Showing posts with label Paling Kaya. Show all posts
Showing posts with label Paling Kaya. Show all posts
AbgZan

Mittal bilionair terkaya Britain


E-mel ArtikelCetak ArtikelTanda ArtikelBesarkan Saiz TeksKecilkan Saiz TeksKomen Artikel

LONDON: Jumlah orang terkaya di Britain mencatat rekod tertinggi pada 2011 walaupun negara itu mengalami kemelesetan ekonomi.
Menurut Senarai Orang Terkaya Sunday Times, jumlah harta 1,000 orang terkaya di Britain meningkat 4.7 peratus menjadi �414.26 bilion (RM2,053 bilion) ketika kadar pengangguran dan kekangan bajet kerajaan dilakukan.

Rekod tertinggi pernah dicatatkan sebelum ini ialah �412.85 bilion (RM2,046 bilion), pada 2008.

Jumlah bilionair juga mencatat rekod tertinggi menjadi 77 orang.

Berdasarkan senarai tahunan dikeluarkan Sunday Times itu, ahli perniagaan besi kelahiran India, Lakshmi Mittal, berada di tempat pertama untuk kali ke lapan, walaupun nilai hartanya merosot 27 peratus kepada �12.7 bilion (RM62.9 bilion) akibat kejatuhan nilai saham syarikat utamanya, ArcelorMittal.

Tempat kedua ialah bilionair logam dan perlombongan kelahiran Uzbekistan, Alisher Usmanov, dengan nilai harta �12.3 bilion (RM60.9 bilion).


Pemilik Chelsea, Roman Abramovitch, di tempat ketiga dengan nilai harta �9.5 bilion (RM47.1 bilion). - AFP
AbgZan
ROBERT Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut lapan peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank dengan kekayaan berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.

Menurut laporan Malaysian Business, Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala di tempat kelima milik usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.


Menurut laporan berkenaan, aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat senaraian sehingga 20 Januari lalu.

Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, namun ia turun kira-kira enam peratus tahun ini.

Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Lee dari IOI Corporation mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group menambah kekayaannya sebanyak lapan peratus kepada RM9.53 bilion.

Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.

Nilai berkenaan secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Januari 2012 susut tujuh peratus berbanding RM206.37 bilion tahun lalu.

Bagaimanapun tahun ini terdapat penambahan tiga jutawan berbanding 27 pada 2011.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.

Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.

Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng, masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.

Aset Tiong dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Ong menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.

Tiga jutawan baru yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd) yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd) kembali selepas empat tahun.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.

Sumber: Harian metro
AbgZan
Siapa sini kenal George Soros? Pada tahun 1997/1998 beliau terkenal...beliau juga ada nama timangan yang diberi oleh Tun Mahathir, sebagai Penyangak Mata Wang...
Kerana beliau meniagakan mata wang sampai jatuh merudum mata wang di Asia ...

Selepas peristiwa tersebut, namanya terus sepi...

Tapi lately saya ada terbaca di dada akhbar mengatakan beliau sudah masuk dalam list 10 paling kaya di US, buat pertama kali....pada usia beliau 81 tahun...

Tidak mengejutkan, Bill Gates sekali lagi menduduki tangga teratas senarai berkenaan dengan harta berjumlah AS$59 bilion, meningkat AS$5 bilion, lapor Majalah Forbes semalam dalam edisi 2011 senarai tahunan orang paling kayanya.

Pengasas Microsoft itu menjadi orang paling kaya Amerika sejak 1994.

Setiap mereka yang berada dalam senarai 20 paling kaya menyaksikan kekayaan mereka meningkat, kecuali Warren Buffet yang hartanya merosot sebanyak AS$6 bilion kepada AS$39 bilion ekoran kejatuhan sahamnya dalam Berkshire Hathaway. Buffett sebelum ini menggesa Presiden Barack Obama supaya meningkatkan cukai terhadap jutawan dan berikrar akan mendermakan 99 peratus hartanya untuk kerja kebajikan.

Menduduki tangga ketujuh, Soros memiliki harta berjumlah AS$22 bilion selepas menggabungkan harta bersihnya bernilai AS$7.8 bilion dengan pelaburannya dalam emas dan sekuriti berkaitan.

Soros menukarkan sahamnya kepada tunai pada musim bunga lalu, membolehkannya mengekalkan keuntungan dan mengelak daripada kerugian ketika kegawatan pasaran ekoran krisis hutang di Eropah.

Sementara itu, Buffet menduduki tangga kedua dan kemerosotan hartanya berpunca daripada kejatuhan saham nya dalam Berkshire Hathaway sebanyak sembilan peratus antara 25 Ogos 2010 dan 26 Ogos 2011. “Beliau juga adalah bilionair paling dermawan,” kata Luisa Kroll, Pengarang Forbes. Menduduki tangga ketiga senarai itu ialah pengasas Oracle, Larry Ellison, yang nilai kekayaannya meningkat sebanyak AS$6 billion kepada AS$33 billion. - AP

Rujukan-Metro