Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts
AbgZan
Mungkin ramai tak tahu, bahawa hartanah / rumah / properties boleh buat untung atas angin, atau boleh diperolehi secara percuma...

Mungkin ada jugak yang tau, tapi tak reti camana...

Atau mungkin malas nak ambil tau, atau tak tau kat mana nak tahu...

Apa pun, ramai yang tak tahu bahawa:
1) Bayaran sewa bulanan hampir2 menyamai bayaran bulanan dekat bank, malah kadang2 lagi tinggi sewa bulanan daripada bayar bank
2) Properties / Hartanah banyak yang dah naik double / triple sejak 2009
3) Harga rumah dah terlalu tinggi, dan kebarangkalian untuk properties crash adalah tinggi..
4) Siapa yang dah owned 2 rumah, rumah ke-3 hanya boleh buat loan 70% saja daripada harga/market value rumah

Dan macam-macam lagi....
AbgZan
Satu lagi perkara yang kita boleh dpt manfaat, adalah Skim Rumah Pertamaku. Tapi ini hanya utk mereka yang belum ada rumah lagi... Gaji kurang RM5k ler syaratnya.. kalau  u all yg gaji besar2 belas2 ribu, toksah pandang le, hehe...

byk jugak benda yang kita boleh dpt manfaat, bila nak musim pilihanraya ni... selain dari Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia dan Elaun Telefon pintanr RM200 ... Kalau student, ada dpt voucher utk beli buku lagi.... selagi kita bergelar rakyat Malaysia, ambik aja semua pemberian tu, rezeki jgn ditolak org kata... tak kisah ler u all penyokong atau pembangkang...

-------------------------------------------

Had pendapatan RM5,000 (sumber: Utusan)

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri selepas had pendapatan untuk Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan.
"Had pendapatan untuk Skim Rumah Pertamaku naik kepada RM5,000 dari RM3,000. Lebih ramai rakyat patut mampu memiliki rumah sendiri," katanya menerusi laman sosial Twitternya, hari ini.
Semalam, Cagamas SRP Bhd. dalam kenyataan berkata, berkuatkuasa 1 Januari 2013 lalu, had pendapatan bagi memohon pinjaman Skim Rumah Pertamaku dinaikkan bagi membolehkan lebih ramai pembeli memiliki rumah.
Kata Cagamas, kenaikan tersebut merupakan satu daripada kriteria kelayakan Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan Perdana Menteri dalam pengumuman Bajet 2013 baru-baru ini.
Dalam pada itu jelas Cagamas lagi, had pendapatan peminjam bersama pula dinaikkan sehingga RM10,000 sebulan dengan syarat salah seorang peminjam tidak boleh berpendapatan lebih RM5,000 sebulan.
Tidak cukup dengan kenaikan itu, keperluan untuk menyertakan penyata bank bagi tempoh tiga bulan dan tempoh bekerja minimum selama enam bulan bagi peminjam bersama turut dihapuskan.
Selain itu, peminjam juga boleh mendapatkan pinjaman 100 peratus tanpa perlu membayar wang pendahuluan 10 peratus dengan Cagamas bertindak selaku penjamin untuk 10 peratus nilai awal pinjaman di bawah skim tersebut.
Maklumat lanjut mengenai pinjaman boleh diperoleh di bank-bank terbabit atau layari laman web www.srp.com.my.
AbgZan
Just nak share dgn u all... RUmah2 mahal di US... jeles pulak tgk.... bila ler agaknya dpt beli rumah camni... rumah banglo RM900k pon belom mampu nak beli...

----------------------------------------------------
America's Most Expensive Homes (credit to CNBC)

These are the year's most expensive homes on the market as provided by Trulia.com. They're not necessarily massive; some of them are spacious New York penthouses without enough square footage to even qualify as a mansion.




We'll start with the number 10 home, a penthouse priced at $60 million, and work up to the most expensive mansion of the year. What features are included in such dearly priced homes? One of them has a 24 karat-gold-lined swimming pool. Another is on 90 acres of untouched California land. One was designed by an award-winning architect; another employed master craftsmen to install custom features.

