pada waktu pagi, ptg atau malam terus layu. Esok pagi tumbuh lagi...begitulah setiap pagi...Morning Glorykah ia?



Inilah garden baruku....

Pemandangan garden dari sudut lain


Dan ini sudut lain pulok...

Dan ini adalah anjung bersaiz 8 kaki x 6 kaki...

Click PLAY utk lihat video garden dan anjungku...
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Ini dia interior design rumahku 3 tahun lepas, time ni, walaupon baru masuk rumah, pun dah mula bersepah....hehe....nanti2 bila ada masa, kupamerkan rumahku pada masa skrg pulok, yang lagi bersepah dgn mainan anak2, hehe....


Ruang tengok TV


Tempat duduk tengok TV

Meja Makan Bulat


Pemandangan Ruang Tamu sampai ke dapur pun boleh nampak.



Ruang depan pintu masuk...kuletak cermin bersaiz 4kaki x 5kaki (kasi rumah nampak besar lagi, hehe)


Ruang depan pintu dan sliding door


Sliding door dan ada kepingan meja yang telah patah kakinya, haha....



Ruang tamu...
Ada apa-apa komen tak? Utk rumahku yang belum apa2 dah bersepah ni, hehe....
Nanti2 ku upload pulok hiasan dalaman rumahku pada tahun 2009 pulok, ok? hehe...
Wassalaam.
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Akhirnya, waktu yang dinanti-nanti telah tiba. Rumahku telah siap direnovate. Tinggal aktiviti-aktiviti pembersihan saja. Berikut adalah rumahku yang telah direnovate (pandangan dari luar):



Any comments? hehe...

Nanti di hari kemudian, saya akan postkan pula bagaimana kuhias garden baruku di bawah bumbung yang baru dibina di atas, hehe....Jangan ke mana-mana ya?

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Honestly, saya rasa kagum dengan contractor, sebab kerajinan dan kepandaiam mereka membuat kerja-kerja renovation. Kekadang saya selalu berfikir untuk menjadi seorang contractor, di mana saya berangan untuk menjadi bos yang menjadi tukang design dan tukang arah contractor2 buat kerja, hehe....Daripada kajian saya, saya dapati pendapatan contractor memang tinggi....

Anyway, berikut saya lampirkan peringkat-peringkat perlaksanaan renovation ke atas rumahku:

Peringkat Pertama: Menaikkan tiang struktur

Peringkat Kedua: Menaikkan struktur-struktur untuk bumbung

Peringkat Ketiga: Kerja-kerja Syelek Lapisan Pertama

Peringkat Keempat: Kerja-kerja Syelek Lapisan Kedua

Peringkat Kelima: Bumbung Mula Dinaikkan

Pandangan dari bawah pemasangan bumbung


Pandangan dari atas pemasangan bumbuungPeringkat keenam: Bumbung telah siap dipasang (tinggal final touch up)

Harap you all enjoy the pictures, hehe....Wassalaam.

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Thank God, Alhamdulillah,

My home renovation Level ke-3 (Kali ke-3 sejak rumah dibeli) telah hampir selesai, hanya about 1% left to finish. Yesterday, I terpaksa ambil cuti EL, sebab contractor nak buat kerja2 dalam rumah sikit. Sorry lar kepada my bos, sbb terpaksa ambil EL. Bukan sengaja, tetapi hari Jumaat haritu, bos-bos besar takde utk sign, hehe...

Anyway this my updated house dengan bumbung baruku, hehe !


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Minggu lepas dan minggu ni banyak jugak kedai-kedai hardware, supplier2 yang kulawati...

Di area Klang, Shah Alam, Puchong, Kuala Lumpur, Dato' Keramat, Taman Keramat, dan sebagainya.... I lawati kedai2 tersebut utk nak dapatkan harga tercantik utk atap genting (ceramic) dan kayu-kayan utk dibuat rangka bumbung dan wakaf / anjung / pondok kecil ....

Memang tak dapat dinafikan sifat2 I mempunyai sifat2 suka survey banyak kedai / supplier utk mendapatkan harga terbaik utk barang yang akan kubeli....Mana taknya, dengan cara itu banyak duit dapat kujimatkan...hehe...(nanti-nanti akan kuceritakan kisah I dapatkan about 10 quotations daripada contractor sblm membuat renovation rumah)

Ok berbalik kepada cerita shopping tadi, kayu yang dicari mestilah memenuhi requirement seperti berikut:

1) Tahan hujan
2) Tahan panas
3) Tahan hujan dan panas berulang2...

Hehehe, macam engineering punya requirement pulok, hehe....

Kayu yang memenuhi citarasa tersebut yang popular dan murah adalah kayu jenis RESAK. Ia terdapat dalam pelbagai size (keratan rentas) seperti:

1" x 4"
2" x 4"
3" x 4"
4" x 4"
5" x 5"

1" x 6"
2" x 6"
6" x 6"

1" x 8"
2" x 8"

Setiap size2 di atas, lain harganya ... antara banyak2 kedai yang i lawati, paling murah ada satu kedai di Shah Alam ni, hehe.... sapa yang berminat nak tau dgn lebih lanjut, boleh lah tinggalkan email di bahagian komen di bawah...


Atap genting yang dicari pulok mustilah murah...Define murah ? Murah adalah satu amount yang masih di bawah budget...budget berapa? Tak define lagi...

Antara atap genting yang dicari adalah seperti berikut (berserta harga juga dilampirkan):

1) Wintage (dlm range RM1.60-RM2.00 sekeping)
2) Monier (dalam range RM1.80-RM2.40 sekeping)
3) Glaze style-ada byk type dan byk size:
a) M-glass (RM3.50-RM4.30 sekeping)
b) TBF (RM4.50-RM5.30 sekeping)
c) GCI (RM5.40 sekeping)

Mula2 niat di hati nak korbankan sedikit wang utk beli atau Glaze-style yang berkilat2 dan amat menarik. Selalunya rumah banglo aja yang ada pakai pon, sbb harganya amat mahal...lebih kurang 3-5 kali ganda daripada Wintaege...Last2 pikir punya pikir, i ambil keputusan utk pakai Wintage aja...Wintage ni ada satu kedai di Puchong dpt bagi harga murah....

Sekarang ni kayu Resak telah kubeli. Tinggal nak tunggu green light dari contractor before I buy atap pulok, hehe...Till then...salaam.
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Tadi singgah jap di rumah I masa lunch hour...ada sedikir progress rumahku yang telah dipacak anjung / wakaf / teratak / pondok....Lihatlah gambar di bawah:




Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Salaam sejahtera,


Siapa sini yang tak minat dgn home garden? Angkat tangan! Saya rasa takde yang tak minat, semua orang minat....saya sendiri pon minat...Home garden ni ada pelbagai jenis...ada yang bertemakan tumbuh-tumbuhan hijau2an...ada yang bertemakan fountain...ada yang bertemakan batu-batuan hiasan...ada pulak yang bertemakan kayu-kayuan...ala-ala barli pon ada...ada yang gabungan semua tu...

Berapa kosnya? ada yang RM5k...ada yang RM10k...ada pakcik saya buat 2 fountain dan sekali dgn pokok-pokokan jumlahnya RM17k... Tapi sekarang dah takleh dapat harga semurah tu, kecuali yang simple2 aja...ini bermakna kos nak buat garden naik...Oleh itu, buat garden awal2 ni kira part of investment la....di mana valuenye akan naik in the future...hehe...at least that's what I think, what say you?

Macam i, i buat sendiri aja, lagi murah, hehe... mula-mula i beli satu rangka yang dah siap berbentuk pintu gerbang...spt di bawah (harga asal RM400+, harga clerance stock RM200+) :





Dan diikuti oleh fountain yang portable (harga asal time tu RM800+, clearance stock RM400+, skrg usha2, dah tak dapat bawah RM1k dah):


Lepas tu, sediakan bumbung ala-ala nipah gitu....letak kat atas tu....



Then, beli rumput golf yang dipanggil "phillipine grass" (standard kedai jual RM3 utk 1x2 kaki, ada yang RM2.50....yg paling murah saya jumpa kat Sg. Buloh, RM2 macam tu......


Then, I bought i beli 2 ekor ayam "kayu", hehe....

Beli pokok-pokok sikit....

Dan siaplah garden idaman kalbu, hehe :D . Senang aja kan??? So, why shouldn't you try it yourself ? hehehehe...Di bawah ni adalah garden yang eden buek, hehe....Any comments?





Click PLAY utk tengok gardenku pada October 2008 (time Raya 2008)


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Harini saya nak bercerite siki ttg renovate rumah. Seperti posting yang lepas, saya ada mention yang saya sedang renovate rumah kan? Ini kali ke-3 saya renovate rumah:

Kali pertama: Oktober 2006 - Besarkan rumah atas bawah depan belakang, renovate tandas, pasang tiles, etc

Kali Kedua: 2008 - Tambah tiles, dan repair kerosakan yang perlu direnovate

Kali Ketiga: Julai 2009 - Tambah bumbung untuk car porch dan anjung di depan rumah



Figure 1: Rangka bumbung sedang dibina oleh contractor. Nanti bila siap nanti saya post sini lagi.

Apakah faedah renovate rumah awal2? Kenapalah perlu renovate sekarang dan bukan next year ke, atau 5 thn lagi ke? Bagiku, ada beberapa faedah, iaitu:

1) Kita tahu harga bahan mentah sekarang, tidak kira apa sahaja, simen ke, besi ke, tile ke, kan sudah naik...5 tahun dari sekarang u all expect harga tu akan menurun ke? atau maintain ke? I pasti musti ramai yang expect akan naik...Jadi ini faedah pertama, iaitu lagi lambat renovate, lagi mahal la harga nanti...

2) Time sekarang upah contractor ambik masih murah...5 tahun dari sekarang, ata 3 tahun dari sekarang ke, kita tak tahu, bila harga barang semua sudah naik, musti upahnya pon depa naikkan, betul tak?

3) Renovate awal2 senang sementara barang2 dlm rumah masih sedikit. In the future, kalau rumah dah penuh dgn perabot, tak ke serabut dibuatnye? Nak pindah2kan barang lagi, menyusahkan aja...

4) Kalau renovate awal2, lagi awal kita renovate, masa muda2 ni, lagi lama kita dapat nikmati rumah yang kita renovate tu...Kalau dah tua2, misalnya, umur dah 60 tahun baru nak renovate rumah, masa tu, kita expect mungkin kita dapat nikmati rumah sekejap aja la kot, berbanding dgn orang yang renovate masa umur 25 tahun...

Jadi atas sebab2 tu lah, i suka benor renovate rumah muda2 dan awal2. Dan atas sebab itu juga, i consider home renovation ini as part of investment! hehe....


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe