Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts
AbgZan

Fenomena ini berlaku ketika kami drive di Crocker Mountain, di Keningau, Sabah.

Kisahnya bermula begini:

"Seorang pemandu lori minyak sedang tidur sampil memparking lorinya di satu cerun bukit. Tatkala beliau sedar, didapati lorinya telah berganjak sedikit ke hadapan," kata seorang pemandu teksi KLIA yang berasal dari Keningau.

Mendengar cerita tersebut, daku agak sceptical, adakah cerita tersebut hanya metos, yang hanya untuk menarik minat pelancong.

Tetapi ternyata meleset jangkaan negatifku itu.

Semasa memandu balik dari Keningau ke Kota Kinabalu, ketika kumatikan engine, ternyata, pickup truck ku telah memecut dengan kelajuan yang rendah tetapi beransur-ansur menjadi laju. Saksikan video pendek di bawah:

Click PLAY utk menyaksikan video truck ini GOSTAN ke belakang mendaki bukit, dan juga mendaki bukit tanpa bantuan minyak, akibat dari tenaga magnetic yang amat kuat, melebihi kuasa graviti.

Click PLAY here for another video pendakian FREE CLIMB (opposite FREE FALL)

Betapa besarnya kuasa Allah....wallahu'alam.

Percaya atau tidak? Tak caya? Nak pergi sendiri tempatnya?? hehe....nak tau exact KILOMETER berapa? Tinggalkan komen di bawah, nanti saya reply...

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

Labels: 0 comments | edit post
AbgZan

Sekarang tiba masanya untuk kuceritakan perihal kerjaku.

Ok, saya mula bekerja di Astronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB) sejam 1 Mac 2004 sebagai seorang Jurutera Mekanikal sampai la sekarang. So, basically, since graduated, saya boleh dikatakan seorang pekerja setia la di ATSB ni, haha...

Kerja-kerja di ATSB tidak sahaja merangkumi ruang litup satelit, tetapi juga melibatkan projek-projek yang dipanggil "Advance Technology" Project iaitu projek-projek untuk pembangunan teknologi masyarakat setempat. Tidak ketinggalan juga satu project yang dikatakan project rahsia ATSB di mana, gua merupakan salah seorang yang terlibat.

Jobscope kerjaku berubah-ubah, dan begitu juga jobscope rakan-rakan sejawatku yang lain. Kami dilatih untuk menjadi seorang pekerja yang "all rounder", yang dapat melakukan pelbagai tugas yang mencabar, daripada designing and developing, sampailah kepada assembly, integration and testing.

Kadangkala, kami di sini dikehendaki untuk pergi ke site untuk melakukan tugas-tugas yang memerlukan perhatian jurutera. Kadangkala juga kami perlu menjaga pameran untuk memperkenalkan produk ATSB kepada masyarakat tempatan. Menghadiri Conference juga menjadi agenda ATSB buat semua jurutera. Setakat kubersama ATSB, sudah 5 conference telah kuhadiri, sebahagian daripadanya adalah international conference.

Bagi mengadvancekan career atau for career development, kadangkala kami perlu menghadiri kursus-kursus yang kebanyakannya berkaitan satelit, locally or internationally. Selama lebih 5 tahun kubertugas di ATSB, antara negara yang pernah kulawati samada utk bertugas mahupun untuk meghadiri kursus, adalah UK, US, Singapura Filipina dan Marshall Island. Negara-negara tersebut termasuk negara yang kusinggah untuk transit, haha.

Daku tidaklah sehebat mana. Terdapat ramai lagi rakan-rakan sejawat yang jauh lebih hebat. Terdapat segelintir rakan sebaya yang telah pergi hampir 20 negara, dengan ATSB untuk melaksanakan tugas tercinta.

Okay, setakat itu sahajalah, cerpenku buat kali ini. Bersama ini, disisipkan video clip sebagai santapan minda yang dipetik dari website SpaceX yang mempamerkan video pelancaran RazakSAT oleh Falcon 1 pada 14 July 2009.

Enjoy!!!

RazakSAT Launch on 14 July 2009 at Kwajalein Island, Marshal Island.

Falcon 1 Flight 4 at Kwajalein Island

AbgZan

Sempena Merdeka Yang Mulia ini, saya nak memperkenalkan beberapa ahli dah keluargaku. Ia terdiri daripada AKU, WIFE, ANAK PERTAMA (Fawwaz Ashraf) dan ANAK KEDUA (Fahmi Arshad). Setelah hampir 2 bulan blog ni wujud, kurasa sudah tiba masanya utk mempekenalkan my family.

Berikut adalah gambar2 ahli keluargaku:

Gambarku bersama isteri tercinta

Gambar Anak Pertama (Fawwaz Ashraf) semasa kecil (umur 1 thn).


Gambar Fawwaz ketika 2 thn (semakin pandai posing)



Fawwaz tekun membaca al-Quran.


Fawwaz sedang solat. Ketika ini beliau berumur 1 tahun 3 bulan, hehe.


Fawwaz diupah untuk mengemas rumah. Kesiannya, baru 1 tahun 3 bulan telah dibuli, hehe...


Gambar Anak Kedua (Fahmi Arshad)


Fawwaz Memeluk Adiknya Fahmi ketika sedang tidur.

Click PLAY utk menyaksikan gelagat Fawwaz membuli adiknya pula !!! Jangan disangka air yang tenang tiada Fawwaz, hehe...

Ok, setakat ini sahaja buat kali ini. Sehingga berjumpa lagi.

Wassalaamualaikum.

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Hari ini saya dijadualkan utk tiba di KL dari Keningau (flight dari Kota Kinabalu). Tapi ketika post ini ditaip, saya belum bertolak ke Keningau pun, hehe....

Kami dijangka tiba LCCT pada 7pm...Kalau sempat gua taip post nanti, tapi mungkin tak sempat kot, mungkin kepenatan...esok nak MERDEKA!
Labels: 0 comments | edit post
AbgZan
Salam,
Hari ini saya berada di Keningau. Bertolak pagi Jumaat, sampai di Kota Kinabalu, terus drive ke Keningau. Ni semua projek syarikat utk membantu orang-orang susah di kampung di Keningau, dan juga untuk berbuka bersama-sama dengan mereka. Aktiviti gotong-royong akan dilakukan di kawasan masjid nanti....

Nanti kalau sempat, gua sambung citer ni, dan mungkin letak picture sikit...Maaf saya tak dapat cerita panjang sekarang (sbb post ni ditulis dengan kaedah "post dated post", haha. Saya memang selalu mengarang dgn kaedah "POST DATED POST")...

Till then (till i balik kl, hehe)...

Wassalaam....
AbgZan

Assalamualaikum,


Harini, kita bermula puasa....aduhai, sekejapnya la dah berpuasa balik, rasanya macam baru aja puasa thn lepas, dah puasa balik....kalau setahun berlalu dengan begitu cepat, nanti bulan Ramadhan pon cepat aja abis....tau2 aja dah raya....ini membuktikan masa bergerak begitu pantas....sudahkah kita mencapai kesemua hajat2 utk tahun ni? hehe....


Okler, saya pun takmo bercakap panjang....almaklum kita semua sedang berpuasa, hari pertama pulak tu....


Harini pulak, byk betul perkara yang perlu diselesaikan....


1) Nak pergi jumpa lawyer, ada perkara yang perlu disettlekan...


2) Nak pergi beli hadiah utk ayah, sempena birthdaynya yang ke-64....


3) Nak pergi tambah lagi keperluan-keperluan garden spt batu2 kecik, hehe....(aritu sudah beli tapi tak cukup)...pagi semalam sempat singgah satu kedai garden ni, tapi tak jual batu yg ingin kubeli, last2 gua beli pokok pandan, untuk menambah koleksi pokok di anjungku..


4) Nak turun ke rumah mertuaku, kerana ingin melawat anak buah baru dilahirkan lebih kurang

5 hari umurnya, TAHNIAH IJAH dan PALI!


5) Nak beli kain dan tudung di area masjid jamik, kain yang berkualiti tinggi dan bermanik, tapi amat murah harganya boleh didapati di satu kedai di area jamek ni....


6) Nak beli kipas, utk diletak di anjung, hehe (aiyoo ni anjung advance, anjung pon ada kipas ka? hehe). Ada satu kipas stand ni, murah betul, dijual di CAREFOUR, dah 2 CAREFOUR cawangan berbeza kulawati, tapi abis...ni nak try tgk cawangan lain pulok...hehe


7) Nak usha satu kedai utk "possibility" utk memulakan satu perniagaan part time online, hehe....barangnya dirahsiakan buat masa ni...hehe....


Itu semua ingin kucapai esok hari. Achievable tak? Dah la bulan puasa lak tu....hehe...


ANyway, SELAMAT BERPUASA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMBACA, SEMOGA PUASA BULAN RAMADHAN KALI NI LEBIH BERMAKNA BUAT KITA, wallahu'alam.

Beginilah satu pemandangan di satu kedai jual pokok2, jual fountain, buat garden dan macam2 lagi. Kedai ni amat besar....menarik betul....





Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: 2 comments | edit post