Read ahead to see them all.
Fleur De Lys

Price: $125 million
Location: Los Angeles
Bedrooms: 12
Bathrooms: 15
Square footage: 35,046

Coming in at the No. 1 is the mansion called Fleur de Lys in the Holmbly Hills section of Bel-Air. The enormous mansion built by David Saperstein, and now belonging to his ex-wife, Suzanne, has been on and off the market since 2007. The pair divorced soon after the mansion was completed, so this estate has hardly even been lived in. Listed among the estate's possible interested buyers was Petra Ecclestone, but it was off the market until the day she bought the Spelling Manor in the same neighborhood, after which Fleur de Lys relisted. The house takes normal mansion amenities and supersizes them, so the garage houses nine cars and the screening room seats 50.


Ocean Drive Mansion

Price: $100 million
Location: Miami Beach, Fla.
Bedrooms: 10
Bathrooms: 11
Square footage: 23,462

Following a $25 million price drop, this Ocean Drive mansion is practically a bargain. Well—except that it still costs $100 million. Built in 1930, this house is replete with hand-painted frescoes and an observatory. It would be difficult to find a more over-the-top feature, though than the courtyard's 54-foot mosaic-tiled 24-karat gold lined pool.


City Spire Penthouse

Price: $100 million
Location: New York
Bedrooms: 6
Bathrooms: 9
Square footage: 8,000

This Midtown penthouse sits more than 70 stories up atop the City Spire condominium, with views of Central Park and the rivers. It was designed by Juan Pablo Molyneux, a member of Architectural Digest's AD100. Visitors to this three-story property enter through a formal foyer with an inlaid marble floor, columns, closets and a powder room. A mahogany staircase connects the first and second floors. There's also a private internal elevator serving each floor. The grand master bedroom suite features green marble and mahogany in the bath, as well as a steam shower. Wrap around terraces bring the total indoor-outdoor square footage to 11,000. A staff or guest apartment has a private entrance, which shares the floor with a wine cellar.


Sherry Netherland Penthouse

Price: $95 million
Location: New York
Bedrooms: 7
Bathrooms: 8
Square footage: N/A

This is a full-floor, 15-room residence in the circa-1927 Midtown skyscraper Sherry Netherland, a luxury hotel. Five rooms and an approximately 600-square-foot western terrace overlook Central Park, and there are terraces looking south and north. As part of the Sherry Netherland, residents of this apartment will enjoy daily housekeeping and turndown service, as well as access to the fitness center, concierge staff, valet parking and room service provided by Harry Cipriani Restaurant.


Old Growth Acreage

Price: $85 million
Location: Woodside, Calif.
Bedrooms: 9
Bathrooms: 8 full, 1 partial
Square footage: 9,000

The hefty price tag on this estate, which has never before hit the market, may be less attributable to the circa-1941 house itself and more owing to the three parcels of land making up 91 acres of beautiful property. Old growth oaks, open meadows, and bordered by Huddart Park, the painting-like grounds also include a gate house, a caretaker's cottage and a school.
Labels: , 0 comments | edit post
AbgZan
Merempat sebab rumah mahal? Begitulah tajuk satu artikel dalam Utusan yg aku baca baru-baru ni....masalahnya mahal sgtkah rumah di Malaysia? Adakah betul2 mahal rumah di Malaysia? Dan adakah memang tiada langsung rumah murah di sekitar lembah klang?

Atau mungkinkah ramai sangat yang memilih nak beli rumah murah, dan lokasi di tempat2 terbaik...mungkinkah ada yang ingin membeli apartment di sekitar Kota Damansara, atau sekitar KLCC dengan harga RM100k....dan disebabkan tiada yang semurah tu, sanggup duduk merempat....

Atau aku ada dengar cerita ada jugak yang tidak mahu beli rumah, kerana gara-gara ura-ura kononnya harga rumah akan merudum tak lama lagi? dari mana ura-ura tersebut? dan sahih kah? bagaiamana mahu tahu kesahihannya jika ia belum berlaku?

Masalahnya, adakah kejatuhan merudum harga rumah akan betul2 belaku? jikaau ia tidak berlaku, mana "beliau" tidak mahu beli rumah kerana harga tidak mahu turun2?

Maka jalan penyesalesainnya hanyalah menyewa, biarkan pon 5 tahun menyewa, dengan harapan harga rumah akan merudum...atau mungkin sewa selama 15 tahun, dengan harapan harga rumah merudum, baharu mahu membeli, by that time, ramai orang yang loan rumah sudah pon selesai, dan mengalami financil freedom, hehe....

Bagi aku, harga rumah kat Malaysia memang sekarang sudah agak mahal, jika nak dicomparekan dengan harga rumah 20 tahun lalu, atau 30 tahun lalu...jika nak dicompare harga sekarang ada yang mencecah 30x ganda dari harga 30 tahun lalu...

