Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts
AbgZan
Daripada komen posting saya seblm ni yg bertajuk ""Tukar strategi capai Wawasan 2020 dengan cara bayar gaji tinggi...Really?", ada komen yang bertanya kepada saya bahawa "yg kaya makin kaya" atau "miskin semakin miskin"....

Allow me to express my opinion:

Dalam hal ni, jikalau "semua" company buat macam tu, contohnya, bagi gaji RM5k sebulan (kalau sblm kasi RM2500 misalnya), semua org akan dpt gaji double....

tetapi harga barang2 terkawal spt beras dan gula, adakah akan naik double? Yg tu saya tak tau....harga makanan di restoran akan naik double? yg tu kalau ikut logik, diorg tak patut naikkan double, melainkan harga barang2 terkawal tadi naik double...

harga bahan mentah spt minyak, simen, besi akan naik double? Tidak sama sekali, sbb harga barang2 tersebut bergantung kepada harga pasaran dunia....

harga handphone dan pc akan naik double? saya rasa tidak.....makin menurun ada laarr, spt yg kita tgk skrg harga hp dan pc makin menurun....

harga rumah akan naik double? tidak, sbb harga rumah mostly bergantung kepada harga bahan2 mentah spt batu-bata, besi, pasir, simen dan sebagainya, yg juga bergantung kepada harga pasaran dunia....

harga kereta? Naik? saya rasa tak...kalau naik pon sikit aja...

so, cuba dipikirkan balik, gaji double, tapi tak semua barang2 jadi double....untung ke tak? saya rasa kita akan untung....

kalau kita tgk negara2 maju seperti US misalnya....saya dulu belajar sana 4 years....selepas abis belajar, saya amat ingin bekerja di sana, cuba teka kenapa?

Sebab, di Arizona misalnya, gaji purata utk Engineer FRESH GRADUATE adalah USD48k setahun...bahagi 12, dapat la USD4k, perghhh, mantapppp gitu....

Harga kereta, Mazda RX8, pasti tuan-tuan semua tau kan? CUba teka berapa? USD27k aja...Harga kereta Nissan 350Z, atau di Malaysia terkenal dgn Nissan Fairlady, juga about USD28k....WOWW!!!...di Malaysia berapakah harganya?? RM200k-RM300k!!! Cuba convert harga USD27k X 3.39 = RM91530 ....Berbeza tak?? Gaji ENgineer fresh grad berapa kat sini?? RM1800? RM2200? tak dpt lawan gaji di sana....kalau di sana kerja di company oil and gas, Halliburton misalnya, dia kasi USD80 setahun....Nampak tak bezanya??

Harga susu segar 1 gallon = 4 liter = USD1.20 sudah dapat....Malaysia?? 1 liter susu segar dah RM4....hehe....

Dan banyak lagi...kalau citer, sampai ke Subuh tak habis, hehe...

Negara US, yg taraf hidup dikatakan tinggi, gaji tinggi, tapi barang2 keperluan spt beras, susu dan sebagainya, AMaT MURAH ooooo...kereta usah cakap ler...gaji setahun dah leh bayar....CASHHh.....

Apa yg saya nampak, kalau Malaysia laksanakan apa yg Mahathir sarankan, Malaysia mungkin akan jadi macam US....insyaAllah...

Cuma impaknya, mungkin kepada yg "JOBLESS", di mana, gaji tak dpt, tapi, barang2 mungkin naik "sedikit", macamana mau hidup??? Inikah yg mungkin sedara SaoQ maksudkan dengan, "yg miskin makin miskin"?.....

Wallahu'alam....


Takkan baca aja, komen la sikit kat bawah ni, hehe..
AbgZan
Baru-baru ni, Dr. Mahathir ada memberi idea, bagaimana untuk memajukan negara, seterusnya menuju Wawasan 2020. Main point dia, adalah untuk memajukan negara, negara kita mesti kaya, dan untuk menjadi kaya, semua pekerja mesti menerima gaji yang tinggi.

Kenapa kena dapat gaji tinggi? Sebab bila gaji tinggi, "kuasa membeli kita tinggi". Bila kuasa membeli kita tingggi, kita akan beli macam-macam barangan di Malaysia ni, yang tidak lain, akan membangunkan industri-industri di Malaysia.

Selain itu, apabila gaji kita tinggi, sumbangan kita tinggi kepada tax. Contohnya, kalau orang gaji RM2k sebulan, tak perlu bayar tax, tapi kalau orang gaji RM10k sebulan, kena bayar tax 10% ke berapa ke, saya pon tak tau, sbb gaji tak sampai situ lagi, masih ciput, hehe....

Good idea kan?? Itu baru contoh sikit aja tu, ada lagi....

Tapi persoalannya sekarang, bagaimana nak "pujuk" syarikat2 kita bekerja supaya bayar gaji tinggi?

Mari kita baca petikan dari akhbar di bawah:


Tukar strategi capai Wawasan 2020 - Dr. M

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Malaysia perlu mengubah strategi pembangunan
dengan mengurangkan pergantungan kepada pelaburan langsung asing (FDI) bagi
mencapai Wawasan 2020, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau mencadangkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berkos tinggi
atau sederhana seperti Jepun dan Korea Selatan dengan meningkatkan gaji pekerja
serta membangunkan syarikat-syarikat multinasional tempatan.

''Keadaan
dunia telah berubah dan sudah tiba masanya untuk berhenti bergantung kepada
strategi lama iaitu kepada FDI walaupun ia telah memberi manfaat yang baik
sebelum ini.

''Kerajaan sepatutnya menimbang untuk membangunkan
syarikat-syarikat multinasional tempatan dengan memberikan pinjaman pada kadar
faedah rendah serta mempercepatkan pengeluaran lesen yang akan memberi dua
pendapatan baru kepada negara,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika
membentangkan kertas kerja bertajuk Melihat Kembali Wawasan 2020, Apa Kemajuan
Selama Ini dan Apa Yang Perlu Dilaksanakan Seterusnya pada Persidangan
Perkhidmatan Awam Ke-14 anjuran Institut Tadbir Awam Negara (Intan) di sini hari
ini.

Dengan strategi baru itu, katanya, kerajaan akan memperoleh
pendapatan daripada pinjaman yang diberikan kepada syarikat-syarikat
multinasional negara dan cukai perniagaan sebanyak 25 peratus apabila syarikat
terbabit mencatatkan keuntungan.

''Wawasan 2020 mungkin tidak akan dapat
dicapai pada tahun 2020 memandangkan negara berhadapan dengan dua krisis
kewangan utama iaitu pada 1997 dan tahun lepas yang menyaksikan Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) menurun.

''Wawasan ini hanya akan dapat dicapai
sekiranya kerajaan dapat mengubah strategi bagi merangsang lebih banyak
pertumbuhan ekonomi dengan membina syarikat-syarikat multinasional tempatan yang
mampu membawa keuntungan balik ke Malaysia,'' katanya.

Dr. Mahathir
menjelaskan, cadangan beliau itu merupakan penerusan kepada Dasar Pandang Ke
Timur kerana kerajaan baru melaksanakan sebahagian sahaja dasar tersebut.

Ujar beliau, fasa kedua dasar adalah membangunkan syarikat-syarikat
multinasional negara dengan bantuan kewangan kerajaan.

''Malangnya,
pelaksanaan dasar itu terhenti kerana negara hanya berjaya membangunkan Proton,
Perwaja dan sebuah syarikat simen di Langkawi dengan Proton dan Perwaja sahaja
yang kini masih lagi milik rakyat negara ini, tetapi syarikat simen kini telah
menjadi milik rakyat Perancis.

''Malaysia perlu mencontohi Jepun dan
Korea Selatan yang tidak takut memberi bantuan kepada syarikat-syarikat tempatan
untuk berkembang,'' katanya.

Bercakap kepada pemberita, Dr. Mahathir
menegaskan, cadangan beliau itu tidak bermakna gaji minimum harus dilaksanakan.

Katanya, ramai yang tersalah anggap mengenai cadangan beliau sekiranya
gaji sahaja dinaikkan tetapi perkara lain seperti produktiviti tidak
dipertingkatkan, negara tidak akan mendapat faedah.


Takkan baca aja, tinggalkan la sikit komen di bawah ni, hehe
AbgZan
Assalamualaikum dan selamat pagi,

Sudah lama betul saya dengar berkenaan Multi Level Marketing atau nama pendeknya MLM. Masa saya kecik2 dulu Cosway, Amway, dan sebagainya, sampailah kepada kisah 4-5 tahun lepas yang agak popular Omegatrend, Elken dan sebagainya....

Sekarang ni makin banyak MLM yang muncul. Selalunya MLM ni menguntungkan pengasas atau peserta-peserta paling awal. Peserta yang lewat masuk pun boleh untung, dengan syarat, kena bekerja keras, dan produk jualan yang laris seperti ubat-ubatan atau education, dan sebagainya...

Ada juga MLM yang tidak berapa memberangsangkan..

Saya dari dulu lagi selalu didekati MLMers, tetapi sifat saya yang tidak suka mempromote, selalu menolak. Pulok tu, masa pulak busy kan...hehe...sori kepada promoter-promoter....

Baru-baru ini saya dipromote lagi oleh satu syarikat MLM juga secara tidak langsung (orang atas orang), sampai saya rasa tertarik yang amat. Tetapi setelah membuat sedikit kajian, saya menjadi keliru dan membatalkan niat.

Baru-baru ini juga saya ada terbaca dalam internet berkenaan MLM yang halal dan yang haram, saya rasa amat menarik artiket ini (petikan dari http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/06/mlm-yang-halal-dan-yang-haram.html ) ....

Blog tersebut membicarakan ttg MLM dan bonusnya, system pyramidnya, harga produknya, yuran keahlian, larangan syarak dalam perniagaan dan sebagainya. Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut boleh la baca artiker tersebut, agak menarik utk dibaca...

Wallahu'alam




Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: , 1 comments | edit post