AbgZan
Assalamualaikum semua,

Kelmarin ada kuceritakan berkenaan excess cash yang ku ambil hasil daripada refinance rumah, ku ingin laburkan di ASB, Koperasi, Emas dan Stock Market...

Berapakah projection yang ku expect secara purata setiap tahun?

1) ASB : 8%

2) Koperasi (HPA) : 15% - 20% (masih dalam kajian)

3) Emas : 15%

4) Stock Market : 15% - 20%


Persoalannya mengapakah saya ingin invest di situ sahaja, bagaimana pula dengan "bakul-bakul" lain?

Bakul-bakul lain, telah kumasukkan, dan ada sebab kenapa tidak keperuntukkan, misalnya:

1) Bank Rayat : Telah penuh (orang ramai berebut) - 15% annually at least

2) Bank Persatuan: Hampir penuh (sudah makin ramai orang tau, tak lama lagi full la ni) - 10%-12% annually

3) Hartanah : Komitmenku telah sampai tahap tepu, di mana bank agak sukar utk luluskan utk beli rumah baru

4) Unit Trust : Now is not exactly the right timing

5) Forex : Terlalu amat risiko

Di kemudian hari, akan kuceritakan berapa harga emas yang berpatutan utk dibeli dan beberapa senarai stock market yang berisiko rendah dan berpotensi utk naik...

Wallahu'alam...Bak kata pepatah, "Don't put all your eggs in one basket". What does it mean? Kalau letak semua telur dalam satu bakul, kalau bakul tu terjatuh, maka pecahlah kesemua telur tersebut. Renung-renungkanlah :)


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe
1 Response
  1. Anonymous Says:

    Bro..Emas tu boleh dibeli kat Maybank betol tak?...yg aku takut bila nak jual, tak dapat...ada ker kes cam gitu...memang teringin gan nak bubuh kat emas nih...Hafiz