AbgZan

Sempena Merdeka Yang Mulia ini, saya nak memperkenalkan beberapa ahli dah keluargaku. Ia terdiri daripada AKU, WIFE, ANAK PERTAMA (Fawwaz Ashraf) dan ANAK KEDUA (Fahmi Arshad). Setelah hampir 2 bulan blog ni wujud, kurasa sudah tiba masanya utk mempekenalkan my family.

Berikut adalah gambar2 ahli keluargaku:

Gambarku bersama isteri tercinta

Gambar Anak Pertama (Fawwaz Ashraf) semasa kecil (umur 1 thn).


Gambar Fawwaz ketika 2 thn (semakin pandai posing)



Fawwaz tekun membaca al-Quran.


Fawwaz sedang solat. Ketika ini beliau berumur 1 tahun 3 bulan, hehe.


Fawwaz diupah untuk mengemas rumah. Kesiannya, baru 1 tahun 3 bulan telah dibuli, hehe...


Gambar Anak Kedua (Fahmi Arshad)


Fawwaz Memeluk Adiknya Fahmi ketika sedang tidur.

Click PLAY utk menyaksikan gelagat Fawwaz membuli adiknya pula !!! Jangan disangka air yang tenang tiada Fawwaz, hehe...

Ok, setakat ini sahaja buat kali ini. Sehingga berjumpa lagi.

Wassalaamualaikum.

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Hari ini saya dijadualkan utk tiba di KL dari Keningau (flight dari Kota Kinabalu). Tapi ketika post ini ditaip, saya belum bertolak ke Keningau pun, hehe....

Kami dijangka tiba LCCT pada 7pm...Kalau sempat gua taip post nanti, tapi mungkin tak sempat kot, mungkin kepenatan...esok nak MERDEKA!
Labels: 0 comments | edit post
AbgZan
Salam,
Hari ini saya berada di Keningau. Bertolak pagi Jumaat, sampai di Kota Kinabalu, terus drive ke Keningau. Ni semua projek syarikat utk membantu orang-orang susah di kampung di Keningau, dan juga untuk berbuka bersama-sama dengan mereka. Aktiviti gotong-royong akan dilakukan di kawasan masjid nanti....

Nanti kalau sempat, gua sambung citer ni, dan mungkin letak picture sikit...Maaf saya tak dapat cerita panjang sekarang (sbb post ni ditulis dengan kaedah "post dated post", haha. Saya memang selalu mengarang dgn kaedah "POST DATED POST")...

Till then (till i balik kl, hehe)...

Wassalaam....
AbgZan
Baru-baru ini, aku ada berjumpa dengan sales executive dari Maybank. Beliau nak promote product ASB Loannya. Ni atas daya usaha sorang bos kat syarikat gua ni utk panggil beliau datang ke office dan kepada yang berminat boleh jumpa depa.

Mula2 saya ingat tak perlu la join, sbb hamba sudoh buat pon ASB loan ni. Tapi, memandangkan kawe ada pertanyaan to ask the officer (gua memang rajin bertanya), maka kuambil initiative utk datang jugak...

Pertanya gua adalah berbunyi begini:

"Saya dah buat ASB loan bulan July 2009, pakai rate BLR-1.35%, boleh tak kalau saya nak revise rate pakai rate baru bulan Ogos 2009 (BLR-1.65%)?"

Beliau kata boleh, tapi kena buat paper work. Beliau juga agak terkejut kerana patik tidak diberi offer oleh agent yg i dah deal mengunakan "Loyalty Package" = BLR-1.65% (rate ni boleh diguna pakai oleh customer yg dah sedia ada loan dgn Maybank)...Malah beliau skrg dalam usaha utk dptkan rate BLR-1.76% fixed for the whole tenure....

Wow, alangkah bagusnya....

So, dia suggest i tanya balik sales exec yg i deal bulan lepas....Memang i nak pi pon...tapi sblm ni bila tanya, dia kata tak boleh (sesedap ati aja kata takleh, tensen pulok)....tapi gua ni memang jenis tak mudah putus asa...sblm ni gua dah tanya pon dgn shah alam center di shah alam, diorg kata boleh....tak puas hati betulla dgn exec yg i deal ni, nak senang kerja aja....

hehe....moral of the story:

1) No harm to ask anything you want to ask
2) Jgn mudah putus asa utk menjimatkan duit, atau utk saving punya pasal
3) Rajin2 la nego dgn pegawai bank sblm deal ..

Wallahu'alam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Sebagai peringatan kepada kita semua, saya lampirkan Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW:

Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,
Gunung Arafah.Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidakmenyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam
perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah
lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan , dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Wassalam……




Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Assalamualaikum kawan-kawan,

Sempena Ramadhan yang mulia ini, adalah enak kalau kita dapat mendengar bacaan al-Quran. Tapi bagaimana kalau takde CD? Tak mengapa, hanya perlu internet aja....Kepada yang berminat boleh teruskan baca...

Kalau nak terus dengar bacaan al-Quran leh click kat link ni:
www.quranexplorer.com/quran

Kalau nak baca serba sedikit ttg website ni, click kat sini:
www.quranexplorer.com


Yang bestnyer, ia very user friendly...kita boleh pilih up to 8 Qari....perghh, bes2 semuanyer...tapi yang paling bes, i suka Qari As-Sudays-Shraym (my favorite). Selain itu kita boleh keluarkan translation sekali (optional) lebih 10 bahasa, termasuk BM, English, Urdu, French, etc....Bacaan kita boleh pilih sebarang surah, nak baca dari mula sampai habis pun boleh, tetapi kalau nak khatam tu, 1 hari tak tau sempat ke tak, hehe......

Ok, mari kita mengimarahkan tempat kerja dgn bacaan ayat-ayat suci al-Quran, dapat juga pahala insyaAllah, dgn hanya mendengar...

Wallahu'alam.



Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini banyak betul rumah lelong yang diiklankan, tak kira di tiang2 lampu tepi jalan, flyers yang beterbangan, diletak kat cermin depan kereta, mailbox kat rumah, suratkhabar mahupun di bank-bank.

Pernahkah anda ambil tahu tentang rumah lelong? Tertarikkah anda? Untung tak? Murah ke? Mudah ke payah? Apakah procedure2 kalau nak beli rumah lelong? Rumah lelong di mana patut kita beli dan TAK PATUT kita beli?

Itu semua antara soalan yang kita semua kena tanya kepada diri sendiri dan kepada bank-bank, atau agent2 lelong....

Nanti saya akan citerkan dengan lebih detail insyaAllah...


"RM34,000 satu, RM34,000 dua, RM34,000 tiga, SOLD!" Begitulah lebih kurang bunyina di dewan lelong apabila seorang bidder memenangi lelongan sesuatu hartanah.

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Ini dia berita yang hangat sampaikan seluruh dunia menceritakan perihalnya...tak kira, Thailand ke, Indonesia ke, even Australia, malah US dan UK pon mengutarakan perihal berita ni...
Popular ler pulok...CUba baca petikan dari The Star di bawah ni:

Kartika case whips up an international media frenzy

PETALING JAYA: The case of model Kartika Sari Dewi Shukarno, who is to
be caned for drinking beer, has caught international attention.

From Australia to Indonesia, Thailand, China, Germany, the United States and Britain, news of her impending sentence has thrust Kartika into the international
limelight and into most blog chats.

CNN (Cable News Network), BBC (British Broadcasting Corporation) and other leading television stations have also highlighted her case as one of the top stories of the day. They carried a story of her predicament yesterday, especially when her sentence was temporarily aborted because of the fasting month.

It was also among the top stories for CNN and BBC with both websites listing it as the fifth most popularly read story.

A Google search for her full name resulted in 63,900 hits while there were over 1,700 news stories on Kartika. There was also a Facebook account listed as “HELP Kartika Sari Dewi Shukarno”


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: 0 comments | edit post
AbgZan
Saya amat tertarik dengan issue Kartika ni. Kartika seorang bekas model, telah menyesal dengan perbuatannya meminum alcohol, dan dengan itu, dia propose utk dirotan di khalayak ramai sbg pengajaran kepada orang lain dan dirinya sendiri. Bukan senang nak cari orang sebegini. Berikut adalah petikan dari The Star:



Kartika: I want to get on with caning

SUNGAI SIPUT: Kartika Sari Dewi Shukarno, who is to be caned for
drinking beer, says she just wants to get on with it.

“I never cried when I was sentenced by the judge. I told myself, alright then, let’s get on with it,” Kartika, 32, said when interviewed at her father’s house here.
She will be the first Malaysian woman to be caned under Syariah laws applicable to
Muslims.

The mother of two, who also paid a RM5,000 fine, has asked for the punishment, usually carried out in a closed prison, to be done in public. She said she had yet to receive any response to her request for a public caning, and is due to be detained in prison for a week beginning Monday, during which time her sentence will be carried out.

Family time: Kartika spending quality time with her son Muhammad Azfar, seven, and daughter Wann Kaitlynn Sari Dewi, five, at her father’s house in Sungai Siput, Perak, yesterday. — Reuters

Kartika, a Malaysian married to a Singaporean, was caught drinking by religious
authorities at a hotel in Kuantan on Dec 11, 2007. She said she had three
glasses of beer before the hotel was raided. She and the other patrons were
asked to provide urine samples.

The 20-month ordeal had added to her distress, she said, adding that she respected the law banning alcohol for Muslims and was determined to go through with the punishment – six strokes of the cane.

She will be fully clothed and kneeling, and struck on the backside with a small thin cane using moderate force. Four court appearances over the offence forced her to quit her full-time hospital job and she has since had to rely on part-time modelling jobs.

“I only declared that I was a model to protect my full-time job ... I felt very humiliated because people used my status as a part-time model to publicise my case,” she said. — Reuters


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/22/nation/4571118&sec=nation

Labels: 0 comments | edit post
AbgZan
Ini dia interior design rumahku 3 tahun lepas, time ni, walaupon baru masuk rumah, pun dah mula bersepah....hehe....nanti2 bila ada masa, kupamerkan rumahku pada masa skrg pulok, yang lagi bersepah dgn mainan anak2, hehe....


Ruang tengok TV


Tempat duduk tengok TV

Meja Makan Bulat


Pemandangan Ruang Tamu sampai ke dapur pun boleh nampak.



Ruang depan pintu masuk...kuletak cermin bersaiz 4kaki x 5kaki (kasi rumah nampak besar lagi, hehe)


Ruang depan pintu dan sliding door


Sliding door dan ada kepingan meja yang telah patah kakinya, haha....



Ruang tamu...
Ada apa-apa komen tak? Utk rumahku yang belum apa2 dah bersepah ni, hehe....
Nanti2 ku upload pulok hiasan dalaman rumahku pada tahun 2009 pulok, ok? hehe...
Wassalaam.
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Hari ini hari ke-3 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan yang baru menjelma. Semoga kita semua berpuasa penuh selama 3 harini, hehe...

Pagi tadi perbincangan Bicara Mufti yang sempat kutonton sekejap, membicarakan perihal zikir...

Zikir ada 3 bahagian, iaitu ZIKIR:
1) HATI,
2) LISAN dan
3) ANGGOTA BADAN....

Saya selalu berfikir, betapa mudahnya nak dapat pahala yang BERAT timbangannya, tetapi AMAT MUDAH nak dilakukan, iaitu zikir hati dan lisan....apa yang perlu kita buat adalah, berzikir seperti, bertasbih, bertahmid, bertakbir...salawat pon besar pahalanya...kita tak perlukan tenaga banyak mana pun....tak penat pon...tak rugi apa pon....tapi pahalanya besar...

Dan yg bestnyer ia boleh dilakukan bila2 masa saja, skrg pon boleh, nak tido pon boleh, tgh drive ke, tgh meeting ke, tgh termenung, tgh pakai baju ke, tgh marah orang pun boleh berzikir....24/7 la nak senang citer...hehe...

Maka jom kita berzikir, hehe...Besar pahalanya, lebih2 lagi bulan puasa ni...

Wallahu'alam....


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Asal dengar aja cepat kaya, cepat aja korang baca ek??? hehe...

Forex skrg ni dah makin popular di kalangan rakyat, samada di kalangan golongan berkolar putih, biru, maupun golongan berkolar coklat (sbb dah lama tak basuh baju)....

Forex terkenal, sbb dikatakan sebagai satu kaedah trading / pelaburan yang dikatakan boleh mendatangkan keuntungan dengan cepat....betul kah? Boleh cepat kaya??

Jawapannya adalah BETUL, anda bole cepat kaya dengan forex...akan tetapi FOREX jugak boleh menyebabkan anda CEPAT MISKIN, hehe...bergantung kepada bagaimana anda trade forex....

Persoalannya skrg, pernahkah anda trade forex?

Untungkah , rugikah?

Berapakah permulaan modal?

Bagaimana nak mula?

Selamatkah?

Mudahkah?

Nak trade sendirikah? atau labur kat orang tere main forexkah?

Itu semua antara soalan2 yg anda kena tanya kepada diri sendiri dan kepada semua trader2 forex....InsyaAllah saya akan sambung di episode yang akan datang...

Wassalaam.

"Money di telapak tangan saya", kata seorang pakar FOREX yang mengaku dirinya pakar, begitulah mungkin kata-kata meyakinkan yang diucapkan oleh beliau...




Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: 4 comments | edit post
AbgZan

Assalamualaikum,


Harini, kita bermula puasa....aduhai, sekejapnya la dah berpuasa balik, rasanya macam baru aja puasa thn lepas, dah puasa balik....kalau setahun berlalu dengan begitu cepat, nanti bulan Ramadhan pon cepat aja abis....tau2 aja dah raya....ini membuktikan masa bergerak begitu pantas....sudahkah kita mencapai kesemua hajat2 utk tahun ni? hehe....


Okler, saya pun takmo bercakap panjang....almaklum kita semua sedang berpuasa, hari pertama pulak tu....


Harini pulak, byk betul perkara yang perlu diselesaikan....


1) Nak pergi jumpa lawyer, ada perkara yang perlu disettlekan...


2) Nak pergi beli hadiah utk ayah, sempena birthdaynya yang ke-64....


3) Nak pergi tambah lagi keperluan-keperluan garden spt batu2 kecik, hehe....(aritu sudah beli tapi tak cukup)...pagi semalam sempat singgah satu kedai garden ni, tapi tak jual batu yg ingin kubeli, last2 gua beli pokok pandan, untuk menambah koleksi pokok di anjungku..


4) Nak turun ke rumah mertuaku, kerana ingin melawat anak buah baru dilahirkan lebih kurang

5 hari umurnya, TAHNIAH IJAH dan PALI!


5) Nak beli kain dan tudung di area masjid jamik, kain yang berkualiti tinggi dan bermanik, tapi amat murah harganya boleh didapati di satu kedai di area jamek ni....


6) Nak beli kipas, utk diletak di anjung, hehe (aiyoo ni anjung advance, anjung pon ada kipas ka? hehe). Ada satu kipas stand ni, murah betul, dijual di CAREFOUR, dah 2 CAREFOUR cawangan berbeza kulawati, tapi abis...ni nak try tgk cawangan lain pulok...hehe


7) Nak usha satu kedai utk "possibility" utk memulakan satu perniagaan part time online, hehe....barangnya dirahsiakan buat masa ni...hehe....


