Showing posts with label Harga. Show all posts
Showing posts with label Harga. Show all posts
AbgZan
Kalau kita tengok,semakin hari, semakin naik harga getah...sekarang ni harga getah di paras RM15.06 tertinggi dalam sejarah, dan sedang naik lagi ni....sampaikan pekebun getah punya owner pon sanggup toreh sendiri getah, hehe....

Menurut sumber, kalau kita da 2 hektar tanah, kita boleh dapat RM5,600 sebulan....ok ke tak tu? honestly aku ingatkan boleh dpt lebih....2 hektar tanah besar tu, takkan dpt RM5,600 aja kot....

Ada sesiapa sini yg ada kebun getah? mungkin mak bapak punya ke? atau sendiri punya? citer ler sikit pengalaman korang :)


-----------------------------------------------------------------------
(sumber utusan malaysia)

LABIS 6 Jan. - Kenaikan harga getah yang kini mencatat paras tertinggi sebanyak RM15.06 sen sekilogram menyaksikan sebahagian besar pemilik kebun getah sanggup menjadi pengawal keselamatan kepada kebun masing-masing.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, daripada maklum balas diterimanya, pemilik tidak lagi mengupah orang luar sebaliknya sanggup menjaga dan menoreh sendiri bagi mengelakkan kejadian kecurian getah sekerap dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.

Menurutnya, berdasarkan kadar harga getah yang tinggi buat masa kini, setiap pekebun yang mempunyai dua hektar kebun getah mampu memperoleh pendapatan sehingga RM5,600 sebulan.

"Kadar harga getah yang mencecah RM15.06 pada hari ini adalah kadar tertinggi sejak negara merdeka dan ia akan memberi kebaikan serta pendapatan tinggi kepada peneroka getah atau pemaju tanah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Tanam Semula Peringkat Negeri Johor di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah RISDA, Datuk Mohammad Izat Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Johor, Asiah Md. Arif dan Pegawai Daerah Segamat, Burhan Md. Amin.

Jelas Mohd. Shafie, pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan negara-negara pengeluar getah lain termasuk Thailand dan Indonesia bagi memastikan harga getah terus stabil serta dapat ditingkatkan lagi.

Tambah beliau, kadar harga getah yang tinggi jelas menunjukkan bahawa getah menjadi komoditi yang mencatatkan harga paling stabil berbanding harga komoditi-komoditi lain termasuk kelapa sawit.

Menurutnya, pihaknya juga akan meneruskan usaha bagi membantu pekebun getah menerusi bantuan tanam semula getah di samping mengadakan program mendedahkan pekebun dengan teknik dan peralatan terkini untuk memastikan produktiviti getah dapat ditingkatkan.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan pekebun dan peneroka getah supaya menggunakan sebaiknya hasil jualan getah termasuk membuat simpanan kerana harga getah juga akan mengalami turun naik seperti komoditi lain.


Komen jer apa2 pon ok guys :)