Showing posts with label Economic Transformation Programme. Show all posts
Showing posts with label Economic Transformation Programme. Show all posts
AbgZan
Baru-baru ni dalam berita Utusan ada menyiarkan ETP (Program Transformsi Ekonomi) bakal mewujudkan lebih 3 juta peluang pekerjaan... kalau ianya tercapai, aku rasa ia merupakan satu perkara yang AMAT POSITIVE KEPADA EKONOMI NEGARA....

Mengapakah pekerjaan itu penting kepada ekonomi negara?

Mula-mula sekali, kalau orang tanya aku, apakah perkara paling penting yang kerajaan kena take care untuk menaikkan ekonomi? Aku akan jawab: JOB, JOB, JOB !!!

Mengapa?

Ok let me ask you guys...korang puas hati tak dengan kerja u all? Kalau korang dah gaji RM10k ke atas, for sure you MASIH TAK PUAS, sbb manusia tak pernah puas hati dengan kekayaan atau gaji mereka....

Kepada yang gaji kecik, sure setiap hari bukak Jobstreet, atau paling tak pon sebulan sekali, ye tak?

Itu fakta pertama mengapa job paling penting....kalau harga minyak naik banyak sekali pun, tapi kalau gaji kita naik double, sure kita tak kisah sgt...

Ok, fakta kedua, saya nak terangkan keadaan di US pulak....setiap minggu, akan ada announcement "Initial Jobless Claims" yang mengukur kekuatan pasaran buruh. Setiap kali pengumuman, ia akan mempengaruhi bukan sahaja Stock Market US (Dow Jones Industrial Average, Nasdaq, S&P), malah US Dollar juga....

Malah, sebulan sekali (first Friday of the month), satu pengumuman yang PALING PENTING setiap bulan dipanggil NFP (Non Farm Payroll)..setiap kali pengumumam dibuat, ia selalu menentukan arah pergerakan stock market dan USD yang amat ketara....malah effectnya jugak akan mujarab....

Apakah NFP?

Menurut Investopedia:
A statistic researched, recorded and reported by the U.S. Bureau of Labor Statistics intended to represent the total number of paid U.S. workers of any business, excluding the following employees:

- general government employees
- private household employees
- employees of nonprofit organizations that provide assistance to individuals
- farm employees

So apa yang aku nak sampaikan kat sini...apa yang aku nak bincangkan kat sini adalah betapa pentingnya pekerjaan kepada pembangunan ekonomi negara...jadi, balik kepada tajuk di atas, kalau benar ETP tambah 3.3 juta peluang pekerjaan, IT IS DEFINITELY GREAT FOR OUR COUNTRY! Good job MALAYSIA!

-----------------------------------------------------------------
ETP tambah 3.3 juta peluang pekerjaan (dipetik dari Utusan)

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan melibatkan penambahan 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020.

Daripada jumlah itu katanya, 60 peratus adalah peluang pekerjaan untuk peringkat pendapatan pertengahan dan tinggi.

"Ini berdasarkan kepada permintaan 318,000 tenaga kerja berkemahiran setiap tahun selepas mengambil kira kadar penguncupan 100,000 pekerja setahun daripada pasaran kerja," katanya berucap pada majlis makan malam sempena Persidangan Pengurus Profesional Antarabangsa (IPMC) 2011 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menerima Anugerah Penaung Brandlaureate atas sumbangan beliau dalam pembangunan negara.

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Britian ke Malaysia, Simon Featherstone dan bekas Menteri Perdagangan dan Pelaburan Britain, Digby Jones.

Muhyiddin menambah, adalah menjadi keutamaan kepada negara untuk meningkatkan kelayakan dan kemahiran seramai 7.1 juta pekerja separa mahir sedia ada ke arah menjana rangkaian ekonomi.

Ke arah itu katanya, kerajaan akan melaksanakan Program Pengiktirafan Pendidikan Terdahulu (RPL) untuk mengiktiraf kepakaran dan pengalaman awal pekerja separa mahir tersebut.

Jelas beliau, RPL akan membolehkan pekerja yang tidak mempunyai kelulusan formal mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dengan mengikuti pelbagai kursus berkaitan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia.

"Kita menjangkakan seramai 60,000 pekerja setahun akan mendapat manfaat daripada program ini sepanjang Rancangan Malaysia Ke-10," katanya.


Jangan lupa bagi komen ye guys, dan jangan lupa FOLLOW my BLOG!
AbgZan
Adakah pelancaran projek-projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bakal merangsang 'Super Bull Run' iaitu lonjakan saham luar biasa di pasaran saham tempatan seperti yang berlaku pada 1993 dulu....mungkin ramai daripada kita tak pernah mengalamainyer....aku sendiri time tu masih sekolah rendah, mana paham ttg stock market jadah ni, hehe.

