Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
AbgZan
Mungkin sudah takdir, atau mungkin ada rezeki saya yang kurang berkat, saya telah mengalami accident siang tadi. Nasib baik tak melibatkan kereta lain, tetapi terbabas sampai naik ke bahu jalan (setinggi hampir 1 kaki)... kebetulan siang tadi hujan, jalan agak licin... masa nak belok ke kiri, drift terlebih pulak, walaupun sudah brek tekan habis, tapi tergelincir...

Saja nak ambil kesempatan ni nak remindkan semua pembaca-pembaca sekalian untuk berhati-hati ketika memandu, especially masa hujan... kalau brek macammana pun, kalau jalan dah licin kereta masih mampu bergerak 10meter ke hadapan....

Jadi kalau drive tu sediakan lah jarak secukupnya dengan kereta depan...dan kalau buat corner tu jgn nak layan drift sgt, hehe....

Remind utk diri sendiri jugak ni :)
Gambar hiasan....
AbgZan
Berita ni agak menggembirakan aku...bukan apa, selalu sgt jam TANPA SEBAB, pastu tengok2 punca jam teruk adalah sbb ramai sgt org dok jakun memberhentikan kereta, ada jugak yg slowkan kereta, dan ada jugak dok singgah nak tgk kemalangan...

Tensen jugak bila terpaksa tempuh jam berjam-jam, hanya kerana wujudnya jakun-jakun yang macam tak pernah tengok kemalangan...kadang2, bukannya ada kemalangan pon, tapi hanya ada kereta rosak tepi jalan...atau ada jugak terdapat kereta yang hanya berhentikan kereta di tepi jalan untuk berehat, pon menyebabkan traffic jam, gara-gara "penjakun-penjakun yang tercari-cari di manakah kemalangan...

You all sure pernah alami benda ni kan??

So, bila keluar berita ni, gua rasa lega, tapi geli hati pon ada....sebab macam perli pun ada...perasaan tanda tanya pon ada, iaitu, bagaimana perlaksanaannya nanti, macam susah aja nak laksanakan...hehe...

----------------------------------------------

Penonton kemalangan boleh disaman - JKJR (sumber: utusan Malaysia)



KUALA LUMPUR 13 Jan -- Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).

"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.

"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.

"Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya kepada pemberita semasa kempen advokasi JKJR di sini hari ini. -- Bernama


Komen ler apa2 pon ok...
AbgZan
Semalam aku kemalangan lagi...dilanggar lori lagi....sudah berkali2 aku pesan kepada orang2 termasuk la wife aku, kalau nak potong kenderaan, jgn potong kenderaan yang besar macam lori atau bas....sbb bas atau lori ni, dia besar dan berat, kadang2 brek tak makan....selain dari tu, kalau kena langgar, bukan macam kena langgar motor atau kereta, kemek sikit aja...bas atau lori, kalau langgar, memang teruk kereta....

Nak dijadikan cerita walaupun aku selalu nasihatkan orang usah potong lori atau bas dlm jarak dekat, last2 aku kena sendiri....kali ni kisahnyer begini....aku mula2 ingat nak belok kiri, sekali tersalah, so tukar haluan nak belok kanan.....tapi, terpaksa potong kenderaan yang tgh beratur tunggu traiffic light merah...signal dah bukak awal2 dah...dok sebelah lori besar gedabak....

bila traffic light hijau, nampak lori tu macam dah nak gerak, tapi lepas tu tgk lori tu stop...so aku ingatkan dia kasi laluan utk aku potong dia...aku pon dgn selamba potong dia, bila aku potong time tu pulak dia pon gerak pulak....pershhhhhhhhh....lori tu gerak dari kelajuan SIFAR....slow aja, tapi langgar kereta aku teruk tu...smpai tak boleh bukak pintu tu.....

kawtim dgn lori tu....lori tu kata tak nampak....aku pon tak tau lar, dia sengaja ke apa ke...tapi bila diorg keluar, tgk penjelasan diorang dan muka nampak jujur....tapi hati diorg aku tak tau lar kalau sengaja nak kenakan aku....tapi mungkin tak kot....

Apa pun, aku nak nasihatkan korang, kalau laju mana pon korang bawak kereta, hati2lah kalau nak potong lori atau bas....pastikan jarak jauh dan selamat....lori kalau dah langgar tu, pertama kereta dah sah kemek teruk....nyawa pulak berada dlm risiko....pastu diorang pulak boleh argue kata mereka besar la, tak nampak la, brek tak makan lar...so hati2 la...

anyway aku dah kawtim dengan kedai ketuk, cat semua, ada la dalam RM500 lebih kurang, kira murah kot...dah ushar byk kedai..tu pon antara kedai ketuk yg aku rasa murah dan kerjanya kemas...terletak dekat kawasan Ampang, dekat tepi Highway MRR2....

okler, itu aja kisah kemalanganku dilanggar lori....


Komen ajer apa2 korang nak komen....:)