Assalamualaikum,
Pagi tadi kusempat kulihat sekejap aja Bicara Mufti dalam TV yang membicarakan tentang bersedekah. Dikatakan sedekah yang terbaik adalah sedekah yang:
1) Daripada harta yang halal
2) Daripada harta yang paling kita sayang (dan bukan daripada harta yang kita dah nak buang, hehe)
3) Ikhlas
Apa pun, apa yang saya pernah dengar adalah, "sedekah yang baik adalah sedekah yang tangan kiri tak nampak tangan kanan yang bersedekah". Macam tu lah lebih kurang bunyinya...
Wallahu'alam.

"Nah ambik la keretaku ini, inilah kereta kesayanganku, hehe" Kata seorang mamat (sambil terkekek, dalam hatinya, inilah kereta yang kuingin buang dahhhh)
How to lose money? Aik, salah tulis tajuk ke tu? hehe...Tidak, tajuk tu betul. Tu antara perkara yang dibincangkan di Fly.fm (gua selalu dengar radio ni, switch-switch dengan BFM)...
Betul ke boleh hilang RM1 Million in 1 minute? Hamba pon terkejut dengar. Rupa2nya Fly.fm membincangkan apa yang berlaku di oversea (US). Dikatakan ada orang sharing / download lagu, di saman beratus-ratus ribu, walaupun hanya beberapa minute. Amazing kan? Bagaimana orang2 di US buat duit dengan cara menyaman...
.jpg)
"Nah, ambik duit ni, utk installment pertama RM1 juta. Lagi baki RM958,850 akan kubayar secara beransur2 nanti, k bro?" Begitulah ucapan yang mungkin diungkapkan oleh mangsa saman.
Law macam ni juga telah dilaksanakan di Singapore. Dikatakan Malaysia pun soon to be launched, hehe....
Saja aja nak ingatkan semua readers supaya berhati-hati :)
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Akhirnya, waktu yang dinanti-nanti telah tiba. Rumahku telah siap direnovate. Tinggal aktiviti-aktiviti pembersihan saja. Berikut adalah rumahku yang telah direnovate (pandangan dari luar):.jpg)
Any comments? hehe...
Nanti di hari kemudian, saya akan postkan pula bagaimana kuhias garden baruku di bawah bumbung yang baru dibina di atas, hehe....Jangan ke mana-mana ya?
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Honestly, saya rasa kagum dengan contractor, sebab kerajinan dan kepandaiam mereka membuat kerja-kerja renovation. Kekadang saya selalu berfikir untuk menjadi seorang contractor, di mana saya berangan untuk menjadi bos yang menjadi tukang design dan tukang arah contractor2 buat kerja, hehe....Daripada kajian saya, saya dapati pendapatan contractor memang tinggi....
Anyway, berikut saya lampirkan peringkat-peringkat perlaksanaan renovation ke atas rumahku:

