AbgZan

Kepada pelabur-pelabur ASW 2020, anda sudah tentu tersenyum dengan dividen yang diumumkan baru-baru ini...ASW 2020 ni ternyata hebat, dan berada di tangga no.2 atau no.3 di belakang ASB di bawah PNB....

________________________________________________________

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit bagi Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2011.

Agihan itu menyaksikan peningkatan sebanyak 0.15 sen seunit berbanding tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM909.05 juta, kenaikan sebanyak 17.72 peratus berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelumnya berjumlah RM772.19 juta.

Pengagihan pendapatan itu dapat dimanfaat oleh seramai 906,340 pemegang unit yang melanggan 13.94 bilion unit ASW 2020, kata beliau pada majlis pengumuman agihan pendapatan ASW2020 dan berbuka puasa di Hotel Intercontinental, di sini.

Sehingga 15 Ogos 2011, ASW 2020 telah mendapat pendapatan kasar berjumlah RM1.158 bilion.

Keuntungan dari penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM526.07 juta atau 45.42 peratus manakala pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan pula menyumbang RM442.82 juta atau 38.24 peratus.

Sumber pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan menyumbang sebanyak RM189.27 juta atau 16.34 peratus daripada jumlah pendapatan kasar tersebut.

Ahmad Sarji berkata, pengiraan pendapatan adalah berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASW 2020 iaitu mulai 1 September 2010 sehingga 31 Ogos 2011.

Pengagihan pendapatan ASW 2020 akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 September.

Semua urus niaga bagi ASW 2020 akan ditangguhkan mulai 25 Ogos 2011 sehingga 1 September 2011 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.

Para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di ibu pejabat, pejabat-pejabat atau ejen-ejen Amanah Saham Nasional Bhd. di seluruh negara mulai 2 September 2011.

Bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit ASW 2020 menerusi Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan berkenaan.

Penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan akan dihantar mulai pertengahan Oktober ini.


(sumber: Utusan)

AbgZan
Assalamualaikum Muslimin dan Muslimat sekalian,

Di kesempatan yang ada ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin.

Jemput2 la datang rumah :)

Hari Raya ke-2 dan ke-3 balik kampung....lepas tu ada di rumah hingga hari Raya ke-6 (Ahad)....
AbgZan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Nampaknya dividen bank persatuan telah diumumkan. Walaupun pada mulanya, jika saya tak silap, mereka umumkan 7.5%, tetapi akhirnya mereka umumkan secara formal sebagai 6.5%.

Nampaknya dividen kali ni setaraf dengan ASW punya dividen....

Saya rasa ini agak rendah. Walau bagaimanapun, it is better than nothing. Ok la tu...sebelum2 ni, mereka bagi sekurang-kurangnya 10%....

Mungkin tahun depan mereka akan bagi 15% ke, siapa tahu...wallahu'alam.

___________________________________________
Perhatian Kepada Anggota-Anggota Bank Persatuan
Bayaran Dividen 2010

Kepada anggota-anggota individu (perseorangan) Bank Persatuan yang menpunyai syer keanggotaan sehinnga tempoh berakhir pada 31 Disember 2010, bayaran dividen tahun 2010 yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebanyak 6.50% adalah akan dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Persatuan mulai pada 25 Ogos hingga 26 September 2011.
  • Bayaran dividen melebihi RM5,000.00 adalah akan dibayar secara cek.

Bagi anggota-anggota koperasi pula, bayaran dividen akan dilakukan secara cek sahaja seperti tempoh di atas juga.

Terima Kasih

Setiausaha Bank Persatuan


AbgZan

Salaam all,

Saya ingin kongsi satu kisah saya baca dari akhbar Hmetro....menarik citer ni....seorang peniaga yang berjaya, yang pernah merempat di kaki lima, tiada tempat untuk berteduh...boleh dijadikan teladan buat kita...

-------------------------------

KEINGINANNYA untuk menceburi bidang perniagaan begitu memuncak sehingga sanggup mempertaruh-kan nasibnya biarpun ketika itu langsung tidak ‘jelas’ dengan selok-belok dunia perniagaan.

