Showing posts with label jimat. Show all posts
Showing posts with label jimat. Show all posts
AbgZan
Salam all,
Mungkin ramai yang pandang serong kepada credit card.

Tapi tahukah anda boleh dapat cash rebate sebanyak 5% kalau shopping kat Tesco, Carefour, Giant, isi petrol di Petronas, Shell, Esso, BP, bayar bil electric, bil air, bayar bil handphone, Maxis, Digi, Celcom, U Mobile, Endah Water, Broadband, dan banyak lagi...

Maksudnya, kalau anda spend sebulan untuk semua di atas sebanyak RM1,000, anda akan dapat RM50 sebulan... logik tak?

How to get that rebate man? You may ask... Anda bole apply credit card OCBC yang menawarkan rebate di atas...

Selain itu, ada satu lagi credit card yang menawarkan rebate sebanyak 15% untuk isi Petrol / Minyak !!! Woww.... lagi superb... Maknanya kalau anda pergi balik kerja pakai minyak RM300 sebulan, anda dah dapat rebate RM45 sebulan, CASH!! WOw...credit card apa pulak tu... itulah dia credit card Standard Chartered... :)
AbgZan
Harini gua hantar kereta ke workshop utk tukar gear box dari Manual kepada Auto Transmission. Dia kata hantar Sabtu, boleh siap hari Ahad atau Isnin...

Okler, dia charge Rm1,550..kedai2 lain semua nak charge RM2k, atau RM3k ke atas...second hand recon la tapi...harap2 ok la....

Gua nak tukar ni bukan pasal gua tak suka manual (as a matter of fact, gua prefer manual dari auto), tapi sbb my beloved wife nak practise2 bawak kereta, kalau auto dia berani bawa katanya.....skrg ni belum ada urgent need utk beli kereta kedua lagi, so boleh saving sikit duit, hehe....

Ada sesiapa sini pernah tukar gear box? Ada sesiapa ada komen?
Labels: , 4 comments | edit post
AbgZan
Weekend haritu kami sekeluarga berhijrah ke KL dari Shah Alam, untuk melawat Sogo (iklankan Sogo kejap). Sogo adalah antara tempat yang murah untuk membeli belah pada musim-musim SALE. Niat untuk beli pakaian anak, tapi mata kerkasima bila terpandangkan satu port menjual pakai kemeja lelaki berlengan panjang dan pendek, berjenama Crocodile.

Cuba teka berapa harganya? Teka la, sure u all taunya. U all takyah teka pon takpe, sbb kat tajuk di atas telah dinyatakan, ahaks....

Yer betul, RM15 sehelai sahaja. Harga asal about RM100 ke atas kalau tak silap. Kemejanya nice, berkain licin, macam2 warna ada, pink, kuning, coklat cair, coklat pekat, hijau cair, hijau pekat, merah, maroon, dan sebagainya. Baju kotak2 lengan pendek pon ada....Bukan senang nak dpt murah camtu, so gua pon angkat la 5 helai, hehekahahakseheh....

Cuba lihat gambar di bawah, menarik tak? Kalau2 rasa nak beli tu, try la kunjung Sogo, i pon tak pasti sampai bila SALE tu... tapi skrg tgh sibuk dgn YES (Year End Sales)...
















Takkan baca aja kawan, komen ler sikit, hehe...tak sampai seminit pon, hehe...
Labels: 2 comments | edit post
AbgZan
Selalunya balik kg, mahal tol kan kena bayar....nak jimat tol tak?

Senang aja, baca petikan akhbar di bawah....ia diberi percuma oleh kerajaan pada 18 Sept 2009 dan 24 Sept 2009. Nampaknya 18 Sept dan berlalu, tinggal 24 Sept aja, ehehe....

Terpaksalah u all menahan ngantuk demi mendapatkan "duit raya tol" tersebut, hehe....

p/s: tujuannya adalah utk mengurangkan sesak lalu lintas jugak ni....hehe...


Tol percuma hadiah raya

Oleh saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 15 Sept. – Pengguna Lebuh Raya Pantai
Timur (LPT) dan
Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati laluan tol percuma
dari 12
tengah malam hingga pukul 5 pagi pada 18 dan 24 September
ini.
‘Hadiah
hari raya’ itu meliputi semua kelas sama ada kereta, bas mahupun
lori.
Ini bermakna, kenderaan kelas pertama seperti kereta bakal
menikmati
pengecualian maksimum iaitu RM29 sehala yang melibatkan perjalanan
dari Plaza
Tol Gombak hingga ke Plaza Tol Jabor di Kemaman, Terengganu atau
laluan
sebaliknya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD,
Datuk Azmil
Khalid berkata, program pengecualian tol itu adalah yang pertama
dilakukan oleh
syarikat konsesi lebuh raya di negara ini.
Katanya,
perjalanan percuma
sempena
Aidilfitri itu dianggarkan bernilai RM2 juta berdasarkan
purata penggunaan 200,000 buah kenderaan sehari.
“Bagi kami, jumlah RM2
juta
itu tidaklah besar apabila dibandingkan dengan nyawa para pengguna dua
lebuh
raya tersebut.
“Pengecualian tol ini bertujuan mendorong para
pengguna
merancang perjalanan sekali gus mengurangkan kesesakan dan
kemalangan,” katanya
pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kumpulan MTD di sini
hari ini.
Hadir sama
ialah Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia
(LLM), Datuk Ir. Ismail Salleh
dan pengurusan tertinggi Kumpulan
MTD.
Azmil berkata, pengecualian tol itu
diharap akan mendorong lebih
ramai pengguna memulakan perjalanan mereka selepas
tengah malam kerana ia
berada di luar waktu puncak.
Berdasarkan rekod
katanya, 60 peratus
pemandu menumpukan perjalanan pada siang hari dan ini
menyebabkan kesesakan
yang teruk.
Ditanya mengenai perjalanan pada waktu
malam lebih terdedah
kepada kemalangan, Azmil menjelaskan, pemandu sebenarnya
berada dalam
keadaan segar sekiranya mendapat rehat secukupnya.
“Biasanya
waktu
mengantuk ialah selepas makan malam dan apabila melepasi tengah malam,
rasa
mengantuk akan hilang,” katanya.
Azmil berkata, sekiranya program
pengecualian tol itu berjaya mengurangkan kesesakan, pihaknya akan membuat
pertimbangan sama ada ia wajar diperkembangkan pada musim perayaan
lain.


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Salaam,
Takmo cakap byk, tapi ada JUALAN TERAMAT PALING MURAH SEKALI, ada brand Soreign, VanHouten, Crispy, etc. Perhatikan di bawah:
Budget mula2, nak WINDOW SHOPPING aja, atau beli dlm RM10 aja, last2 daku beli semua di atas for RM40, ok tak harga tu? hehe..




3 kotak , Rm10
5 kotak, RM10


3 kotak, RM10


3 kotak, RM5


Tak cukup dgn murah, dpt free coklat+ air 2 kotak lagi ni ha...hehe

So, apa lagi? Pergi la warehouse sale ni...tapi...di mana??
Tempat: Food Network, Jalan u1/14, Section U1, Hicom Glenmarie, Shah Alam.
Masa: 10, 11 (till 6pm) dan 12 (till 3pm) September 2009
Good LUCK!
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe