Showing posts with label Banking. Show all posts
Showing posts with label Banking. Show all posts
AbgZan
Salam,
Sure ramai tak sabar2 nak tau berapa Bank Rakyat bagi dividen thn ni? Dan bila? Akhirnyer terjawab juga...Bank Rakyat mula bagi dividen sebanayak 15% minggu depan pada 22 Februari 2010....so, tanda la kat kalendar tu yer...sure semua tak sabar, termasuk gua, haha.....

Syukur, dpt bonus sikit....

Salaam...

Rakyat bayar dividen tunai 15% mulai 22 Feb

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. hari ini (Bank
Rakyat) mengumumkan dividen tunai sebanyak 15 peratus yang akan dibayar kepada
para anggota mulai 22 Februari. – Utusan

Takkan baca aja kawan, komen ler sikit :)
AbgZan
Semalam masuk paper ttg penjaga parkir bangkap sbb ada org guna KAD PENGENALANnya yg hilang selama sebulan...bahaya jugak tu...so u all jaga2 la dgn IC u alll...kalau ilang cepat2 la report polis..

Persoalan yang menjadi tanda tanya saya adalah logikkah ia berlaku? Siapa yg silap? Salah beliaukah? Salah bank kah? Salah pencuri kah? Bagi saya, ianya agak tak logik...dan pihak yang perlu dipersoalkan adalah BANK! Kenapa? Ada banyak sebab (tetapi bukan nak salahkan bank, cuma bertanya):

1) Muka dalam Kad Pengenalan dan muka penyangak tu samakah? (possible answer:muka serupa)
2) signature samakah? (possible answer: boleh tiru)
3) Pegawai bank tak minta slip gajikah? (possible answer: slip gaji boleh tiru)
4) Pegawai bank tak cek latar belakang penjaga parkir kah? Gajinya berapa? Layakkah beli TOYOTA ESTIMA? (possible answer: gaji boleh tipu)
5) Dalam rekod CTOS & CCRIS takde rekodkah berapa banyak loan yang beliau dah pernah buat? (possible answer: CCRIS masih lepas)
6) Tiada penjaminkah diperlukan? (possible answer: skrg banyak bank takyah penjamin)
7) No telefon hp penyangak tak ambikkah? Kalau ambik, tak bolehkah cek dgn CELCOM, DIGI atau MAXIS, siapakah pemilik NOMBOR TERBABIT? Sebab for sure depa kena ambik , mudah utk contact nak serahkan kunci kereta... (possible answer:...erk....that is not a bad idea)


So semua soalan di atas mungkin senang2 bank akan jawab....jadi siapa perlu disalahkan? Maksudnya sistem perbankan di Malaysia ni agak mudah untuk ditipu? Entahlah....

My suggestion,
1) BANK kena mulakan menggunakan sistem CAP JARI untuk memudahkan pengesahan
2) Sistem penjamin (hak ni , agak payah, sbb tak semua org sudi jadi penjamin)
3) Bank kena serahkan kereta di rumah atau di pejabat (berdasarkan apa yang tertera di IC dan SLIP GAJI). Jadi dari situ senang mahu sahkan....

Wallahu'alam....

Artkel berita harian:


Penjaga parkir diisytihar bankrap

KUALA LUMPUR: Seorang penjaga tempat
letak kereta wanita yang mendakwa kad pengenalannya dicuri bagi pembelian sebuah
kereta Toyota Estima hari ini diisytiharkan bankrap selepas disaman Bank
Muamalat Malaysia Berhad kerana gagal membayar balik pinjaman untuk kenderaan
itu.

Halimaton Din, 41, ibu kepada lima anak, yang tidak mampu
menyediakan peguam untuk membela nasibnya, menitiskan air mata di luar mahkamah.

Ketika ditanya pemberita, Halimaton berkata, Penolong Kanan Pendaftar
Zaitun Anuar membuat keputusan dalam kamar tidak membenarkan kesnya ditangguh
lagi dan menasihatinya mencari peguam.

Peguam Mohamad Fahmi Mat Radzi,
yang mewakili Bank Muamalat Malaysia Bhd, berkata pihaknya telah mengemukakan
petisyen pemiutang terhadap Halimaton bagi menuntut RM167,170.11 sehingga 19
Februari 2008.

Tuntutan itu berkaitan pembelian kereta Toyota Estima
2.4, yang didakwa Halimaton dibeli oleh orang lain tetapi menggunakan kad
pengenalannya yang pernah hilang selama sebulan.

Ibu kepada lima orang
anak yang berusia antara 3 bulan hingga 20 tahun ini bekerja sebagai penjaga
tempat letak kereta di KL Sentral.

Katanya, peguam yang pernah
dihubunginya sebelum ini meminta bayaran RM400 sebelum kes itu dibawa ke
mahkamah.

"Manalah saya ada duit sebanyak itu. Saya tidak mampu.
Tengoklah nanti macam mana. Mungkin cuba tukar peguam lain," katanya sambil
menitiskan air mata.

Ditanya apakah tindakan polis selepas laporan
dibuat, beliau berkata: "Polis cuma cakap mereka sedang siasat."