Sikap ambil mudah dengan menyangkakan dia mampu bernafas dalam bidang itu akhirnya memakan diri apabila terpaksa merempat di kaki lima akibat kegagalan dalam bidang itu.

Namun bagi Pengarah Urusan Secretleaf International Sdn Bhd, Amir Ramadzan Ibrahim, 39, ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba nasib dalam bidang itu.

Katanya, dia mempunyai matlamat jangka masa pendek dalam setiap apa yang dilakukannya dan akan memastikan dia mencapai sasaran.


Mungkin kedengaran kelakar, namun realitinya impian dia ketika itu hanya mahu memiliki sebuah kereta mewah jenis Mercedes- Benz.


“Saya mula menceburi bidang perniagaan dengan menjalankan aktiviti berkaitan pasaran saham selepas melihat beberapa kejayaan rakan dalam bidang itu.

“Oleh kerana ingin terbabit sepenuh masa, saya sanggup melepaskan kerjaya tetap sebagai wartawan di sebuah syarikat demi mengejar impian itu,” katanya.

Namun tindakannya yang tidak mengkaji bidang itu terlebih dulu menyebabkan ‘jodohnya’ dalam bidang itu tidak bertahan lama apabila keadaan pasaran tidak menentu.

Masih lagi enggan mengaku kalah, dia kemudian menceburi perniagaan yang membekalkan pekerja asing bersama empat lagi rakan kongsinya.

Entah di mana silapnya, nasib terus tidak menyebelahinya apa-bila perniagaan itu turut menemui kegagalan dan lebih memeritkan apabila ditipu seorang rakan kongsi.

Keadaan ekonomi yang mengalami kegawatan sekitar 1997 dan 1998 membuatkan dirinya terus tersungkur sehingga terpaksa mengambil masa lama untuk bangkit semula.

“Tidak dapat dinafikan saya memang kecewa ketika itu. Mana tidaknya, harapan dan impian saya hancur berkecai hanya kerana kontrak perniagaan itu tidak sah.

“Kejadian itu betul-betul membuatkan saya jatuh terduduk dan lebih menyedihkan, saya terpaksa merempat di kaki lima dengan menumpang tidur di atas sofa
sebuah hotel di Chow Kit,” katanya.

Di situlah tempat dia untuk berteduh daripada panas dan hujan selama lebih dua bulan dan tempoh itu adalah waktu ‘gelap’ dalam hidupnya.

Enggan terus meratapi nasib diri, dia berusaha mencari kerja hinggalah dia berjumpa rakan-nya yang berniaga burger, lantas mengambil keputusan membantu rakannya.

“Saya hanya diberi upah RM5 sehari dan walaupun ia sememangnya tidak mencukupi untuk hidup di kota besar ini, saya terpaksa menerima demi meneruskan hidup.

“Lebih menyedihkan, atas kesesakan hidup dihadapi, saya terpaksa menyepikan diri daripada keluarga selama dua tahun kerana bimbang mereka mengetahui keadaan saya yang sebenar,” katanya.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah ini menyifatkan dua kegagalan dalam perniagaan itu berpunca daripada kurang pengetahuan dalam bidang itu.

Baginya, dalam hidup ini ada ketikanya kita perlu ‘menyerah’ dan menyimpan impian dan harapan buat seketika demi mengikut arus keadaan semasa.

Walaupun mengalami zaman kejatuhan, semangatnya tetap utuh dan dia terus mencari lorong yang membolehkan dia memiliki pendapatan lebih stabil.

Amir Ramadzan dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan dengan bergantung harap kepada ayahnya bekerja sebagai penjual roti, dia berdepan beberapa kekangan untuk hidup selesa seperti orang lain.

Menjadi abang kepada lima adik yang lain, sememangnya dia turut memikul tanggungjawab yang berat selepas ibu dan ayahnya.

Namun dia bersyukur kerana meskipun hidup serba kekura­ngan, ibunya sentiasa memantau pergerakannya dan pergaulannya supaya tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral.

“Percaya atau tidak, saya tidak tahu berenang walaupun rumah saya hampir dengan sungai, sedangkan rakan sebaya saya handal membuat pelbagai aksi terjunan.

“Seperkara lagi, sesusah mana pun, ibu dan ayah pastikan saya dan adik beradik lain pergi ke sekolah dan belajar sehingga ke peringkat tertinggi,” katanya.

Menurutnya, sejak kecil dia diajar berkawan dengan buku sehingga rakan menggelarnya ‘ulat buku’ dan tabiat itu terbawa-bawa sehingga dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.

Selepas mengalami zaman kejatuhan, akhirnya kehidupannya kembali selesa apabila berjaya memegang jawatan Pengurus Pengiklanan di sebuah syarikat pengurusan acara.

Bermula dari saat itu dia membina kerjayanya dan dengan gaji diterimanya yang boleh disifatkan sebagai selesa, dia berjaya mencapai impiannya.

Namun, kegembiraan itu tidak lama dan dia sekali lagi terpaksa melalui saat sukar apabila rakan kongsinya menikamnya dari belakang ketika bersama menguruskan sebuah projek.

Kecewa dengan keadaan itu, Amir mengambil langkah drastik dengan meletak jawatan sehingga menjadikan dia penganggur kembali.

Bagaimanapun kali ini, dia tidak boleh melalui keadaan serba kekurangan itu dalam tempoh lama kerana ketika itu dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak.

Bagi memastikan poketnya tidak kering, dia mengambil upah membaiki peralatan komputer selain perlu mengelak isterinya mengetahui keadaan sebenar.

Kesukaran demi kesukaran dialaminya langsung tidak mematahkan semangat, sebalik-nya otak terus ligat berfikir untuk mencari ruang menjalankan perniagaan.

Dia akhirnya membuat keputusan menceburkan diri dalam bidang kecantikan kerana beranggapan semua individu, baik perempuan mahupun lelaki, gemarkan kecantikan.

“Kecantikan bukan hanya tertakluk pada wanita, tetapi mencakupi aspek luas dan saya percaya tidak ada satu pun manusia di dunia tidak mahu kelihatan cantik dan sempurna.

“Namun pada ketika itu saya perlu berfikir jenis produk yang mahu dipasarkan kerana saya tidak mahu menjual produk sama di pasaran,” katanya.

Menariknya, dia langsung tidak mengetahui apa-apa mengenai bidang kecantikan dan pengetahuan mengenai bidang itu hanya diperoleh berpandukan pembacaannya menerusi Internet dan buku.

Penghujung 2009, dia berjaya membangunkan Secretleaf International Sdn Bhd dengan mengeluarkan produk berasaskan minyak argan.

Katanya, dia mahu mencipta kelainan dengan memasarkan produk berasaskan minyak argan walaupun di negara Barat ia memang berkesan untuk mengatasi masalah kulit.

“Oleh kerana minyak ini belum memasuki negara kita, saya mengambil kesempatan memasarkannya dan memastikan hanya yang terbaik diberikan kepada pelanggan saya.

“Keyakinan saya terhadap produk ini sungguh tinggi kerana saya percaya dengan kesannya, tambahan pula saya menggunakan minyak asli tanpa bahan kimia,” katanya.



PROFIL:

NAMA: Amir Ramadzan Ibrahim
UMUR: 39 tahun
ASAL: Pasir Pekan, Kelantan
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Malaya
JAWATAN: Pengarah Urusan Secretleaf International Sdn Bhd
ISTERI: Hasfaliza Simin
ANAK: Mohammad Amir Ikmal (10), Nur Anis Nadhirah (8) dan Mohammad Amin Naufal (4)

Labels: 0 comments | edit post
AbgZan

MULAI 25 Julai 2011, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan di dalam Akaun 1 setiap tiga bulan bagi dilaburkan di dalam dana Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).

AS 1Malaysia iaitu dana satu saham amanah keseluruhannya milik rakyat Malaysia yang diuruskan Amanah Saham Nasional Bhd (ANSB) kini disenaraikan sebagai Skim Pelaburan Ahli KWSP.


Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkata jumlah pengeluaran itu bergantung kepada mengekalkan simpanan paras minimum pemegang akaun yang ditetapkan bagi kumpulan umur.

Katanya tiada had maksimum dikenakan bagi bilangan unit yang boleh dilanggani pelabur.


