Showing posts with label dividen 2012. Show all posts
Showing posts with label dividen 2012. Show all posts
AbgZan
Alhamdulillah KWSP dah announce dividen 6.15% utk kewangan 2012....okerler tu... sapa nak bg...

-------------------------------

KWSP umum dividen 6.15 peratus bagi tahun 2012 (ref:utusan)

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini berkata, kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.
"Ia juga mencatatkan rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.
"Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011," katanya.
Menurut beliau pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.
Katanya walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah. - BERNAMA
AbgZan
Assalamualaikum dan selamat pagi,

Sekarang yang pastinya, kepada mak bapak budak, for sure poket dah kering sbab banyak dah hulur duit raya kepada sanak saudara....

Jadi bagaimana nak kasikan poket tebal balik? nak korek kat mana?

Cara yang senang adalah, korek dari Bank Persatuan...kepada mereka yang tak tau lagi, Bank Persatuan dah mula agih dividen, tetapi kurang memuaskan kepada sesetegah pihak, iaitu hanya about 6% sahaja....kalau tak silap Bank Persatuan tak announce secara public, walllahu'alam, kalau saya ssalah tolong tunjukkan ya....tetapi anda dah bole keluarkan dah, sbb saya sendiri telah keluarkan last week...nanti bank persatuan akan offer untuk bukak savings dengan diorang jugak, supaya senang untuk diorang  masukkan dividen kelak...

Maaf sbb tak sempat bg tau awal...

Ok selamat mencuba!
AbgZan
Salam all,

Good news kepada pelabur-pelabur Bank Rakyat sekalian... seperti dalam posting saya yang lepas, bonus akan diumum pada 26hb March 2012, dan ianya ternyata tepat, hehe...

Bank Rakyat tadi umu dividen sebanyak 15% dan bonus saham sebanyak 5% bagi tahun kewangan berakhir 2011.

Seperti biasa, keuntungan sebelum cukai selalu menampakkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya....

Bank Rakyat untung sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.02bilion bagi tahun kewangan 2011 dan merupakan kenaikan sebanyak 17.6% atau RM301.9 juta berbanding RM1.72 bilion pada tahun sebelumnya.

Mungkin ada orang akan bertanya, bila bole ambik dividen tu? kalau kita lihat dari sebelum2 ni, selalu once diumumkan, kita akan dapat ambil dividen dalam masa seminggu atau dua minggu dari tarikh pengumumam :)

Mungkin ada yg bertanya lagi, apa maksud bonus 5%? Kalau ASB, bonus bermaksud ia diberi utk tempoh 10 tahun kita berada dlm ASB...kalau Bank Rakyat, bonus 5% tu bermaksud, ia tidak diberi dalam bentuk "cash" tetapi accumulated dlm simpanan kita, atau dgn kata lain dia akan reinvest dlm saham kita...so kalau dlm saham bank rakayt kita ada RM10,000, lepas ni ada RM10,500 ler...ianya bertujuan utk retain earnings yang bank rakyat dapat bagi tujuan rolling, etc..

Wallahu'alam...
AbgZan
Salam all

Saya yakin sure ramai tertunggu-tunggu dividen Bank Rakyat bukan?

Ini terbukti, dengan ramainya pembaca blog saya yang membaca ttg bank rakyat..

Daripada hear say yang saya dpt daripada Bank Rakyat customer service, mereka kata ia akan diumukan pada 26 March 2012... kalau ia benar, maka tinggal kurang dari seminggu saja lagi..

berdebar2 pulak..harap-harap diorang declare 20% ler, atau even more....atau at least 15%, hehe :)