Peringkat Pertama: Menaikkan tiang struktur

Peringkat Kedua: Menaikkan struktur-struktur untuk bumbung

Peringkat Ketiga: Kerja-kerja Syelek Lapisan Pertama

Peringkat Keempat: Kerja-kerja Syelek Lapisan Kedua

Peringkat Kelima: Bumbung Mula Dinaikkan

Pandangan dari bawah pemasangan bumbung

Pandangan dari atas pemasangan bumbuung

Peringkat keenam: Bumbung telah siap dipasang (tinggal final touch up)
Harap you all enjoy the pictures, hehe....Wassalaam.
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Thank God, Alhamdulillah,
My home renovation Level ke-3 (Kali ke-3 sejak rumah dibeli) telah hampir selesai, hanya about 1% left to finish. Yesterday, I terpaksa ambil cuti EL, sebab contractor nak buat kerja2 dalam rumah sikit. Sorry lar kepada my bos, sbb terpaksa ambil EL. Bukan sengaja, tetapi hari Jumaat haritu, bos-bos besar takde utk sign, hehe...
Anyway this my updated house dengan bumbung baruku, hehe !
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Assalamualaikum guys,
Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu berita yang mengejutkan di mana seorang wanita muda telah berjaya men"SCAM" ramai rakyat Malaysia dan sebahagian daripadanya bergelar artis. Kadang-kadang saya pun kasihan, kerana, isu SKIM CEPAT KAYA ni dah berkali-kali masuk paper, tapi masih lagi ada mangsa yang terkena. Kita ikuti kisah tersebut dari petikan
sebuah akhbar tempatan:
Penjenayah wanita Melayu paling dikehendaki polis, Rohaniza Aladib, 31,
yang disyaki terbabit dengan penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta, dipercayai melarikan diri ke luar negara bersama wang hasil kerja jahatnya.
Wanita ‘paling panas’ itu dilaporkan memperdaya beberapa artis
popular termasuk Amy Search, Hattan dan Misha Omar dengan memujuk mereka
menyertai skim cepat kaya, terus menjadi buruan polis berikutan enggan menyerah
diri walaupun selepas diarahkan berbuat demikian sejak Mac lalu.
Sumber
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berkata, hasil siasatan
suspek dipercayai meninggalkan negara dan ada maklumat mengatakan dia kini
bersembunyi di Australia.
Menurutnya, Rohaniza bijak berlakon bagi meyakinkan
mangsa supaya melabur dalam skim pelaburan berasaskan saham syarikat rokok
antarabangsa sehingga mencecah jutaan ringgit.
“Suspek biasanya berjanji
membayar pulangan keuntungan sehingga 50 peratus dalam tempoh pelaburan antara
10 hingga 30 hari. Biasanya, dia akan membayar keuntungan kepada mangsa ketika
membuat pelaburan kali pertama sebelum mereka membuat pelaburan susulan dengan
nilai lebih besar.
“Berdasarkan siasatan, ada di kalangan mangsa golongan VIP
termasuk seorang wanita bergelar Puan Sri yang diperdaya membabitkan jumlah
pelaburan mencecah RM26 juta,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini polis tidak
menolak kemungkinan suspek memperdaya ratusan mangsa membabitkan wang pelaburan
sehingga RM432 juta.
“Difahamkan, suspek sebelum ini
pernah ditahan ketika remaja kerana terbabit dengan kegiatan penipuan sebelum
dipenjarakan. Namun, sejurus dibebaskan, dia bergiat aktif semula sebagai penipu
dengan kaedah lebih licik dan terancang.
“Suspek turut dikesan memperkenalkan
pelbagai skim pelaburan dengan menggunakan sebuah syarikat berdaftar, Erza
Corporation Sdn Bhd untuk mengaburi aktiviti penipuan dilakukan,”
katanya.
Menurutnya, Rohaniza yang mempunyai alamat terakhir di Damansara
Indah Resort Home, Kota Damansara, Petaling Jaya, dikesan menghilangkan diri
sejak Julai tahun lalu selepas mengumpul sejumlah besar wang pelaburan daripada
mangsa.
“Polis percaya suspek memperdayakan ramai mangsa termasuk golongan
profesional dan artis terkenal dengan menawarkan pembelian saham dalam syarikat
rokok antarabangsa serta menjanjikan pulangan keuntungan tinggi.
“Difahamkan,
Amy Search dan Hattan masing-masing kerugian lebih RM1 juta dan RM50,000. Selain
itu, penyanyi dan pelakon Awie serta Misha Omar turut terpedaya, namun enggan
mendedahkan jumlah kerugian,” katanya.
Difahamkan suspek turut menipu
beberapa pelakon tanah air selain ramai kakitangan kerajaan yang digula-gulakan
dengan keuntungan berlipat ganda tanpa perlu bekerja keras.
“Polis Bukit Aman
sedang bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi menjejaki suspek
yang dipercayai berada di luar negara.
“Orang ramai mempunyai maklumat
diminta menghubungi pegawai JSJK Bukit Aman di talian 03-26163747 dan
019-6000803,” katanya.
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Ada yang bertanya kat i, "Bro, berapa banyak investment hang involve ni bro? Macam-macam aku tengok, betul ke ni?"Terpulang la kepada kalian nak percaya atau tidak. Tapi hakikatnya, memang banyak jenis pelaburan pernah kuceburi seperti berikut:1) ASB2) Hartanah3) Unit Trust4) Bank Rakyat5) Bank Persatuan6) Forex7) Stock Market8) Emas9) Home Renovation10) Insurans11) Education anak-anak12) etcPelaburan yang insyaAllah akan kuceburi pula adalah:1) HPAPernah dgr tak? hehe...yang ni agak baru....nanti akan kuceritakan pulak ok? Banyak2 ler bersabar, hehe....Oleh kerana saya bukan "full time" blogger, maka saya tak dapat nak menaip pjg seperti sebuah novel....Akan tetapi,
kebanyakan yang saya taip (boleh dikatakan 95%) spjg saya membuat blog ni, merupakan secara spontan saya taip, based on experience saya dalam pelbagai bidang pelaburan..so kalau ayat tunggang terbalik tu sorry la yer, hehe....harap anda semua dapat bersabar menunggu post2 yang akan datang, terima kasih didahulukan....hehe....Wassalaam.
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe
Assalamualaikum kawan2,
Pernah tak anda menerima apa2 sms mengatakan anda menang duit tapi kena masukkkan duit dulu utk nak "activate"kan duit tu dulu? Setakat ni, alhamdulillah kawe tak pernah lor pulok...tapi byk tampal kat mesin ATM Maybank lar, dan tempat2 lain yang memberi reminder agar jangan ambil peduli. SMS itu mungkin berbunyi begini:

Pagi semalam, di radio FLY.FM, dibincangkan issue scam berkenaan hal tersebut. Malah diperdengarkan satu rakaman bagaimana seorang "SCAMMER" yang mampu bercakap dengan fasih tanpa tersekat-sekat dalam telefon, walaupun ditujukan denga soalan yang bertalu-talu. Scammer tersebut kedengaran seperti sudah dilatih dengan pelbagai soalan latih tubi (ala-ala latih tubi SPM jugok ler) dengan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya oleh mangsa.
Ini terbukti jelas dengan keyakinan yang mutlak daripada nada suara dan gaya ucapan yang mantap. Saya pun kurang pasti dari mana FLY.FM dapat rakaman tersebut, tetapi tahniah diucapkan kepada mereka. Memang they did a good job dalam usaha untuk membanteras gejala "SCAMMER" ni...hehe
Nasihat saya adalah, usahlah dipercayai dengan mana-mana sms yang mengatakan anda memenangi sebarang hadiah tanpa anda sendiri menyertainya. Kalau benar anda menang, perlulah anda periksa terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan yang kurang wajar.
Antara "tips" untuk nak tahu bahawa betulkah atau scamkah, senang aja. Kalau mereka minta kita deposit duit, maknanya "SCAM" la tu, hehe...Pembaca-pembaca ada tips-tips lain yang ingin dikongsi bersama?
Wallahu'alam..
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe