AbgZan
Salaam all,

Ada macam-macam pendapat..ada yang kata haram,ada yang kata halal....ada yang kata haram sbb terlibat dalam pelaburan tobacco, ada yg kata haram pasal terlibat dalam pelaburan bank yg mengamalkan riba...Ada yang tidak labur dlm ASB sbb takut haram, tapi pada masa yang sama dia sendiri buat loan dari bank conventional dan merokok...wallahu'alam...

Saya tak berani nak buat apa2 ulasan ttg hukum-hakam ni, sbb kalau salah bg hukum, besar dosanya, saya pun bukan hebat mana dalam bab-bab agama ni....tapi saya nak pastekan keputusan FATWA KEBANGSAAN:

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Labur ASB, ASN harus – Majlis Fatwa Kebangsaan

KUALA TERENGGANU 3 Feb. – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah).

Katanya, ia turut meliputi dividen atau bonus yang diberikan kepada mereka yang melabur dalam ASB dan ASN.

‘‘Masyarakat Islam kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status pelaburan dalam ASB dan ASN serta dividen yang mereka terima hasil daripada pelaburan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-80 di sini hari ini.

Muzakarah yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini turut dihadiri Setiausaha majlis itu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan 14 mufti dari seluruh negara.

Abdul Shukor berkata, muzakarah itu juga memutuskan pembangunan ke atas tanah wakaf am dan khas diharuskan jika ia mengekalkan niat asal pewakaf.

‘‘Pembangunan tanah wakaf khususnya, masjid dengan tambahan projek pembangunan serta beberapa penambahbaikan dibolehkan tetapi ia hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan oleh wali amri iaitu majlis agama atau kerajaan negeri terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, muzakarah itu turut memutuskan pemakaian lambang agama lain oleh masyarakat Islam adalah dilarang.

‘‘Umat Islam dilarang memakai atau menggunakan lambang-lambang agama lain jika ia dinyatakan atau tertera dengan jelas,” katanya.

Di sini juga saya nak tambah link daripada Ustaz Zaharudin yang tidak berapa setuju dengan fatwa kebangsaan:

http://www.zaharuddin.net/content/view/805/72/#maxcomment84257

Apa pun keputusan di tangan anda, untuk menilainya..Kepada yang tak yakin boleh la menjauhinya, dan yang yakin, up to you utk berfikir semasak-masaknya...yang di tengah-tengah boleh la solat istikharah...

Saya yang sudah sekian lama masuk ASB, pun agak keliru, tetapi pro sedikit kepada fatwa kebangsaan, di atas manfaatnya kepada kita dan ekonomi Islam. Apa pun kita harap agar ASB dapat mengimprovekan sektor-sektor yang diceburinya, jika terdapat kesangsian yang dapat diperbaiki....

.Wallahu'alam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

Labels: , , edit post
5 Responses
  1. Syaifuldeen Says:

    Cuba buka link ni.http://www.zaharuddin.net/content/view/805/72/#maxcomment84257


  2. AbgZan Says:

    Thanks bro for the link :)


  3. Anonymous Says:

    Ditakuti kenyataan dan keputusan yg dibuat untuk menjaga hati kerajaan dan rakyat. Tapi hujah daripada Ust Zaharuddin pun berguna juga. Walaumcmanapun, bergantung pada keyakinan hati :)

    AdikNaz


  4. Anonymous Says:

    hukum pelaburan asb harus mengikut mufti. tapi ada kah pelaburan asb secara pinjaman dari maybank tu hukumnya juga harus? Adakah pinjaman tersebut pinjaman islamic macam kita buat islamic loan utk rumah, kereta dsb?
    Di sini kita kena tengok kaedah memperolehi sesuatu yang harus/halal supaya ia tidak menjadi haram. Sedangkan pinjaman maybank utk loan asb umpama pinjaman secara conventional.

    -azman-


  5. Anonymous Says:

    saya rasa kita sbg org islam, sebaik2nya tinggalkan perkara yg syubhah (ragu2/was2) ttg status halalnya. Itu lebih baik:)