Pada 18
Disember 2007, Halimaton membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kajang,
bahawa namanya digunakan untuk membeli kereta dan pernah mendapat saman walaupun
dia sendiri tidak mempunyai lesen memandu manakala berita mengenai masalahnya
tersiar di akhbar arus perdana pada 24 Oktober tahun lalu. - Bernama



Takkan baca aja bos, komen la sikit (atau klik iklan Nuffnang, hehe)
AbgZan
Assalamualaikum kawan-kawan,


Sedar tak sedar kita dah berpuasa selama 18 hari termasuk hari ini. Tak lama lagi raya pulok....Puasa penuh tak ni? hehe...

Anyway, hari ni saya nak ceritakan tentang Koperasi Bank Rakyat....Pasti ramai pernah dengar.Sbb apa ia terkenal? Pertama, sbb of course banking system dia bagus utk buat loan rumah, kereta, personal loan dan sbgnya..Kedua, ianya Islamic...ketiga ia memberi DIVIDEN YANG TINGGI kepada pelabur sahamnya..

Tapi jgn terkejut kalau ramai jugok yg tak pernah dgr ttg Bank Rakyat bagi dividen tinggi...ada beberapa org saya borak, tak tahu menahu pon...

Buat pengetahuan u all, Bank Rakyat sudah sekian lama maintain bagi dividen 15% sekurang-kurangnya...thn 1998, dia bayar 20%...2001 dia bayar 15% sampaila yg terakhir bulan April 2009 aritu dia bayar 15% jugak (kecuali thn 2005 dia bayar 15.5% dan February 2008 dia bayar 20%).....

Malah pada April 2009, jika diikutkan profitnya bertambah 50% daripada thn sblmnya, so kalau diikut logik, dia boleh bagi 30% dividen, tetapi BNM pulok yg mengehadkan (setelah diambil kira faktor-faktor ekonomi)..

Masih tak percaya? Lihat printscreen daripada Utusan di bawah di bahagian archive:



Tertarik? Ingin invest dlm saham bank rakyat?

Maaf, berita buruk....Saham Bank Rakyat telah ditutup penyertaannya for now...Sbb dah sampai limitnya...

Habis tu macamana? Dah tak boleh labur dlm Bank Rakyat la yer?

Saya ingat lagi, pada thn 2005 bank Rakyat start tutup kemasukan baru. Kalau nak masuk kena queue. Saya queue utk la utk tambah, sebulan lepas tu, dia call. Lepas tu saya queue balik, 3 bulan lepas tu dia call lagi. Lepas tu saya queue lagi, sampai skrg dah 4 thn, tak panggil2, hehe...

Anyway, kalau Bank Rakyat dah tutup ada alternative lain tak? Itu kita akan sambung di hari lain....

Wallahu'alam....

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Hari ini kita tengok, pelbagai bentuk riba telah berleluasa. Kadang2 riba ni diapplykan sama ada sengaja atau tidak disengajakan. Akan tetapi tahukah kita, bagaimana riba ini bermula dan bagaimana ia boleh dipergunakan sehingga hari ini secara berleluasa? Ikuti artiket di bawah, amat menarik utk dibaca:


Hutang, riba hukum-hakam pemodal
Hishamuddin Rais Apr 9,
09 4:16pm

Semua yang wujud dalam alam ini bergerak mengikut hukum alam.
Manusia wujud melalui DNA. Bumi ini wujud kerana pertemuan, asakan dan
pergumpalan pelbagai bentuk elemen kimia yang terpencar bersepah dalam udara
hasil daripada Letupan Besar.

Seperti besi berani yang akan terus menghala medannya ke utara, begitu juga hukum hukum alam ini tidak berubah-ubah. Manusia yang memiliki akal akan mencari dan menemui hukum-hukum ini.

Penemuan hukum-hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum-hakam ini berkecuali, tidak memiliki nilai.

Nilai baik atau jahat lahir daripada akal manusia.Madame Marie Curie menemui
radium dan menemui cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum-hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah.

Apabila ditemui ciri dan hukum-hakam uranium, maka akal manusia jugalah
yang cuba mengubah hukum-hakam ini sehingga melahirkan bom atom.

Kajian hukum-hakam algebra dan ilmu bintang oleh al-Khwarizmi di Baitul
Hikmah, Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini.

Hukum ilmu bintang ini berkecuali – hanya kuasa imperial Anglo-Amerika yang
menggunakan hukum ini untuk kebejatan dengan meletakkan senjata di atas
langit.

Kapitalisme juga bergerak mengikut hukum-hakam. Hukum pertama
kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih.

Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis
tetap sama.Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan
runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan
riba ini ialah bank.

Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat
keuntungan maksimum. Sebelum kemunculan bank – di zaman kapitalisma kaum
pedagang – emas adalah tukaran.

Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang
dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas. Kita juga terbaca perkataan perak
sebagai wang. Jika melawat musium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama
Alam Melayu – emas dan perak. Para saudagar yang berniaga akan mengupah
tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran
membeli-belah.

Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke
dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas jumlah emas yang tersimpan.