Itu semua ingin kucapai esok hari. Achievable tak? Dah la bulan puasa lak tu....hehe...


ANyway, SELAMAT BERPUASA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMBACA, SEMOGA PUASA BULAN RAMADHAN KALI NI LEBIH BERMAKNA BUAT KITA, wallahu'alam.

Beginilah satu pemandangan di satu kedai jual pokok2, jual fountain, buat garden dan macam2 lagi. Kedai ni amat besar....menarik betul....





Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: 2 comments | edit post
AbgZan
Hari ini kita tengok, pelbagai bentuk riba telah berleluasa. Kadang2 riba ni diapplykan sama ada sengaja atau tidak disengajakan. Akan tetapi tahukah kita, bagaimana riba ini bermula dan bagaimana ia boleh dipergunakan sehingga hari ini secara berleluasa? Ikuti artiket di bawah, amat menarik utk dibaca:


Hutang, riba hukum-hakam pemodal
Hishamuddin Rais Apr 9,
09 4:16pm

Semua yang wujud dalam alam ini bergerak mengikut hukum alam.
Manusia wujud melalui DNA. Bumi ini wujud kerana pertemuan, asakan dan
pergumpalan pelbagai bentuk elemen kimia yang terpencar bersepah dalam udara
hasil daripada Letupan Besar.

Seperti besi berani yang akan terus menghala medannya ke utara, begitu juga hukum hukum alam ini tidak berubah-ubah. Manusia yang memiliki akal akan mencari dan menemui hukum-hukum ini.

Penemuan hukum-hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum-hakam ini berkecuali, tidak memiliki nilai.

Nilai baik atau jahat lahir daripada akal manusia.Madame Marie Curie menemui
radium dan menemui cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum-hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah.

Apabila ditemui ciri dan hukum-hakam uranium, maka akal manusia jugalah
yang cuba mengubah hukum-hakam ini sehingga melahirkan bom atom.

Kajian hukum-hakam algebra dan ilmu bintang oleh al-Khwarizmi di Baitul
Hikmah, Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini.

Hukum ilmu bintang ini berkecuali – hanya kuasa imperial Anglo-Amerika yang
menggunakan hukum ini untuk kebejatan dengan meletakkan senjata di atas
langit.

Kapitalisme juga bergerak mengikut hukum-hakam. Hukum pertama
kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih.

Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis
tetap sama.Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan
runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan
riba ini ialah bank.

Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat
keuntungan maksimum. Sebelum kemunculan bank – di zaman kapitalisma kaum
pedagang – emas adalah tukaran.

Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang
dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas. Kita juga terbaca perkataan perak
sebagai wang. Jika melawat musium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama
Alam Melayu – emas dan perak. Para saudagar yang berniaga akan mengupah
tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran
membeli-belah.

Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke
dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas jumlah emas yang tersimpan.

Kertas ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya
yang tersimpan.Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah
diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan
untuk seorang saudagar tetapi berbelas-belas.

Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan
kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan
bertambah.

Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai
menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan,
maka nilainya tidak bertambah.

Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Buluh
Kasap. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas.

Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali
ganda.Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai
emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai – inilah asal-usul duit kertas
atau bank note.

Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar
ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini
tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi
telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar
untuk digunakan sebagai modal.

Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang
tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rashia – konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak
berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme.
Amat jelas bank bermula dengan pembohongan.

Pembohongan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai.
Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan
kedai.

Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki
rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada babu dan pengawal peribadi.

Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500
tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si
Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.

Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam
dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar.
Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini, 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah
tetapi cara pengendalian lebih tersusun. Umum selalu
bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank.


Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu.


Contoh:


Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100
ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit
seorang.

Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi
pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit.

Lihat silap mata!

Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit. Bank ini sebenarnya
tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan
– ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak
semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.

Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit
bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga. Beginilah yang telah dilakukan
oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank
dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini.

Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran – amalan ini untuk
menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus. Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui
cagaran.

Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap
mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin
mengeluarkan duit – maka tertonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap! Tidak ada duit sebenarnya dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Tertongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008.

Bank Northern Rock di Scotland tertonggeng apabila semua penyimpan datang
beratur untuk meminta wang simpanan mereka – permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank.

Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai
hilang keyakinan, maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan
berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka.

Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan
mengaku diri mereka bankrap – inilah yang sedang berlaku sekarang.

Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan
oleh bank. Pemilik-pemilik ban ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk
melupuskan pelbagai larangan dan rintangan.

Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan
yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.

Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di
khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus
yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.

Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya
duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit
ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk
membuat lebih banyak untung.

Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank
boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup.

Ada pelangan akan kalah judi di Genting tetapi syarikat Lim Goh Tong sampai kiamat tidak akan bankrup – ini juga hukum sistem kapitalis.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/columns/103553

Wallahu'alam...

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Assalamualaikum dan selamat petang,

Pagi semalam saya sempat dgr sekejap, ttg Mematuhi Ibu Bapa daripada Bicara Mufti.

Kita WAJIB mematuhi apa sahaja yg IBU BAPA PERINTAHKAN, every single thing, EXCEPT kalau ibu bapa bagi arahan yang membawa kepada syirik, menurut satu hadith....

Even kalau org bukan muslim yang masuk islam pon, still kena patuhi ibu bapa yang masih bukan Islam...

Saya teringat satu ketika, saya pernah dengar, mematuhi ibu bapa penting, jika kita menyakiti hati ibu bapa walaupun sedikit, boleh membawah kepada perkara yang tak elok kepada kita...

Contohnya, kalau, kita rasa sedih semacam ke, hati tak sedap ke, atau rezeki macam susah nak dapat ke, cuba pikir2kan kalau2 kita dah lama tak balik kampung tgk mak bapak, atau kalau kita ada menyakiti hati mereka....maka cepat2lah balik jumpa mereka, atau memohon maaf, insyaAllah masalah akan reda..

Wallahu'alam....


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Assalamualaikum dan selamat pagi,

Sudah lama betul saya dengar berkenaan Multi Level Marketing atau nama pendeknya MLM. Masa saya kecik2 dulu Cosway, Amway, dan sebagainya, sampailah kepada kisah 4-5 tahun lepas yang agak popular Omegatrend, Elken dan sebagainya....

Sekarang ni makin banyak MLM yang muncul. Selalunya MLM ni menguntungkan pengasas atau peserta-peserta paling awal. Peserta yang lewat masuk pun boleh untung, dengan syarat, kena bekerja keras, dan produk jualan yang laris seperti ubat-ubatan atau education, dan sebagainya...

Ada juga MLM yang tidak berapa memberangsangkan..

Saya dari dulu lagi selalu didekati MLMers, tetapi sifat saya yang tidak suka mempromote, selalu menolak. Pulok tu, masa pulak busy kan...hehe...sori kepada promoter-promoter....

Baru-baru ini saya dipromote lagi oleh satu syarikat MLM juga secara tidak langsung (orang atas orang), sampai saya rasa tertarik yang amat. Tetapi setelah membuat sedikit kajian, saya menjadi keliru dan membatalkan niat.

Baru-baru ini juga saya ada terbaca dalam internet berkenaan MLM yang halal dan yang haram, saya rasa amat menarik artiket ini (petikan dari http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/06/mlm-yang-halal-dan-yang-haram.html ) ....

Blog tersebut membicarakan ttg MLM dan bonusnya, system pyramidnya, harga produknya, yuran keahlian, larangan syarak dalam perniagaan dan sebagainya. Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut boleh la baca artiker tersebut, agak menarik utk dibaca...

Wallahu'alam




Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: , 1 comments | edit post
AbgZan
Assalamualaikum dan selamat pagi,

Ok, semalam kita dah bincang bagaiman ASB Loan mungkin membawa keuntungan yang lebih berbanding labur sendiri dalam ASB. Bagaimana pulak dengan issue membuat loan ASB secara percuma? Adakah ianye benar? Ianyer bergantung kepada anda, bagaimana anda menilainya...

Mari kita lihat....

Ok, lihat jadual di atas...tengok bulatan yang telah dilakar di ruang 25 tahun, RM170k...
Di mana anda kena bayar about RM921 sebulan...

Sejurus lepas anda buat loan nanti, bank akan kasi kita RM170k (tapi depa pegang dulu, depa takmo kita salah guna duit tu kottt...)....tetapi setiap tahun, anda akan dapat dividen secara percuma, dan dividen tersebut anda bole keluar setiap tahun....

Berapakah dividennya???

Ok, sekali lagi kita anggap kerajaan baik bagi kita 8.5% dividen secara pukul rata (purata)....

Mari kita kira:

Setahun: 8.5% x 170k = RM14, 450

Sebulan: RM14,450 / 12 bulan = RM1,204 sebulan...

Ini bermakna, bole dikatakan setiap bulan anda akan dapat dividen RM1,204...SECARA PERCUMA !!!!

Cuba recall balik, berapa anda kena bayar bank bulan2?? Hanya RM921 sebulan....

WOWWW!!! Kiranya, secara teknikalnya, setiap bulan anda dapat percuma RM1,204, daripada ASB secara percuma, tetapi anda hanya bayar loan RM921 aja??? Maknanya anda buat LOAN ASB NI PERCUMA LA YER????

TIDAK!!!!! BUKAN SAHAJA percuma, MALAH anda dapat profit hampir RM300 sebulan tu....Rm300 x 12 bulan,hampir RM3k ++ untung secara percuma...takmo ke??

So, bagaimana? Tertarik tak?? hehe....

Tapi sekali lagi, diingatkan, bayaran RM921 tu assuming BLR kekal...kalau BLR naik, maka loan naik la...kalau BLR turun, maka bayaran loan turun la...

Wallahu'alam, anda nilaikan sendiri dan untung anda punya, saya tak minta satu sen pon...risiko pon atas diri sendiri juga la yer, saya hanya memberi idea untuk u all pikir2kan aja, hehe... :)

Wassalaam.


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Salaam all,

Ada macam-macam pendapat..ada yang kata haram,ada yang kata halal....ada yang kata haram sbb terlibat dalam pelaburan tobacco, ada yg kata haram pasal terlibat dalam pelaburan bank yg mengamalkan riba...Ada yang tidak labur dlm ASB sbb takut haram, tapi pada masa yang sama dia sendiri buat loan dari bank conventional dan merokok...wallahu'alam...

Saya tak berani nak buat apa2 ulasan ttg hukum-hakam ni, sbb kalau salah bg hukum, besar dosanya, saya pun bukan hebat mana dalam bab-bab agama ni....tapi saya nak pastekan keputusan FATWA KEBANGSAAN:

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Labur ASB, ASN harus – Majlis Fatwa Kebangsaan

KUALA TERENGGANU 3 Feb. – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah).

Katanya, ia turut meliputi dividen atau bonus yang diberikan kepada mereka yang melabur dalam ASB dan ASN.

‘‘Masyarakat Islam kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status pelaburan dalam ASB dan ASN serta dividen yang mereka terima hasil daripada pelaburan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-80 di sini hari ini.

Muzakarah yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini turut dihadiri Setiausaha majlis itu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan 14 mufti dari seluruh negara.

Abdul Shukor berkata, muzakarah itu juga memutuskan pembangunan ke atas tanah wakaf am dan khas diharuskan jika ia mengekalkan niat asal pewakaf.

‘‘Pembangunan tanah wakaf khususnya, masjid dengan tambahan projek pembangunan serta beberapa penambahbaikan dibolehkan tetapi ia hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan oleh wali amri iaitu majlis agama atau kerajaan negeri terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, muzakarah itu turut memutuskan pemakaian lambang agama lain oleh masyarakat Islam adalah dilarang.

‘‘Umat Islam dilarang memakai atau menggunakan lambang-lambang agama lain jika ia dinyatakan atau tertera dengan jelas,” katanya.

Di sini juga saya nak tambah link daripada Ustaz Zaharudin yang tidak berapa setuju dengan fatwa kebangsaan:

http://www.zaharuddin.net/content/view/805/72/#maxcomment84257

Apa pun keputusan di tangan anda, untuk menilainya..Kepada yang tak yakin boleh la menjauhinya, dan yang yakin, up to you utk berfikir semasak-masaknya...yang di tengah-tengah boleh la solat istikharah...

Saya yang sudah sekian lama masuk ASB, pun agak keliru, tetapi pro sedikit kepada fatwa kebangsaan, di atas manfaatnya kepada kita dan ekonomi Islam. Apa pun kita harap agar ASB dapat mengimprovekan sektor-sektor yang diceburinya, jika terdapat kesangsian yang dapat diperbaiki....

.Wallahu'alam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Assalamualaikum dan selamat pagi,

Pernah dengar tak ASB Loan? Saya rasa semua readers pernah dengar. TInggal nak ambil tau aja..Mungkin ada jugak reader yang dah buat ASB loan ni....Berdasarkan analysis yang saya dah buat, ASB loan ni adalah satu loan yang menguntungkan pengguna. Malah kita ia boleh dikatakan satu loan yang percuma.

Mengapa percuma? Itu saya akan terangkan next time. Tapi skrg saya akan berbincang macamana ASB Loan boleh menguntungkan....

Ok, cuba lihat jadual di bawah (jadual yang disediakan oleh Maybank untuk bulan Julai 2009,BLR-1.35% (jadual kuning)....Bulan Ogos, lagi best, BLR-1.65%):

Cuba tengok bahagian2 yang dibulatkan. Bulatan itu dibuat secara random utk bayaran yang lebih kurang RM920 sebulan utk bayar loan. Comparison kesemua pilihan yang ada di atas akan dibuat berbanding dengan, "anda melaburkan RM920 secara manual kepada ATSB anda tanpa buat loan".

Contohnya, anda nak buat perbandingan anda invest RM921 sebulan selama 25 tahun ke dalam ASB. Masukkan ke dalam excel (maaf, ikutkan hati, saya nak attachkan di sini, tapi tak reti camana pulak), anda buat pengiraan berdasarkan "compound interest" sampai 25 tahun, assuming ASB akan beri 8.5% annual dividen secara purata (takde sapa dapat predict exact, tapi just ramalkan purata), anda akan dapati, duit anda akan membiak sampai RM906k selepas 25 tahun, WOWW! Dalam masa 5 tahun, jadi RM68k...15 tahun, RM325k!!! Sounds impressive kann????

Tapi bagaimana prestasi tersebut dicomparekan dengan ASB Loan sebanyar RM170k, di mana anda kena bayar RM921 sebulan kepada bank. Bayaran tersebut dibuat kerana bank akan beri RM170k up front utk dilaburkan ke dalam ASB (RM170k walaupun depa kasi kat kita, tapi depa pegang dulu sampai 25 tahun, hehe)...

masukkan dalam excel pengiraan dividen 8.5% pulak...anda akan dapati, selepas 5 tahun, jumlah pelaburan sudah jadi RM255k termasuk RM170k atau jika nak diabaikan pokok, hanya ambik kira dividen semata, anda sudah dapat RM85k (255k-170k)...Wow, ini sudah lebih dari kaedah labur sendiri yang dibincangkan sebelum ini....Bagaimana pulak selepas 15 tahun? RM578k !!! Kalau ditolak RM170k, RM398k tu, PUN LEBIH DARI KAEDAH PERTAMA tadi....

Selepas 25 tahun pulok? RM1.3 million (termasuk RM170k yang akan dipulangkan kepada customer)!! Wow, sudah jutawan !!! Benarkah?? Ianyer benar, tapi dengan syarat, jikalau ASB maintain kasi konsisten 8.5% setahun dividen...kalau kurang,kurang la, kalau lebih, even better!!

Akan tetapi ada risiko jugak, di mana risiko jikalau BLR naik, kita akan kena bayar lebih la loan nanti...

Tapi nasib baik, Maybank sekarang sudah ada Islamic rate, yang ada capping 9.55%...

Ok, comparision di atas dibuat untuk package loan ASB 25 tahun...kalau anda nak buat 20 tahun ke, 15 tahun ke, pun still untung....anda kena buat sendiri ler...seperti saya cakap tadi, kalau reti attach excel, dah lama attach, tapi tak reti pulok....

So, anda pikir2kan lah.....

Lepas ini, insyaAllah saya akan bincangkan lagi, bagaimana pulak, untuk membuat Loan ASB tanpa keluarkan duit....WOW, possible ke bro?? hehe...

Nantikan....

Wallahu'alam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Assalamualaikum,

Perpaduan umat Islam hari ini agak goncang. Kita dapati umat Islam dalam masjid, semuanya bersatu, tetapi apabila keluar dari masjid, perpaduan terus hilang entah ke mana.

Apakah punca keruntuhan perpaduan umat Islam?

1) Wujudnye sifat ego dan takbur dalam diri
2) Memandang rendah kepada orang lain
3) TIdak berlaku adil sesama manusia

Rasulullah bersabda cara nak mengekalkan perpaduan:

1) Hapuskan sifat hasad dengki sesama manusia (kita tengok zaman sekarang ramai umat Islam yang tidak suka tengok rakan2nya maju, lagi mereka maju, lagi kita dengki dan cara jalan supaya mereka jatuh)

2) Hapuskan sifat benci dalam diri

3) Usah mencari kelemahan orang lain

4) Jangan menyakiti hati orang lain

Jikalau kita melakukan perkara di atas, insyaAllah perpaduan dapat dipupuk sesama umat Islam, hatta kemajuan umat Islam akan lebih terjamin.

Wallahu'alam...


"Hey, mentang-mentang hang tinggi, hang pandang rendah pada aku ekk???"



Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit, hehe
AbgZan
Assalamualaikum kepada reader-reader blog,

Saya ingin menjemput warga ATSB untuk hadir di majlis akikah anak ke-2 saya, yang bernama Fahmi Arshad di rumah ibu mertua saya, pada hari ini, Sabtu, 15 Ogos 2009 :

Masa: 8 malam
Tarikh: 15 Ogos 2009, Sabtu
Tempat: Perkarangan Blok 25, Bandar Baru Sentul
Kehadiran warga readers blog kakilabur amat dialu-alukan.

Wassalaam...
AbgZan
Assalamualaikum semua, selamat pagi...

Seperti yang saya janjikan saya akan ceritakan serba sedikit berkenaan Unit Trust...

Apakah Unit Trust? Unit Trust adalah satu dana yang diurus oleh Fund Manager (Pengurus Dana) dengan cara memilih saham-saham tertentu yang listed dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) atau listed di stock market di luar negara seperti China dan Hong Kong...Saham-saham tersebut dibeli oleh FUnd Manager dalam peratusan tertentu utk setiap counter saham....

Sebagai contoh, untuk memudahkan pemahaman, saya ubahsuai sedikit peruntukan peratusan utk satu dana yang dirahsiakan:

DANA X mengandungi saham-saham berikut:

Top Glove: 9%
Tenaga: 12%
TM: 3%
Digi 5.9%
Gamuda: 7%
Sime: 6%
Lain-lain: 57.1%

Ini bermakna, turun naik DANA X bergantung kepada turun naiknya saham-saham di atas...Memandangkan saham-saham di atas melibatkan industri yang berbeza-beza, kenaikan / penurunan harga DANA X adalah stabil dan tidak akan terlalu mendadak.

Unit Trust ada yang dikategorikan sbg risiko rendah, ada yang risiko tinggi....selalunya dana yang berisiko tinggi, mempunyai potensi utk mendapat untung yang lebih banyak...antara dana yang berisiko tinggi selalunya, ia melibatkan dana yang dilaburkan ke dalam counter-counter saham murah, atau SMALL CAP. Ini kerana saham-saham murah, selalunya adalah saham-saham syarikat kecil yang berharga murah, di mana harganya yang murah menarik minat pelabur-pelabur runcit untuk membeli.

Macam kita la kan, kalau kita nak beli barang2, for sure kita akan beli barang-barang murah kan? So begitu juga saham. Kalau saham harga murah, lebih ramai pelabur minat utk beli. Apabila ramai org beli saham-saham murah, maka kenaikkannya lebih cepat in terms of percentage. Contohnya la kan, kalau saham-saham mahal seperti Tenaga, harganya yang dalam lingkungan RM8, walaupun kenaikannya RM0.20, tetapi dari segi percentage, ia hanya lah 2.5% sahaja.

Tetapi, jika kita ambil contoh, misalnya saham Hubline, yang berharga RM0.29, jika ia naik RM0.10 aja, sudah berapa percent? 34.5% tuu!! Tak ke banyak..

Tetapi perlu diingat, selari dengan kenaikannya yang cepat, penurunan harganya juga cepat, jika berlaku tekanan jualan oleh pelabur. Jadi atas sebab itulah, saham-saham murah ni, agak agressive, di mana ia mampu menjanjikan pulangan yang tinggi, di samping menjanjikan risiko yang lebih tinggi, hehe....

Bagaimanakah caranya utk memulakan pelaburan dalam Unit Trust? Bergantung kepada Unit Trust mana yang kita ambik, jumlah minimum pelaburan mungkin berbeza. Mungkin ada yang mensyaratkan minimum permulaan pelaburan sebanyak 1,000 unit.

Apakah maksud 1,000 unit? Maksudnya, anda kena beli minimum 1,000 unit saham dana A. Katakanlah dana A berharga RM0.30, maka, anda kena peruntukkan 1,000 x RM0.3000 = RM300 utk memulakan pelaburan.

Persoalan lain yang mungkin ditanya, "Camana duit kita membiak?"

OK, senang aja.

PERTAMA sekali, dia membiak dari segi harga DANA tu. Contohnya, harga masa kita invest RM0.3000. Setiap hari, Bursa Saham Kuala Lumpur akan dibuka, dan berlaku belian saham-saham yang termaktub dalam DANA. Jikalau saham-saham BSKL naik, dan diambil kira percentage semua, maka kenaikan harga DANA pun berlaku.

Mungkin, harini harga RM0.3000, esok dia naik jadi RM0.3024. Lusa naik RM0.3072, tulat turun pulak RM0.3050, lepas tu naik balik RM0.3084...so dari kenaikan harga tu la, "VALUE" duit kita naik....katakanlah ia naik RM0.3084..Berapakah nilai duit anda?

RM0.3084 x 1,000 = RM308.40...untung tak?? hehe....baru seminggu tu....(itu contoh aja, tetapi contoh yang saya beri itu adalah contoh kenaikan yang logik)...

KAEDAH KEDUA, setiap dana akan diberi dividen setiap tahun dengan cara DISTRIBUTION. Misalnya, dia akan announce, setiap 1 unit, akan dianugerahkan distribution RM0.02. So, kiralah sendiri: RM0.02 x 1,000unit = RM20 tuuu....ok jugakkan? RM308.40 + RM20 = RM328.40 ...maknanya anda dah dapat RM28.40 profit out of RM300 = about 9% dahh tuu...

KAEDAH KETIGA, setiap dana "mungkin" diberi UNIT SPLIT..contohnya, dia akan cakap, 4:1, bermaksud, setiap 4 unit yg kita ada dia akan anugerahkan 1 unit PERCUMA. SO bermakna, kalau kita ada 1,000 unit, dia akan kasi 250 unit PERCUMA...jadi jumlah yang kita ada adalah 1,250 unit....

So jika kita jumlahkan kesemuanya dah berapa tu?? Untung tak? Mungkin untung....tapi, itu kalau market ok....kalau market menjunam macam tahun lepas, ada kemungkinan harga satu unit pon menjunam drpd RM0.30 kepada RM0.24 misalnya....jadi dalam hal itu, value duit kita rugi....

So yang terbaik adalah jika kita mula INVEST masa harga tengah rendah....time skrg harga agak rendah, tapi tak serendah ujung thn lepas....oleh demikian kita bole masuk sedikit demi sedikit...contohnya, sebulan sekali kita masuk.....

contohnya, setiap bulan kita masuk lebih kurang RM300....kalau harga rendah, bermakna dengan RM300, kita dapat beli MORE UNIT....kalau harga tengah tingi kite masuk juga RM300, bermaksud kita beli sedikit aja unit....kaedah itu dinamakan, DOLLAR COST AVERAGING (DCA)....

Clear tak? orait..till then, wassalaam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit, hehe
AbgZan
Erk, menakutkan betul tajuk di atas kan? hehe...

Begitulah tajuk Bicara Mufti pagi smlm....

Kematian adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Walaupun ada penawar segala penyakit pon, mati tetap tidak dapat dielakkan. Seperti yang kita tahu, al-Quran dan madu adalah penawar segala penyakit. Habbatus Sauda juga dalam hadis dikatakan penawar segala penyakit kecuali mati.

Dahulu ada orang bertanya mengapa kita tidak diberi tahu bila kita akan mati? Mana taknya, semua orang nak tau bila kita akan mati. Senang la nak prepare nak bertaubat ye dak?

Maka dijawab malaikat maut, tanda-tanda telah diberi:
1) Uban di kepala
2) sakit-sakit atau sengal2 badan, dan sebagainya

Tanda-tanda tersebut merupakan tanda-tanda yang maut sudah semakin hampir. Maka, apakah persediaan kita utk menghadapi kematian?

1) Muhasabah diri : apa kebaikan dan keburukan telah kita lakukan, dan cuba improve
2) Berdoa semoga kita diberi kekuatan membuat kebajikan dan dijauhkank kemungkaran
3) Meninggalkan pesan dan wasiat: Pesan kepada waris supaya membuat kebajikan dan kebaikan, dan meninggalkan wasiat kepada waris. Kenapa pentingnyer buat wasiat? Sebab meninggalkan harta utk waris adalah lebih baik daripada warisnya menjadi orang yang meminta-minta kelak...

Sudahkah kita semua bersedia utk mati? Sudahkah kita membuat wasiat?

"Sebelum den meghembuskan nafas eden yang terakhir, eden nak wasiatkan segala harta pusaka eden kepada u ollz. Abdul Wahab den nak kasi Rm40 dalam Maybank, nah ni kad ATM Maybank den. Abdul Wuhub den nak kasi T-shirt pagoda yang den pakai skrg ni. Abdul Wihib eden nak minta tolong bayarkan hutang bank, boleh tak?"


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe
AbgZan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,


Siapa di sini yang sudah mempunyai rumah? Adakah kalian semua beli rumah dengan bayar cash? Atau pakai loan? Kalau anda pakai loan, loan jenis apakah? Conventional kah, atau islamic kah?


Kalau zaman-zaman 3-5 tahun lepas, rate untuk islamic housing loan agak mahal. Rata-rata, semua bank yang menawarkan Islamic package agak mahal. Ada yang 7.75% for the whole tenure, ada yang 8%, ada yang 6.5% hanya utk the first 5 years, and so on.


Conventional rate amat murah, hanya BLR-1%, atau BLR sahaja. Kalau time 5 tahun lepas, BLR = 6.75%, ditolak dengan 1% sudah 5.75%, tidakkah lebih murah?


So atas dasar tu ramai yang meminati conventional package.


Akan tetapi sedarkah anda, bahawa, conventional rate, tidak mempunyai ceiling rate? Di mana, sekiranya BLR naik sampai 14% ke, atau 12% ke, maka, rate itulah yang kita akan bayar? Itu agak risiko untuk kita.


Akan tetapi, argument yang orang akan cakap adalah, "Tetapi Islamic rate mahallaaa..." ...


Betul, tetapi sekarang, Islamic Housing Loan sudah mula diserapkan penggunaan BLR. Contohnya, antara yang terbaik yang kita boleh jumpe di bank sekarang ni, adalah BLR-2.1% fixed for the whole tenure, up to 40 years. And also ceiling rate apply as low as 9.55% !!


Saya rasa ini agak menarik, sebab jika dikaji, BLR di Malaysia ni, rata-rata most of the time di bawah takuk 7%....so kalau even ditakdirkan BLR naik sampai 7% pon, ditolak 2.1%, kita hanya menanggung 4.9% aja...ok apa?


So atas dasar itu, gua ambil keputusan refinance kan rumah gua dengan islamic housing loan berasaskan BLR. Sekarang ni pun, kalau kita tgk kebanyakan bank menawarkan rate housing loan islamic yang amat menarik, di mana jauh lebih baik daripada conventional yang hanya setakat BLR-1%, DAN TANPA CEILING RATE!


So renung2kanlah....wallahua'lam...

Anda juga boleh berdiri megah sebegini rupa sambil tersengih bangga di hadapan rumah di samping awek yang tumpang gembira di sisi. Apakah rahsia kegembiraan mamat di atas? (jawapan: membuat refinance)


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe
AbgZan
Saham merupakan salah satu peruntukan pelaburan yang saya sukai. Jikalau kita sabar, tidak tamak, mempunyai ilmu teknikal dan fundamental di samping jika kita bernasib baik, kita boleh mendapat untung yang banyak.

Akan tetapi, jika kita tamak, atau tidak sabar, atau hanya membeli membuta tuli, atau hanya beli mengikut orang, kita boleh rugi banyak dan terduduk.

Antara perkara yang penting dalam trading saham, adalah timing yang betul untuk membeli. Kadang-kadang, terbeli lambat sikit, harga sudah naik "double". Kadang-kadang terjual lambat 3 saat, dah rugi berpuluh ribu ringgit. Tetapi itu semua bergantung juga kepada counter apa yang kita perhatikan.

Timing yang betul, tidak bermaksud pukul berapa kita beli. Kadang2, timing juga bermaksud, bulan berapa kita beli, atau tahun bila kita beli, atau tarikh bila kita beli.