AS 1Malaysia mempunyai saiz dana 10 bilion unit, dengan 50 peratus diperuntukkan bagi Bumiputera; 30 peratus bagi Cina; 15 peratus bagi India; dan 5.0 peratus bagi rakyat Malaysia yang lain.

Kepada yang berminat dgn amanah saham seperti ASB dan ASW dan ingin melabur dalam AS 1Malaysia bolehler consider...

Atau kalau nak masuk unit trust pon boleh jugak, cuma unit trust dengan harga stock market sekarang yang tak menentu dan sudah agak tinggi, personally i think not suitable to enter now...

Wallahu'alam...


(sumber HMetro)

AbgZan
Assalamualaikum Muslimin dan Muslimah semua,
Saya rasa masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua...

Sempena Ramadhan, kepada yang berminat nak dengar Qari terkenal membaca Quran, boleh lawati:
1) http://tanzil.net/
2) http://www.quranexplorer.com/

Semuanyer realtime, streaming...ada translation lagi, kepada banyak bahasa....boleh pilih Qari mana yang kita nak dengar...:)

Wallahu'alam.
AbgZan
Assalamualaikum semua,

Saya rasa ramai pembaca2 blog saya ni yang sudah pun melabur di Bank Persatuan, satu badan koperasi yang menjadi mentee kepada Bank Rakyat. Yer la, mana tak nya, Bank Rakyat yang sudah lebih 10 tahun berturut-turut at least bagi 15% dividen setahun sudah penuh dan ramai sgt duduk beratur... so peluang yang agak mudah adalah utk melabur dalam Bank Persatuan...

Kalau dulu setakat yang saya tahu, mula2 dulu Bank Persatuan limit adalah lebih RM50k. Lepas tu ia turun kepada RM15k (masa limit RM15k ni la gua start labur). Kemudian turun lagi kepada RM5k, dan yang terakhir saya dengar ia turun kepad RM2k aja....

Bank Persatuan ni, ada lebih sepuluh di Utara Semenanjung, dan hanya ada satu yang bukan di Utara, iaitu terletak di Shah Alam. Bertuah aku, heheh...sbb eden duduk Shah Alam, senang ler mau pi sana....

So balik kepada tajuk, selalu Bank Persatuan akan umum dividen setiap bulan Ogos. Skrg tinggal lagi 4 hari aja lagi masuk Ogos, dan masa tu jugak akan start bulan Ramadhan...ok, so berapa agaknya dividen Bank Persatuan yang akan diummumkan nanti? Ikut sejarah, minimum dividen depa bagi adalah 10%. Tapi dengar ura-ura tahun ni depa hanya bagi 7.5% aja..sigh.......ada sesiapa dapat sahkan?
AbgZan
Ok, this weekend I am attending the free talk worth RM4,188 as mentioned previously ... so, i akan berada di sebuah hotel di sekitar Bukit Bintang... harap2 ada ler benda baru yang boleh dipelajari ....ada sesiapa yang hadir?

Apa2 hal kalau ada benda yg best2 i peroleh nanti, i akan cuba share ok..hehe...

Ok, till then, dah nak masuk dewan..hehe..
AbgZan
Assalamualaikum Semua...Selamat pagi Jumaat...

This weekend, Sabtu dan Ahad, akan ada 2 FULL DAY PROGRAM bertajuk "Be a Cash Flow Millionaire" yang bernilai RM4,188 ...di hotel terkemuka di bukit bintang...dari jam 9am-6pm, hari Sabtu dan Ahad (16 dan 17 July 2011)..

Untuk kali ini sahaja, ianya PERCUMA....

Berbaloi utk hadir...akan talk about 4 asset classes: alternative asset, properties, trading and business.

How To Register? Ada 3 cara:


1.SMS Gina@ 012 698 8036

2.Email Gina.Tan@AzeaPersonalCoaching.com
withyour and you will receive
confirmation if your seat has been reserved

3. RegisterOnline @
www.AzeaPersonalCoaching.com/mycfm/jens/index.html

Ok...jumpe di sana :)

Wassalaam.

AbgZan
Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Rasanya dah lebih 3 bulan i tak posting apa2....mula2 sibuk dgn assignment kelas MBA i...pastu bila dah abis sem, rilek sikit, tapi bila dah lama tinggalkan blogging, bukan main liat nak posting...sampai la terlupa yg i ada blog, haha...