Malah jika nak dicomparekan degan harga rumah 5 tahun lalu pon, ada yang sudah 2-3 kali ganda hargannya sekarang, tetapi bukan semua lokasi, tetapi hanya tempat2 tertentu yang hot....

Secara keseluruhannya, aku setuju harga rumah di Malaysia sudah mahal skrg, jika dibandingkan dengan zaman dahulu, tetapi masih murah jika dicomparekan dengan negara-negara lain...

Malah, jika kita tinjau kawasan2 yang belum membangun, tetapi mmbangun, banyak lgi rumah2 yang masih murah...ada satu kawasan berdekatan dengan UitM Puncak Alam, harga aparment, hanya RM40k....3 bilik, 2 tandas...keluasan hampir 700ft2....cuma belum maju...

So mengapa mahu hidup merempat, jika masih terdapat apartment yang murah sebegitu rupa....mungkin lokasinya agak jauh dari tempat kerja....itu satu alasan yang boleh digunapakai....tetapi itu bukan alasan utk hidup merempat....hehe....

itu komen aku....apa komen u all? apa komen pakar2 lelong? komen pakar2 hartanah? tuanbri? faridadam? pmc? Mungkin ada lagi silent reader yang masih malu2, atau masih kedekut mahu kongsi ilmu? hehe....kalau rajin tinggalkan komen u all kat sini, no offense yer, hhehhe...


------------------------------------------------------------

Merempat sebab rumah mahal? (sumber: utusan)

Oleh Fairus Kassim
bisnes@utusan.com.my

BENARKAH harga hartanah semasa di negara ini mencerminkan nilai sebenar. Apa yang pasti, tanda harga yang diletakkan sungguh luar biasa sekali.

Malangnya di sebalik apa yang berlaku itu, tiada apa- apa tindakan jitu diambil. Tidak menghairankan jika kegagalan berbuat demikian, bakal menyaksikan ramai rakyat Malaysia merempat.

Malah, tragedi jalan raya yang berlaku di Cameron Highland baru-baru ini lebih beruntung apabila pihak berkuasa menunjukkan kesungguhan dengan menubuhkan badan siasatan bebas untuk menyiasat puncanya dan mengkaji masalah yang dihadapi industri.

Tidakkah baik jika kerajaan turut menubuhkan badan seumpama itu untuk merungkai dan menyelesaikan kemelut peningkatan nilai hartanah khasnya rumah yang sangat membebankan rakyat ketika ini.

Masalah peningkatan melampau nilai hartanah di negara ini khasnya rumah kediaman bukan baharu tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini, ia menunjukkan peningkatan luar biasa dengan merekodkan lonjakan nilai lebih 30 peratus tahun ini.

Setiap penyakit ada ubatnya begitu juga dengan isu hartanah. Kita tidak boleh menutup mata dengan memberikan alasan tidak bertindak kerana perkara itu berkaitan perniagaan dan tertakluk kepada permintaan dan penawaran.

Pokok utama kepada permasalah ini adalah undang-undang pemilikan hartanah negara yang terlalu longgar dan mudah dimanipulasikan oleh pihak tertentu bagi mengaut keuntungan berganda.

Patutkah kita menunggu berjuta-juta warganegara hidup merempat sebelum mengambil tindakan manakala orang luar lain memiliki dan menguasai rumah kediaman yang ada.

Memang betul kehadiran pelabur atau lebih tepat pembeli asing memberikan impak positif kepada ekonomi negara tetapi ia tidak harus mempertaruhkan nasib rakyat negara sendiri.

Sememangnya rakyat tidak akan mampu menandingi kuasa beli asing dan permintaan yang tinggi dari golongan berkenaan menyebabkan pemaju hartanah swasta berani membeli pada harga yang tinggi.

Pada masa yang sama, kajian Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI) yang mendedahkan pembinaan rumah mewah nampaknya semakin tidak terkawal. Antara hasil kajian itu adalah mengenai purata harga rumah di Pulau Pinang dan Lembah Klang yang sudah mencecah antara RM300,000 hingga RM500,000 pada 2009. Jumlah ini jauh berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding purata pendapatan isi rumah.

Jika data dan statistik ini mahu dijadikan ukuran, bayangkan berapa harga rumah dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang? Ketika itu berapa ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana mampu atau bersedia memiliki rumah pada kadar yang bersesuaian dengan pendapatan mereka.