Contohnya, jika dilihat boleh dikatakan 90% daripada counter2 di BSKL jatuh pada harga terendah pada lingkungan HUJUNG OKTOBER 2008 dan sehingga kini, kebanyakan dari counter2 tersebut telah naik. Ada yang naik:

1) 50% (kebanyakannya saham2 bluechip yang harga mahal, spt Sime, TM, TENAGA)

2) 100% pon ada

3) 300% - 400% pon ada spt MKLAND (saham favoriteku, hehe)

Cara membeli saham yang betul, ada banyak. Faktor timing yang tepat juga penting. Bagaimana mahu tahu timing yang tepat? Kebiasaanya, orang membeli saham semasa harga tengah tinggi. Dan kebanyakan orang menjual, semasa harga tengah menurun sebab panik yang amat.

Sebenarnyer cara yang betul adalah membeli saham semasa ramai orang menangis, berkerut dahi, tepuk dahi, terduduk dan tatkala ada kita dengar ada yang bunuh diri akibat kerugian saham.

Memang dengar macam pelik, tapi masa itulah bagus untuk kita beli saham (secara beransur-ansur) kerana "tanda-tanda" tersebut membuktikan harga tengah rendah.

Tetapi, jikalau kita dengar, ramai orang duduk beli saham, tatkala petani, buruh, apek jual kangkung dan orang-orang tepi jalan pun duduk beli saham, kerana market tengah menaik mendadak, usahlah kita ikut. Tetapi, time itulah patut kita mula menjual sedikit demi sedikit (secara beransur-ansur).

Mengapakah perlu kita beli dan jual secara beransur-ansur? Dan tidak sekaligus?

Akan kusambung di episode akan datang, insyaAllah.


"Itu hari, pakcik ada beli 5 lot saham Gamuda, 200lot saham Iris, 10 lot saham Axiata, 25 lot saham Digi. Tapi pakcik tak berapa ingat berapa harga pakcik beli. Jap yer, pakcik check kat paper jap, berapa dah harganya harini, entah naik entah turun, tak tau la pakcik...haaa, naik pun...untung pakcik, hehe..", begitulah kata-kata yang mungkin diluahkan oleh pakcik ini...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe
Labels: , 4 comments | edit post
AbgZan
Assalamualaikum semua,

Setiap hari kita berdoa. Ketika bangun tidur. Sebelum tidur. Sebelum makan, selepas makan. Ketika nak naik kenderaan, nak keluar rumah, masuk rumah. Selepas solat. Hatta semasa solat pun sebenarnyer kita berdoa.

Doa ni penting untuk memohon sesuatu dari Allah. Ia boleh dikatakan satu jenis pelaburan, di mana, kita melaburkan penat lelah kita (tak penat pon sebenarnyer, hehe...) bagi mencapai apa-apa yang kita inginkan. Even untuk mendapatkan kekayaan, murah rezeki, panjang umur, dan dihindarkan dari sebarang penyakit.

Hari ini, saya ingin lampirkan satu doa untuk menghindarkan diri dari sebarang penyakit berbahaya termasuk H1N1. Semoga kita semua selamat daripada sebarang penyakit berbahaya, amin.

Doa ini, didapati daripada email my twin brother, credit to him...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe
Labels: 5 comments | edit post
AbgZan
Assalamualaikum semua,

Kelmarin ada kuceritakan berkenaan excess cash yang ku ambil hasil daripada refinance rumah, ku ingin laburkan di ASB, Koperasi, Emas dan Stock Market...

Berapakah projection yang ku expect secara purata setiap tahun?

1) ASB : 8%

2) Koperasi (HPA) : 15% - 20% (masih dalam kajian)

3) Emas : 15%

4) Stock Market : 15% - 20%


Persoalannya mengapakah saya ingin invest di situ sahaja, bagaimana pula dengan "bakul-bakul" lain?

Bakul-bakul lain, telah kumasukkan, dan ada sebab kenapa tidak keperuntukkan, misalnya:

1) Bank Rayat : Telah penuh (orang ramai berebut) - 15% annually at least

2) Bank Persatuan: Hampir penuh (sudah makin ramai orang tau, tak lama lagi full la ni) - 10%-12% annually

3) Hartanah : Komitmenku telah sampai tahap tepu, di mana bank agak sukar utk luluskan utk beli rumah baru

4) Unit Trust : Now is not exactly the right timing

5) Forex : Terlalu amat risiko

Di kemudian hari, akan kuceritakan berapa harga emas yang berpatutan utk dibeli dan beberapa senarai stock market yang berisiko rendah dan berpotensi utk naik...

Wallahu'alam...Bak kata pepatah, "Don't put all your eggs in one basket". What does it mean? Kalau letak semua telur dalam satu bakul, kalau bakul tu terjatuh, maka pecahlah kesemua telur tersebut. Renung-renungkanlah :)


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe
AbgZan
Ada sesiapa pernah dengar RULE 72? Apakah ia RULE 72? Pelik semacam aja! Ada 72 peraturan utk dipatuhi ke apa? hehe....

RULE 72 adalah satu formula yang direka oleh ahli bijak pandai utk kemudahan pengiraan congak sesuatu amount. Ia boleh dikira untuk:

1) Mengetahui berapa lamakah sesuatu amount yang dilabur untuk menjadi "DOUBLE" sekiranya percentage dividen diketahui utk setiap tahun

2) Berapa lamakah taraf hidup akan menjadi "DOUBLE" jikalau percentage annual inflation diketahui

CONTOHNYA:

1) Jika kita labur RM100k di dalam ASB, dan sekiranyer ASB memberi dividen 7% setiap tahun, ia mengambil masa 10 tahun utk RM100k menjadi RM200k.

Pengiraanya adalah begini:

72/7 = 10.28 years

2) Jika kita labur RM100k di dalam Bank Rakyat, dan sekiranyer Bank Rakyat memberi dividen 15% setiap tahun, ia mengambil masa 5 tahun utk RM100k menjadi RM200k.

Pengiraanya adalah begini:

72/15 = 4.8 years


3) Jika sekarang kita ada RM100k, dan sekiranyer inflasi adalah 3% setiap tahun, ia mengambil masa 24 tahun utk RM100k valuenye menjadi RM50k (taraf hidup menjadi double).

Pengiraanya adalah begini:

72/3 = 24 years


Boleh faham tak agaknya? Kalau tak faham tinggalkan komen di bawah ni yer...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe
AbgZan
Tajuk di atas macam tergantung pulak, hehe...bukan apa, pjg sgt tajuknya....so jikalau begitu, apakah maksud "rumah pertama telah ku signed"? Sign utk apa?

Sebenarnya maksudku adalah offer letter telah ku signed utk refinance rumah dengan amount yang lebih tinggi daripada harga beli, hehe....

Alhamdulillah, market value rumah yang kubeli di sekitar Seksyen 26 Shah Alam yang diberi nama Taman Bukit Saga, telah naik menurut bank yang memberi offer tersebut....Secara rough kenaikannya about double daripada harga kubeli pada bulan May 2006...
Jadi kuambil refinance amount yang about 80% daripada market value (walaupon bank leh kasi up to 90%).

Tujuanku tak lain tak bukan adalah untuk mendapatkan extra cash utk ku labur di ASB, koperasi, emas dan stock market (long term)...sudahku projectkan bagaimana peruntukan untuk setiap bahagian...
Daripada pengiraanku menggunakan excel, amount tersebut akan menjadi "double" selepas about 5-6 tahun...wow, hehe...harap2nya gitulah....itupon sekiranya, kesemua "bakul-bakul" memberi pulangan yang diharap2kan....lepas ni insyaAllah kubincangkan apakah pulangan yang kuharapkan utk setiap satu di lain episode..

Sebenarnyer pengiraan menjadi "double" tersebut tidak perlu menggunakan excel dah boleh kira congak...dengan menggunakan RULE 72, pernah dengar tak?? InsyaAllah akan kubincangkan juga di lain episode...

Pagi semalam (pagi Jumaat) hambo ada satu kisah lucu yang nak dikongsikan.....kisahnyer begini....sebelum ni ada satu BANK A beri gua offer rate baik punya utk refinance rumah dengan rate Islamic yang berlandaskan BLR dan mempunyai "ceiling price" ...then BANK B nak beri COUNTER OFFER utk rate yang lagi baik...tunggu punya tunggu BANK B kata headquarters tak approved pulok...

Pastu kawe mau deal dengan BANK A.
Sekali BANK B sms pulok mengatakan BANK B boleh offer OD (Over Draft Facilitiy). Pegawai BANK B kata on top of the refinance amount, BANK B boleh kasi lagi "another same amount" masuk dalam CURRENT ACCOUNT, dan boleh dikeluarkan utk sebarang tujuaan (tapi of course kena bayar balik la). Rate sama dengan refinance rumah punya rate.

Contohnya...katakanlah patik refinance rumah berjumlah RM500k, di mana RM300k adalah utk bayar utang rumah, dan RM200k utk ambil cash. On top of that, BANK B nak kasi lagi another RM500k masuk dalam current account yang ready to be used any time....

Pabila daku mendengar BANK B cakap begitu, apa lagi, gua terus setuju la, dan terus pergi ke BANK B petang Jumaat semalam utk penerangan lanjut. Sekali argue punya argue, "pegawai lain" BANK B kata ada salah faham, di mana ia nya tidak betul, hehe...gua hampa sungguh. Kalau ianya betul, gua sudah berangan2 mau angkat lagi 3 rumah di kawasan hot kegemaranku (hehehe, tempat "hot" ni memang selalu orang call nak rent, sudah berpuluh2 kali, walaupon sudah disewakan)....

Sejurus lepas mengetahui bahawa berlaku miscommunication, maka terus ku deal dengan BANK A, dan "Rumah Pertama Telah Ku Signed..." ... Rumah ke-2 dan ke-3 akan menyusul utk direfinance....dengan bank lain pulok, hehe....

Figure 1: Antara rumah yang menarik yang boleh dibeli oleh sesiapa saja, dengan menggunakan teknik pengurusan wang yang betul.


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe
AbgZan

Salaam and hi all,


Bila tengok aja tajuk di atas semua mata terbeliak, confirm punya la. Hanya orang jutawan aja yang pejam mata sambil terkekek (sbb petik jari leh dapat duit tu)..


Persoalannya camana nak dapatkan duit sebanyak tu dengan cepat?


Senang aja kalau rezeki di pihak anda....


1) Pertama sekali kena rajin dengar radio Fly.fm (hehe, ni promote sikit radio ni, kena minta comision sikit ni, hehe)...

2) kedua, kena ada handphone kat tangan lebih kurang pukul 7.45pagi.

3) Kena tunggu Fly.fm cakap "call now"...

4) Kena call dengan jayanya sampai crew diorang angkat

5) Kena jawab soalan berikut:

"Malaysia is the third highest number of ......"

6) Jika menang, hadiah RM24,200 di tangan anda (as of Thursday, 6 August 2009).


Semoga berjaya!

"Tahniah, ANDA MENANG!! Nah, eden masukkan duit RM25,000 dalam sampul surat ni, nanti baki hang pulangkan ok?"


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Assalamualaikum,
Pagi tadi kusempat kulihat sekejap aja Bicara Mufti dalam TV yang membicarakan tentang bersedekah. Dikatakan sedekah yang terbaik adalah sedekah yang:

1) Daripada harta yang halal
2) Daripada harta yang paling kita sayang (dan bukan daripada harta yang kita dah nak buang, hehe)
3) Ikhlas

Apa pun, apa yang saya pernah dengar adalah, "sedekah yang baik adalah sedekah yang tangan kiri tak nampak tangan kanan yang bersedekah". Macam tu lah lebih kurang bunyinya...

Wallahu'alam.
"Nah ambik la keretaku ini, inilah kereta kesayanganku, hehe" Kata seorang mamat (sambil terkekek, dalam hatinya, inilah kereta yang kuingin buang dahhhh)
AbgZan
How to lose money? Aik, salah tulis tajuk ke tu? hehe...Tidak, tajuk tu betul. Tu antara perkara yang dibincangkan di Fly.fm (gua selalu dengar radio ni, switch-switch dengan BFM)...

Betul ke boleh hilang RM1 Million in 1 minute? Hamba pon terkejut dengar. Rupa2nya Fly.fm membincangkan apa yang berlaku di oversea (US). Dikatakan ada orang sharing / download lagu, di saman beratus-ratus ribu, walaupun hanya beberapa minute. Amazing kan? Bagaimana orang2 di US buat duit dengan cara menyaman...

"Nah, ambik duit ni, utk installment pertama RM1 juta. Lagi baki RM958,850 akan kubayar secara beransur2 nanti, k bro?" Begitulah ucapan yang mungkin diungkapkan oleh mangsa saman.

Law macam ni juga telah dilaksanakan di Singapore. Dikatakan Malaysia pun soon to be launched, hehe....

Saja aja nak ingatkan semua readers supaya berhati-hati :)


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Pagi ini saya ingin bertanya, sudahkah anda semua mempunyai insurance? Adakah ia perlu? Atau tidak perlu? Adakah ia optional? Bagi yang sihat, adakah ianya nonsense?

Sebenarnyer, insurance perlu bagi setiap orang. Mula2 ia adalah wajib utk semua kereta. Kemudian utk insurance nyawa ianya optional, tetapi ia perlu sbg jaminan hidup, tetapi tidak wajib. Jika kita hendak memeliki insurance, skim insurance bagaimana yang patut kita ambil? Yang mempunyai investment, atau tidak?

Berikut saya lampirkan satu contoh insurance yang saya terima di peti surat saya beberapa minggu lepas:





Insurance perlu bagi semua orang, cuma kadarnya boleh dipilih utk premium yang berbeza. InsyaAllah, saya akan ceritakan beberapa insurance yang saya ambil utk saya dan keluarga.


Wassalaam.



Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Pagi tadi, perbincangan berkenaan cara-cara mengimarahkan Masjid dan faedah2 yang kita peroleh sebagai umat Islam dalam TV di rancangan Bicara Mufti. Dibincangkan bahawa sekarang ni ramai orang salah tafsir, dengan hanya menggunakan masjid utk aktiviti ibadah sahaja.

Figure 1: Petikan akhbar minggu yang diambil, sebagai contoh aktiviti yang boleh diamal di Masjid atau surau

Rasulullah S.A.W ada bersabda yang membawa maksud Masjid boleh digunakan sebagai pusat ilmu. Zaman dahulu ramai orang berebut2 dan berpusu2 pergi ke Masjid untuk menghadiri majlis ilmu. Selain itu, Rasulullah juga pernah membenarkan Masjid digunakan utk aktiviti "sosial yang sihat". Masjid Nabawi pernah dibenarkan untuk dijadikan tempat berlawan pedang dan Rasulullah sendiri menontonnya.


Figure 1: Aktiviti lawan pedang sebegini suatu hari nanti akan ditukar tempat di Masjid pula.

"Aiyaarrrkk, awat hang datang dokek sangek ni bro?"

Figure 3: AKtiviti lawan pedang ni juga boleh dipelopori oleh golongan warga emas.

Apakah faedah-faedah mengimarahkan masjid? Menurut hadis, antara faedah-faedahnya adalah akan diberi kedamaian oleh Allah dan dilimpahkah rahmat yang melimpah-ruah di samping dilindungi oleh para Malaikat. Wallahu'alam.


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe