Showing posts with label Forex. Show all posts
Showing posts with label Forex. Show all posts
AbgZan
Apa pendapat anda tentang main saham? Forex? Trade CPO? Unit trust? Halal ke haram ke meragukan ke? Patutkah "main" saham ditukarkan kepada "trade" saham? Siapa rasa ia halal?

Sebenarnya, isu halal haram trading CPO, Forex dan even stock market pernah saya ke utarakan dlm forum dulu, maybe thn 2009. Apa yg saya querykan adalah apabila, jika sekiranya, trader, tutup mata, beli/jual, dan mengharapkan ia naik/turun utk memungut untung....konsep serupa macam beli 4D, dan mengharapkan kena....

Tapi, ia agak lain....kerana, 4d hanya beli begitu saja....tapi forex, saham dan CPO, adalah kita membuat kajian berdasarka candlestick, SMA, EMA, fibo, support/resistance, etc...

Tapi nanti, sura ada yg cakap, 4D pon boleh jugk buat analisis kira-kira...

Pastu bila pikir2 balik....kalau nak disamakan...bagaimana pula orang yang beli TANAH misalnya.....contohnya beli tanah di Dengkil, mengharapkan kerajaan bangunkan pusat kerajaan di situ, tetapi, it's not happening, tetapi putrajaya yag kena strike....atau bagaiamana pula orang yg beli tanah di Bukit Beruntung miaslnya, tengok2 value menurun...adakah ia dikira perjudian???

Sebenarnyer perkara ni agak pening jugak kepala....jika dipikir2 balik, stok market, bila kita beli sesuatu saham, ia ada pengiraan "FAIR VALUE" atau MARKET VALUE", serupa konsep beli tanah...begitu jugak CPO dan Forex...

TApi pulak, FOREX, CPO dan saham, fair valuenyer kadangkala dimain2kan oleh sindiket, naik turun secara mendadak...

So benda2 macam ni, agak ccomplicated utk dibandingkan...

Tapi cuma satu benda yg agak dominant yang dikeutarakan adalah hal2 "TRADE MARGIN" seperti 400:1 utk forex....atau 3:1 utk stock market di Malaysia...hal margin yang orang kata, tidak mengeluarkan MODAL YANG SEBETUL2NYA.....

Tapi nanti keluar pulak issue bagaimana pula orang yang buat PERSONAL LOAN lepas tu beli rumah secara cash?? pon bukan dikira sebenar2 modal dari duit sendiri....

Dan akhira sekali akan berbalik kepada issue pinjaman secara islamic atau convensional....bla bla bla..pjg betul issue ni...

Justeru itu, saya tak berani nak ulas panjang (ni pun dah cukup pjg ulasan gua, hehe)..gua berserah kepada pakar2 agama, atau ulama2 utk membuat kajian terperinci..

Sapa berminat boleh ler baca ulasan Ustaz Zaharuddin:

http://www.zaharuddin.net/kewangan/305-hukum-jual-beli-futures-a-option-dalam-indeks-komposit.html

...wallahu'alam.

Kalau rajin, FOLLOW my blog ok...banyak kisah2 hidupku dengan dunia pelaburan dan dunia penjimatan aku nak pamerkan kat sini..

Any comment? Tulis aja di bawah ni, aku tak marah apa pon komen korang....taip jer apa2 pon, tapi kalau boleh jgn ler letak "ANONYMOUS" aja...letak ler nama korang...
AbgZan
Dari hari ke hari, kita tengok nilai Ringgit naik dan naik..ini dirangsang oleh penurunan mendadak nilai US Dollar, Euro dan GBP (Pound Sterling). Kenaikan Ringgit juga disebabkan ekonomi Malaysia yang membangun. New Economic Model (NEM) atau Model Ekonomi Baru (MEB)yang baru dilancarkan beberapa minggu lalu juga, mungkin akan merangsang lebih ramai pelabur untuk melabur dalam Malaysia.

Ada 3 perkara mengapa pelabur luar negara patut melabur di dalam Malaysia:

1) Ekonomi Malaysia yang membangun dari masa ke semasa, adalah much better than ekonomi US, UK mahupun Eropah yang merupakan negara maju, tapi mengalami kemorosotan.

2) Stock Market Malaysia (BSKL) masih murah berbanding negara-negara lain.

3) Nilai Ringgit Malaysia (RM) yang menaik juga menarik pelabur...

Oleh itu, sapa yang melabur kat dalam Malaysia akan untung 2 kali, pertama keuntungan bisnes atau pelaburan, kedua nilai Ringgit yang menaik....

Atas dasar tu, maka ramai pelabur akan masuk ke Malaysia. Apabila ramai pelabur masuk Malaysia untuk melabur, mereka akan bawa matawang asing masuk ke Malaysia, dan membeli Ringgit Malaysia. Maka demand akan naik. Maka naik lagi la nilai RM.

Malaysia menjangka nilai RM akan menaik kepada 1USD=RM3.00 sebelum hujung tahun. Gua rasa ia satu angkat yang munasabah...

Berikut kulampirkan berita dari Utusan:

Ringgit: RM3 setiap AS$1 akhir tahun


KUALA LUMPUR 15 April - Ringgit dijangka terus mengukuh dan meningkat kepada RM3.00 bagi setiap
dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, peningkatan mata wang negara itu adalah seiring dengan mata wang lain di rantau ini termasuk yuan.

''Ringgit dijangka bergerak selari dengan pertumbuhan ekonomi,'' katanya ketika ditemui selepas taklimat Ekonomi Korporat ke-15 di sini hari ini.

Mata wang tempatan itu pernah mencapai
paras tertinggi pada kadar RM3.18 berbanding dolar AS kira-kira dua tahun lalu.

Ringgit didagangkan lebih tinggi pada awal dagangan hari ini kepada
RM3.1890 berbanding RM3.1990 ketika penutup semalam.

Mengulas lanjut Dr. Zakariah berkata, pengukuhan ringgit dijangka menarik lebih banyak pelabur asing ke dalam negara, sekali gus melonjakkan pertumbuhan ekonomi domestik.

Kemasukan pelabur asing bakal memberi banyak peluang ekonomi termasuk
pekerjaan, peningkatan pengeluaran dan nilai tambah.

''Perkembangan ini akan mendorong lebih banyak nilai tambah dalam ekonomi dan ia baik untuk rakyat Malaysia,'' katanya.

Pada masa yang sama Dr. Zakariah berkata, secara
teorinya, peningkatan nilai ringgit memberi kesan negatif jika perdagangan
dilakukan menggunakan mata wang tempatan tetapi kebanyakan urus niaga eksport
dan import kini adalah berasaskan dolar AS.


Bagi komen sikit ok kawan2



AbgZan
Asal dengar aja cepat kaya, cepat aja korang baca ek??? hehe...

Forex skrg ni dah makin popular di kalangan rakyat, samada di kalangan golongan berkolar putih, biru, maupun golongan berkolar coklat (sbb dah lama tak basuh baju)....

Forex terkenal, sbb dikatakan sebagai satu kaedah trading / pelaburan yang dikatakan boleh mendatangkan keuntungan dengan cepat....betul kah? Boleh cepat kaya??

Jawapannya adalah BETUL, anda bole cepat kaya dengan forex...akan tetapi FOREX jugak boleh menyebabkan anda CEPAT MISKIN, hehe...bergantung kepada bagaimana anda trade forex....

Persoalannya skrg, pernahkah anda trade forex?

Untungkah , rugikah?

Berapakah permulaan modal?

Bagaimana nak mula?

Selamatkah?

Mudahkah?

Nak trade sendirikah? atau labur kat orang tere main forexkah?

Itu semua antara soalan2 yg anda kena tanya kepada diri sendiri dan kepada semua trader2 forex....InsyaAllah saya akan sambung di episode yang akan datang...

Wassalaam.

"Money di telapak tangan saya", kata seorang pakar FOREX yang mengaku dirinya pakar, begitulah mungkin kata-kata meyakinkan yang diucapkan oleh beliau...




Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: 4 comments | edit post