Maka, rumah-rumah yang dibina oleh pemaju hartanah swasta sebenarnya untuk siapa? Rakyat atau pun orang asing?

Penyediaan rumah mampu milik tidak harus disandarkan kepada kerajaan semata-mata tetapi juga pemaju perumahan sebagai salah satu tanggungjawab sosial.

Pada masa ini, pihak berkuasa tempatan telah menyediakan kuota 30 peratus untuk dibangunkan oleh syarikat swasta, malangnya ia tidak dipeduli.

Pemaju hartanah swasta tidak boleh disalahkan mentah-mentah berkenaan isu ini kerana setiap projek yang mereka laksanakan telah mendapat kelulusan daripada PBT. Persoalannya, bagaimana PBT boleh meluluskan projek tersebut jika tidak mengikut undang-undang?

Mungkin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah boleh mengintai-intai proses pengeluaran lesen yang dibuat oleh PBT kerana keraguan yang ditimbulkan sudah boleh dilihat dengan mata kasar.

Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan, Mani Usilappan berkata, selain tarikan daripada pelabur asing, kadar faedah yang terlalu rendah ditawarkan oleh pihak bank untuk pinjaman perumahan juga menjadi punca masalah ini berlarutan.

Katanya, faedah yang rendah menggalakkan aktiviti pembelian rumah baharu dan ini menyebabkan nilai hartanah melambung tinggi.

Bagi pelabur asing pula, mereka lebih gemar membeli rumah kondominium berbanding rumah bertanah khususnya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur kerana kelebihan infrastruktur yang ditawarkan, katanya lagi.

Menurut laporan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (NAPIC), Kementerian Kewangan, sebanyak RM8.94 bilion pindah milik aset hartanah direkodkan di Kuala Lumpur pada separuh pertama tahun ini dan 78 peratus adalah melibatkan sektor perumahan.

Daripada jumlah sektor perumahan tersebut, 49.2 peratus melibatkan kondominium yang bernilai sekitar RM250,000 hingga RM500,000.

Laporan itu turut menunjukkan sebanyak 2,214 unit aset hartanah dibina di Kuala Lumpur pada tempoh yang sama, dengan 54.8 peratus adalah kondominium. Ini jelas menunjukkan permintaan tinggi terhadap rumah kondominium di Kuala Lumpur dan ini menggalakkan pemaju swasta membina lebih banyak rumah kondominium mewah berbanding rumah mampu milik untuk rakyat.

Selain itu laporan NAPIC turut mendedahkan, rumah kediaman bertanah di Kuala Lumpur turut meningkat pada separuh pertama tahun ini dengan Taman Segar, Cheras mencatat peningkatan sebanyak 23.5 peratus manakala rumah di Taman Tun Dr. Ismail meningkat lebih 14.8 peratus sehingga mencapai RM715,000 bagi sebuah rumah teres dua tingkat.

Peningkatan nilai hartanah dijangka terus meningkat saban tahun jika tiada sebarang kawalan drastik dilakukan bagi melindungi sebahagian besar rakyat tempatan yang terus kempunan memiliki rumah di kawasan bandar.

PEPS sebelum ini menjelaskan nisbah pemilikan rumah antara rakyat tempatan dan asing pada tahun ini adalah 70:30 dan dijangka terus meningkat tahun hadapan.

Perkara ini perlu ditangani segera sebelum menjadi parah. Janganlah tunggu sehingga semua aset di bandar- bandar besar negara dimiliki oleh orang asing barulah hendak duduk berbincang mencari jalan mengatasinya.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, begitu juga dengan isu nilai hartanah ini dan ia bukanlah terlalu sukar untuk diselesaikan jika kerajaan bersungguh-sungguh untuk mengubahnya.


Komen jer ok, tak kisah apa2 komen pon ok....kalau rajin follow blog aku, kalau belom follow ler....kalau lagi rajin, add le my blog in your blog sbg one of ur favorite blog list..hehe..thank...
AbgZan
Salaam all,
Saya ingin mengiklankan satu apartment di Sentul untuk disewa. Kepada yang betul-betul sedang mencari dan berminat untuk sewa bolehlah tinggalkan komen di bawah. Apartment tersebut:

* dekat LRT Star, 3-5 minit jalan kaki
* dekat pasar Sentul, 3-5 minit jalan kaki
* dekat kedai-kedai dan restoran
* dekat bus stop
* dekat Sentul Link

Apa-apa hal, tinggalkan komen di sini ok...