AbgZan
Ada sesiapa pernah dengar RULE 72? Apakah ia RULE 72? Pelik semacam aja! Ada 72 peraturan utk dipatuhi ke apa? hehe....

RULE 72 adalah satu formula yang direka oleh ahli bijak pandai utk kemudahan pengiraan congak sesuatu amount. Ia boleh dikira untuk:

1) Mengetahui berapa lamakah sesuatu amount yang dilabur untuk menjadi "DOUBLE" sekiranya percentage dividen diketahui utk setiap tahun

2) Berapa lamakah taraf hidup akan menjadi "DOUBLE" jikalau percentage annual inflation diketahui

CONTOHNYA:

1) Jika kita labur RM100k di dalam ASB, dan sekiranyer ASB memberi dividen 7% setiap tahun, ia mengambil masa 10 tahun utk RM100k menjadi RM200k.

Pengiraanya adalah begini:

72/7 = 10.28 years

2) Jika kita labur RM100k di dalam Bank Rakyat, dan sekiranyer Bank Rakyat memberi dividen 15% setiap tahun, ia mengambil masa 5 tahun utk RM100k menjadi RM200k.

Pengiraanya adalah begini:

72/15 = 4.8 years


3) Jika sekarang kita ada RM100k, dan sekiranyer inflasi adalah 3% setiap tahun, ia mengambil masa 24 tahun utk RM100k valuenye menjadi RM50k (taraf hidup menjadi double).

Pengiraanya adalah begini:

72/3 = 24 years


Boleh faham tak agaknya? Kalau tak faham tinggalkan komen di bawah ni yer...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe
Labels: edit post
2 Responses
  1. 4 Traits of a Top Financial Blog. http://www.investopedia.com/articles/pf/09/financial-blog.asp?partner=basics8