Kertas ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya
yang tersimpan.Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah
diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan
untuk seorang saudagar tetapi berbelas-belas.

Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan
kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan
bertambah.

Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai
menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan,
maka nilainya tidak bertambah.

Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Buluh
Kasap. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas.

Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali
ganda.Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai
emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai – inilah asal-usul duit kertas
atau bank note.

Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar
ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini
tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi
telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar
untuk digunakan sebagai modal.

Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang
tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rashia – konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak
berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme.
Amat jelas bank bermula dengan pembohongan.

Pembohongan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai.
Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan
kedai.

Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki
rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada babu dan pengawal peribadi.

Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500
tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si
Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.

Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam
dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar.
Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini, 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah
tetapi cara pengendalian lebih tersusun. Umum selalu
bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank.


Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu.


Contoh:


Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100
ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit
seorang.

Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi
pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit.

Lihat silap mata!

Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit. Bank ini sebenarnya
tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan
– ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak
semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.

Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit
bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga. Beginilah yang telah dilakukan
oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank
dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini.

Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran – amalan ini untuk
menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus. Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui
cagaran.

Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap
mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin
mengeluarkan duit – maka tertonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap! Tidak ada duit sebenarnya dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Tertongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008.

Bank Northern Rock di Scotland tertonggeng apabila semua penyimpan datang
beratur untuk meminta wang simpanan mereka – permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank.

Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai
hilang keyakinan, maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan
berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka.

Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan
mengaku diri mereka bankrap – inilah yang sedang berlaku sekarang.

Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan
oleh bank. Pemilik-pemilik ban ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk
melupuskan pelbagai larangan dan rintangan.

Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan
yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.

Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di
khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus
yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.

Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya
duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit
ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk
membuat lebih banyak untung.

Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank
boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup.

Ada pelangan akan kalah judi di Genting tetapi syarikat Lim Goh Tong sampai kiamat tidak akan bankrup – ini juga hukum sistem kapitalis.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/columns/103553

Wallahu'alam...

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Begitulah tajuk yang terpapar di Utusan Malaysia hari ini... Ini bermakna BLR (Base Lending Rate) atau KPA (Kadar Pinjaman Asas) juga kekal pada 5.55% ... Bagi saya kalau dikekalkan memang OK, tapi kalau diturunkan lagi ok, hehe....sbb saya mempunyai pinjaman bank Islamic yang berasaskan BLR dan capping at 9.55%...kalau BLR turun makin untung la pinjaman loan yang saya buat, hehe...

Ok apa pun, berikut diquotekan berita daripada Utusan Malaysia:

KUALA LUMPUR 29 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM), pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetarinya (MPC) hari ini, memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 2.00 peratus.

"Sejak mesyuarat MPC yang lalu, ekonomi global telah menunjukkan tanda penstabilan dan keadaan dalam pasaran kewangan antarabangsa pada amnya bertambah baik," kata BNM dalam satu kenyataan di sini.

Sungguh pun keadaan ekonomi di negara maju masih lagi lembap, BNM berkata, kadar kemerosotan aktiviti ekonomi semakin perlahan.

"Tanda-tanda juga menunjukkan aktiviti ekonomi di kebanyakan ekonomi serantau bertambah baik," kata BNM.

BNM berkata, langkah untuk menstabilkan sistem kewangan di negara maju dan kesan terkumpul rangsangan fiskal dan monetari terus menyumbang kepada peningkatan secara beransur-ansur dalam aktiviti ekonomi di kebanyakan negara.

"Tanda penstabilan juga ditunjukkan pada suku kedua, dengan beberapa petunjuk seperti indeks pengeluaran perindustrian dan pemberhentian pekerja telah mencatatkan penurunan yang lebih perlahan," katanya.

Pada masa hadapan, BNM berkata, keadaan pasaran pekerja dan sentimen perniagaan dan pengguna yang lebih baik akan menyokong permintaan dalam negeri.

Selain itu, pelaksanaan rangsangan fiskal yang lebih pesat, akses kepada pembiayaan yang berterusan dan kadar inflasi yang lebih rendah juga akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi dalam negeri pada separuh kedua 2009 hingga ke tahun 2010, katanya.

"Seperti yang dijangkakan, inflasi terus menjadi sederhana dan bertukar menjadi negatif pada bulan Jun."

"Penurunan inflasi sebahagian besarnya disebabkan oleh kesan statistik yang mencerminkan kenaikan inflasi pada Jun 2008, apabila harga bahan api meningkat berikutan pengurangan dalam subsidi bahan api."

BNM berkata, inflasi yang negatif dijangka hanya untuk sementara waktu dan akan bertukar menjadi positif apabila keadaan ekonomi dalam negeri bertambah baik.

"Berdasarkan penilaian yang dibuat, dengan kadar faedah semasa yang rendah dan rangsangan fiskal yang mula memberikan kesan, langkah dasar yang sedang dilaksanakan adalah memadai untuk memberikan sokongan kepada aktiviti ekonomi." - BERNAMA



Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit, hehe

Labels: 0 comments | edit post