Kalau kita buat kajian past hisory dan tengok senario yang berlaku sekarang hampir sama pada 1993 ketika Malaysia merancang untuk melaksanakan projek-projek besar.

Dalam kes sekarang, walaupon kebanyakan projek hanya dilaksanakan setahun kemudian tetapi impak positif terhadap bursa Malaysia dapat dirasa lebih awal.

Kalau ETP berjalan lancar bursa tempatan akan terus kukuh, dan dana luar pun akan mula berminat nak labur dalam BSKL kita...skrg ni dana luar masih tak berapa memberangsangkan sgt...

Secara prinsipnya bila sesebuah dalam prestasi baik, prestasi itu akan digambarkan melalui bursa tempatan dan begitu sebaliknya. So sekarang ni, BSKL dah berada pada takuk yang tinggi, maka ini bermakna ekonomi kita pon sedang berada di puncak...Ada sumber mengatakan ekonomi negara kita skrg ni berada di landasan sebenar...tapi tak dinafikan kadang kala Bursa berada di landasan yang tersasar sikit, samada over value atau under value (semasa market crash)....

Satu lagi, kepada yang tak aware , pasaran saham tempatan akan mendapat rangsangan daripada pelaburan projek minyak bernilai RM20 bilion yang diumum beberapa minggu lepas...pengumumam tu mengejutkan banyak para penganalisis.

Pendek kata, perkembangan ekonomi semasa dijangka mempercepatkan situasi 'Super Bull Run' dalam pasaran tempatan. Leih-lebih lagi, dengan pengukuhan ringgit, kecairan yang tinggi dan kadar faedah yang rendah menjadi situasi 'Super Bull Run' lebih menarik.

Institusi perbankan dan kewangan Malaysia sekarang ni memiliki kecairan sekitar RM250 bilion, menjadikan sektor perniagaan semakin mudah dan selesa. Tambahan pula, dengan kenaikan harga komoditi yang luar biasa menyebabkan ia memberi bonus kepada ekonomi....

Perkara-perkara begini banyak merangsang pasaran KLCI / BSKL kita...akan tetapi, kita kena sentiasa waspada dan usah terperangkap dengan movement KLCI yang terlalu rancak ni....

Aku rasa, market KLCI , malah market serantau tengah tunggu right timing aja untuk menjunam....tengah tunggu wujudnya BAD NEWS, samada bad news itu akan keluar secara kebetulan atau sengaja diadakan atau sengaja diperbesar-besarkan bagi merealisasikan PROFIT TAKING YANG KAW-KAW, atau BIG CORRECTIOn....

AKu jangka kalau ia berlaku, ia akan turun ke paras 1100-1200....Aku jangka ia akan bermula sekitar Mac/April, atau June/July/Ogos ....

Mari kita lihat....

Wallahu'alam...
AbgZan
Semalam PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak umum pelancaran 19 lagi projek di bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP) negara melibatkan pelaburan hampir RM67 bilion.
Projek ni dijangka akan menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM36 bilion lagi dan juga menyediakan 35,000 peluang pekerjaan baru.

Pada pelancaran ETP masa 25 Oktober 2010 lepas, Najib dah umum 18 projek permulaan dan perkembangan berkaitan untuk menjayakan agenda transformasi negara ini. Najib kata dengan bermulanya projek-projek ini, di samping projek-projek ETP yang telah diumumkan ebelumnya, rakyat dijangka berupaya menikmati pulangan yang ketara dalam sedikit masa lagi.

Dijangka kesan jangka panjang nanti, rakyat Malaysia akan berpendapatan tinggi, RM48,000 setahun. Tapi tak dinyatakan adakah itu pendapatan minima? jika itu minima, maka, gaji engineer, for sure RM10,000 minimum at least, hehe....Boleh capai ke ni? Kalau capai pon, sure taraf hidup masa tu pun sure tinggi, harga makanan pon, tak dapat lagi RM5....mahu paling murah kat kedai mamak pon RM20 sepinggan...

Ok tu kesan jangka panjang...kesan jangka pendek pulak, sesiapa yang dah labur kepada syarikat2 yang berkaitan (mungkin ada insider news sblm pengumuman), sure sekarang sudah senyum....malah long term pon, sudah tentu syarikat2 tersebut mencanak2 naik :D.... tak perlulah gua citer pjg kenapa harga share syarikat2 tersebut akan naik....

Apa pon, siapa yang nak tau lebih lanjut sebhagian projek yang diumumkan, boleh ler u all klik pic di bawah, dipetik dari Utusan Malaysia....

Make sure you all follow blog aku ni ok (kalau siapa tak follow lagi), hehe...hari2 kemudian aku akan bg posting2 lebih menarik, insyaAllah..kalau rajin add sekali dlm blog list you all....thank you :)

Anyway, ada apa2 komen? just komen aja ok