Mcm2 jugak berlaku sebenarnya...

Takpe slow2 ler.... insyaAllah i akan cuba update apa yg patut.... harap pembaca setia masih setia membaca, hehe... :)

Thank you all...
AbgZan

Baru-baru ni kita digemparkan dengan tunjuk perasaan di Mesir...diikuti oleh Libya....minggu lepas pulak kita digemparkan dengan berita lebih mengejutkan di mana Jepun dilanda Tsunami dan gempa bumi yang dahsyat, yang menyebabkan Jepun mengalami kerugian hampir 100 Billion Ringgit, atau mungkin lebih....

Apa impaknya kepada kita?

Seperti kita tahu, Jepun ni merupakan satu negara berteknologi tinggi...handphone, laptop dan alat-alat elektronik banyak diimport dari Jepun....selain itu, kita juga ada export beberapa barang ke sana....

Tapi bila berlaku bencana alam yang dahsyat sebegini, Jepun akan mengalami masalah yang besar...banyak aktiviti tergendala...barang-barang2 pun dah tak dapat nak export ke luar...kita pon dah tak dapat nak export barang kita ke sana....

Jepun pula perlu masa dan budget utk nak bangunkan balik bandar jepun tu....malah mungkin pelaburan Jepun di Malaysia pon mungkin akan ada kesannya nanti...

So, atas sebab tu, hubungan perdagangan kita, dan ekonomi di Malaysia mungkin ada kesannya nanti....in my opinion, at least Medium Term jugak tu effectnya....

Bukan setakat Malaysia, malah banyak negara-negara lain yang ada hubungan perdaganngan dengan Jepun seperti Amerika Syarikat (USA) pun akan ada kesannya nanti...

So, ekonomi US pon mungkin ada kesannya sedikit...

Apa bila ekonomi US ada impak negative, maka seluruh dunia akan ada kesannya juga....

Itu semua tak termasuk letupan / kebocoran nuklear di jepun lagi....kalau dulu kita tengok, betapa besarnya kesan bom atom ke atas Jepun....ini nuclear...lagi la besar....takut dia merepak ke seluruh pelusuk dunia...

Semua perkara di atas, menyebabkan bukan sahaja Malaysia, malah seluruh dunia berasa takut, dan mula tarik diri dari stock market...Perkara-perkara di atas dijadikan sebagai an 'excuse" for World Index yang telah OVERBOUGHT utk profit taking kaw2....

Sebab itu kita tengok seluruh dunia mengalami kemerosotan stock market...

Sebenarnya, timing agak kebetulan, di mana bencana yang berlaku di Jepun merealisasikan keperluan utk profit taking bursa serantau....ini semua sudah expected....dan seperti dijangka seperti dalam post saya yang lepas...

I think there is more downside to come for KLCI / BSKL dan juga seluruh dunia....

Wallahu'alam....
AbgZan
Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua,

Terlebih dahulu saya nak minta maaf banyak2 sebab sudah hampir 2 minggu saya tak update apa2 pon dalam blog ni...

Bukan malas ....tapi tiada masa untuk nak bagi post...

Mana taknya...sejak 2 minggu lepas, sampailah sekurang-kurangnya minggu depan, macam2 kerja office due...dengan report, dengan review nak kena prepare utk present...nak prepare update utk present kat ministry of science (MOSTI) lagi....

Dan kebetulan sejak 4 minggu lepas sampai lah hujung minggu depan, selari dengan kesibukan kerja di pejabat, masa ni la pulak Module ke-2 kelas MBA aku, bertajuk Human Resource Management (HRM) bermula...dan kelas HRM ni, kebetulan kami dapat "World Class Lecturer" yang bagi pelbagai assignment dan presentation, seolah2 kami ni full time student...dan beliau treat kami ni semua sebagai World Class Student..:).

Perkara-perkara tu semua, menyebabkan tidur aku tak menentu...

Anyway, selepas hujung minggu depan, insyaAllah aku akan reda sikit...ameen...

Esok insyaAllah aku akan bagi posting sikit...