AbgZan
Anybody interested to buy PAMP suisse gold bar, boleh PM pada saya or emel ke naz.kakilabur@gmail.com
SMS pon boleh ke : 0111-666 0102

Berikut adalah harga pada 18 April 2013, 10:00 (harga mungkin berbeza dari masa ke masa)

***************************************
EMAS

Size(g)     Price/g (RM)  Total Price (RM)
5              155.50                  777
10            152.85               1,528
20            149.70               2,993
50            147.71               7,385
100          146.38             14,638
250          144.79             36,198
500          Call / sms for best rate
1000        Call / sms for best rate

SILVER

Size(g)   Price/g (RM)    Total Price (RM)
1,000      2.82                  2,818



AbgZan
Sekarang kita tengok KLCI dah mencecah ke paras 1,700.

Persoalannya sekarang, adakah uptrend ini akan berterusan? Akan pergi ke 1,800? Nobody knows.

Dalam keadaan global economy yang tidak menentu, dalam keadaan emas yang tengah buat big correction, dan dalam keadaan menunggu Pilihanraya yang tidak dapat diramal keputusannya, sekarang adalah masa terbaik untuk get out of the market.

Kenapa?

Sebab Economi global di Eropah yang tidak menentu. Stock market di US yang sudah sampai ke paras psychological level of 15,000 (Dow Jones Industrial Average, DJIA). Pilihanraya yang bakal menjelma, keputusan PRU13 yang tidak dijangka oleh foreign investor for sure akan menyebabkan market merudum, at least for short term. Dan harga emas yang telah menurun dengan banyaknya, anytime akan bounce back up. Kalau harga emas kembali naik, maka stock market akan bergerak berlawan arah, sbb pelabur prefer invest dlm emas yang terjamin.

Jadi, apakah akan berlaku kepada KLCI? KLCI pon telah cecah paras psikologi 1,700. Volume pun makin berkurang. Dan technically, KLCI not in good condition. I would sell, if someone ask me. And I won't buy at currect price. I believe the price will go further down from current price of 1,700+. If the price break 1,578, then KLCI will go further down lagi.

I think it is time for big correction, at least to 1,300-1,400+. Malah, tidak mustahil, kalau market terus crash sampai 1,000-1,100+.
AbgZan
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, masa untuk memborong emas... harga emas telah turun ke paras yang affordable, iaitu USD1350-1380 per ounce. Harga tersebut kalau nak translate kpd harga RM per gram, ia bergantung kpd emas apa yang nak dibeli, sama ada emas 916 ke, emas 999 ke, atau emas passbook. Ia juga bergantung kpd dari siapa anda nak beli, dari bank ke, dari kedai emas terkenal spt Habib Jewels, Tomei, atau Poh Kong.

Emas 916 kebiasaanya adalah emas barang perhiasan, spt rantai, cincin, subang dan cincin. Emas 999 pula adalah jongkong emas, atau gold bar, atau lebih dikenali sebagai PAMP Suisse, the only gold bar yang laku worldwide.

Emas PAMP Suisse kalau di Poh Kong atau Habib Jewels jangan cakap ler berapa harga diorang jual, tak masuk lagi dgn upah lagi diorang caj....panjang pula celotehnya..

Ok, let's straight to the point.

Saya ada good deal to share...anybody interested to buy PAMP suisse gold bar, boleh PM pada saya or emel ke naz.kakilabur@gmail.com
SMS pon boleh ke : 0111-666 0102

Berikut adalah harga pada 17 April 2013 (harga mungkin berbeza dari masa ke masa)

***************************************
EMAS

Size(g)    Price/g (RM)   Total Price (RM)
5             157.00                  785
10           155.50               1,555
20           152.00               3,040
50           149.85               7,490
100         148.80             14,875
250         147.20             36,800
500          Call for best rate
1000        Call for best rate
SILVER

Size(g)    Price/g (RM)    Total Price (RM)
1,000       2.88                  2,880



AbgZan
Mungkin ramai tak tahu, bahawa hartanah / rumah / properties boleh buat untung atas angin, atau boleh diperolehi secara percuma...

Mungkin ada jugak yang tau, tapi tak reti camana...

Atau mungkin malas nak ambil tau, atau tak tau kat mana nak tahu...

Apa pun, ramai yang tak tahu bahawa:
1) Bayaran sewa bulanan hampir2 menyamai bayaran bulanan dekat bank, malah kadang2 lagi tinggi sewa bulanan daripada bayar bank
2) Properties / Hartanah banyak yang dah naik double / triple sejak 2009
3) Harga rumah dah terlalu tinggi, dan kebarangkalian untuk properties crash adalah tinggi..
4) Siapa yang dah owned 2 rumah, rumah ke-3 hanya boleh buat loan 70% saja daripada harga/market value rumah

Dan macam-macam lagi....
AbgZan
Yeehaa...as expected, more downwards for gold...Today touch USD1,350+ per ounce for emas sepuluh, atau 999... and going further down.... sapa yang dah tak tahan, boleh ler beli sikit... for me, it is already a good price to buy, at least beli sedikit demi sedikit...i am also still holding cash, just in case it is going to jump further downwards..Nobody is perfect, and nobody knows what is the exact price and when is the rite time to buy... silver?  RM2,xxx per kg is a good price to buy...
AbgZan
Salam sejahtera tuan-tuan,
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba... Now it is time to fasten your seatbelt... and watch and see...
Saya masih berpegang kpd analysis saya sblm ni, bahawa harga emas akan terus turun mendadak. Sampai berapa harga wallahu'alam, nobody knows...

The ultimate price to buy adalah:
Emas jongkong 999.9(gold bar): USD1200 to USD1300++ per ounce
Emas 916 (di Tomei, Poh Kong, Habib Jewels, dan se-standard dgnnya): RM140 to 150+ per gram

Bagaimana dgn silver? Silver lg menarik... Tapi risiko lebih tinggi... pm me kpd sesiapa yang berminat nak tau..

Skrg masa untuk watch the movie, and hold the cash...wait for the right timing... it is also a good action to start accumulating sedikit demi sedikit, as nobody knows, what is the best price to buy, and when is the right time to buy.

Wallahu'alam.
AbgZan
Alhamdulillah,

apa yang dinanti-nantikan selama ini telah pon muncul. Pengumuman dividen bank rakyat bagi tahun 2012. Syukur tak terkata dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah....semoga Bank Rakyat akan kekal unggul dan terbaik di masa-masa akan datang...

The best part is...cek dalam akaun bank rakyat: dividen dah masuk...so efficient..:)



(Sumber : Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 13 Mac - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18 peratus kepada 947,541 ahlinya.

Bank koperasi Islam terbesar itu merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.11 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, meningkat 4.7 peratus berbanding tempoh yang sama sebelumnya. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130313/ek_03/Bank-Rakyat-umum-dividen-18-peratus#ixzz2NTHZnU8d
© Utusan Melayu (M) Bhd 
AbgZan
Happy Birthday Fawwaz, anak sulongku....

Happy Belated Birthday Fahmi, anak keduaku.... lupa pulak nak wish dlm blog ni, masa bulan January haritu, hehe...

Semoga, happy selalu, bijak dan pandai belajar....sihat2 selalu yer u ols....


AbgZan
Alhamdulillah,
Harini kami sekeluarga berjaya membeli more than 55 books, dengan hanya mengeluarkan cash sebanyak RM2 sahaja. Bagaimana caranya?

Pergi ke BIG BAG WOLF EVENT di MIECC (Mines Convention Center). Ada diskaun sehingga 95%. Dan menggunakan voucher yang gomen bagi, hehe...

Masih ada masa lagi kepada yang berminat, esok last, 4 March... dinasihatkan utk bawak trolley, atau BEG TROLLEY / beg tarik yang macam nak masuk kapal terbang tu... sbb takut tak terangkat, hehe...



AbgZan
Alhamdulillah KWSP dah announce dividen 6.15% utk kewangan 2012....okerler tu... sapa nak bg...

-------------------------------

KWSP umum dividen 6.15 peratus bagi tahun 2012 (ref:utusan)

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini berkata, kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.
"Ia juga mencatatkan rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.
"Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011," katanya.
Menurut beliau pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.
Katanya walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah. - BERNAMA
AbgZan
Salam all,

Hari sabtu haritu ada pergi Mydin, ada buat jualan murah2 gila.... kalau tak silap sampai hari Ahad 17 Feb kot... kalau sempat boleh u all enjoy the cheap price... spec hitam yg design lawa2 yg pirate punya yg petaling street jual RM10, sini jual RM1.88...pelampung RM1.88 (kalau kat luar RM15-20)...selipar jepun (spt dlm gambar) RM1.88... dan lain2...u all tengok dlm pic tu... kitorg beli mcm2 jugak, about RM200 jugak abis, hehe...


AbgZan
You all kalau dah jadi juatawan, you all akan buat apa kat rumah?

Tido ke? makan sampai gemuk ke? Tgk citer korea marathon?
Jalan2 makan angin? Atau bekerja makan gaji lagi dgn company skrg?
Atau kerja sapu jalan, kutip sampah setiap hari?? Mana you all akan buat?

Sanggup tak u all buat kerja macam kat bawah ni... macam2 org zaman skrg ni... hehe..


pix_topright

Jutawan sapu jalan (rujukan: Harian Metro)

Seorang jutawan hartanah bekerja sebagai tukang sapu jalan raya semata-mata kerana mahu mendidik anaknya erti kerja keras.
Yu Youzhen, 53, memiliki 17 blok rumah pangsa dan menjadi kaya hasil daripada ledakan harga hartanah.

Namun, daripada memanjakan diri dengan kekayaan yang dimilikinya dan menjalani kehidupan berfoya-foya di salun, spa atau kompleks beli-belah, wanita itu memilih bangun awal pagi enam hari seminggu untuk menyapu, membersih dan mengangkat sampah di sepanjang jalan raya yang sibuk di Wuhan, tengah China.
“Saya mahu menjadi contoh kepada anak saya. Saya tidak mahu duduk dan menghabiskan kekayaan saya,” kata Yu.

Dia juga tidak mahu memberi anaknya gambaran bawa dengan menjadi kaya serta menjalani kehidupan hasil daripada kekayaan itu adalah jalan mudah untuk hidup.

“Gaya hidup seperti itu hanya akan mengancam mereka dalam jangka panjang,” kata Yu.
Usahanya itu berjaya. Kedua-dua anaknya kini bekerja makan gaji. Anak lelaki menjadi pemandu bas dengan pendapatan RM1,000 sebulan sementara yang perempuan memperoleh gaji sebanyak RM1,500 dengan melakukan kerja yang tidak dinyatakan, lapor sebuah akhbar China.

Yu pula memperoleh pendapatan sebanyak RM550 sebulan sebagai tukang sapu.
“Saya sentiasa berasakan saya perlu melakukan sesuatu,” kata jutawan itu yang menjadi tukang sapu sejak 10 tahun lalu selepas mendapati kekayaan menjadikan hidupnya bosan.

Dia sebelum ini menanam sayur, mengangkat hasil tanaman itu dan menjualnya sendiri di pasar.

Apabila kerajaan komunis China melancarkan pembaharuan ekonomi pada hujungan 1980-an dan membenarkan petani berniaga, Yu dan suami berjaya mengumpul wang secukupnya untuk membina tiga blok rumah pangsa lima tingkat yang kemudian disewakan.

Mereka berjaya mengambil kesempatan terhadap ledakan harga hartanah dan meluaskan ‘empayar’ mereka hingga mampu memiliki 21 blok rumah pangsa.

Mereka sudah menjual empat blok. Hasil jualan itu dicampur dengan pendapatan menyewa 17 blok rumah pangsa serta gaji sebagai tukang sapu sudah pasti akan membolehkan dia menjalani kehidupan selesa pada masa akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/06