AbgZan
Assalamualaikum dan selamat pagi,

Pernah dengar tak ASB Loan? Saya rasa semua readers pernah dengar. TInggal nak ambil tau aja..Mungkin ada jugak reader yang dah buat ASB loan ni....Berdasarkan analysis yang saya dah buat, ASB loan ni adalah satu loan yang menguntungkan pengguna. Malah kita ia boleh dikatakan satu loan yang percuma.

Mengapa percuma? Itu saya akan terangkan next time. Tapi skrg saya akan berbincang macamana ASB Loan boleh menguntungkan....

Ok, cuba lihat jadual di bawah (jadual yang disediakan oleh Maybank untuk bulan Julai 2009,BLR-1.35% (jadual kuning)....Bulan Ogos, lagi best, BLR-1.65%):

Cuba tengok bahagian2 yang dibulatkan. Bulatan itu dibuat secara random utk bayaran yang lebih kurang RM920 sebulan utk bayar loan. Comparison kesemua pilihan yang ada di atas akan dibuat berbanding dengan, "anda melaburkan RM920 secara manual kepada ATSB anda tanpa buat loan".

Contohnya, anda nak buat perbandingan anda invest RM921 sebulan selama 25 tahun ke dalam ASB. Masukkan ke dalam excel (maaf, ikutkan hati, saya nak attachkan di sini, tapi tak reti camana pulak), anda buat pengiraan berdasarkan "compound interest" sampai 25 tahun, assuming ASB akan beri 8.5% annual dividen secara purata (takde sapa dapat predict exact, tapi just ramalkan purata), anda akan dapati, duit anda akan membiak sampai RM906k selepas 25 tahun, WOWW! Dalam masa 5 tahun, jadi RM68k...15 tahun, RM325k!!! Sounds impressive kann????

Tapi bagaimana prestasi tersebut dicomparekan dengan ASB Loan sebanyar RM170k, di mana anda kena bayar RM921 sebulan kepada bank. Bayaran tersebut dibuat kerana bank akan beri RM170k up front utk dilaburkan ke dalam ASB (RM170k walaupun depa kasi kat kita, tapi depa pegang dulu sampai 25 tahun, hehe)...

masukkan dalam excel pengiraan dividen 8.5% pulak...anda akan dapati, selepas 5 tahun, jumlah pelaburan sudah jadi RM255k termasuk RM170k atau jika nak diabaikan pokok, hanya ambik kira dividen semata, anda sudah dapat RM85k (255k-170k)...Wow, ini sudah lebih dari kaedah labur sendiri yang dibincangkan sebelum ini....Bagaimana pulak selepas 15 tahun? RM578k !!! Kalau ditolak RM170k, RM398k tu, PUN LEBIH DARI KAEDAH PERTAMA tadi....

Selepas 25 tahun pulok? RM1.3 million (termasuk RM170k yang akan dipulangkan kepada customer)!! Wow, sudah jutawan !!! Benarkah?? Ianyer benar, tapi dengan syarat, jikalau ASB maintain kasi konsisten 8.5% setahun dividen...kalau kurang,kurang la, kalau lebih, even better!!

Akan tetapi ada risiko jugak, di mana risiko jikalau BLR naik, kita akan kena bayar lebih la loan nanti...

Tapi nasib baik, Maybank sekarang sudah ada Islamic rate, yang ada capping 9.55%...

Ok, comparision di atas dibuat untuk package loan ASB 25 tahun...kalau anda nak buat 20 tahun ke, 15 tahun ke, pun still untung....anda kena buat sendiri ler...seperti saya cakap tadi, kalau reti attach excel, dah lama attach, tapi tak reti pulok....

So, anda pikir2kan lah.....

Lepas ini, insyaAllah saya akan bincangkan lagi, bagaimana pulak, untuk membuat Loan ASB tanpa keluarkan duit....WOW, possible ke bro?? hehe...

Nantikan....

Wallahu'alam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: , , edit post
15 Responses
  1. Zura Says:

    salam...info menarik..sy dh buat & dh byk dgr org ckp ASB loan nie menguntungkan tp th cm tue2 je.....


  2. sy pun bminat jgk psl asb loan ni. tp x suka sgt bila pihak bak manajng call if lewat byr..


  3. salam, sy bru je diperkenalkan psl ASB LOAN tu, sb ade buat promotion kt pat sy, bru anta salinan ic je, nnti kol blk erm..tp takde pun, under RHB BANK, SBLM sy buat kata putus, nk tnye ok tak klu under RHB BANK tu? Ape bezanya ngan under Maybank? hantar maklumat kt emel sy: fitrahalam@yahoo.com


  4. CIk Zura, thanks...Cik Zura ni macam kenal, yang pernah jadi agent Prudential ke?


  5. alahai, pertama sekali kalau depa call, apa salahnya, at least ada jugok rakan berbual...hehe...kedua, kalau tak suka atau benci sgt org bank call, kenapa lewat bayar? Kalau tak suka, leh buat reminder bayar cepat2...hehe....

    lagipon, demi mendapatkan duit lebih dlm bank, apa salahnya kalau bank call, hehe


  6. Macam ni Fitrah alam,

    Under Maybank yg saya buat, bukan apa, pasal saya ingatkan Maybank rate yg terbaik masa bulan July tempoh hari...time tu, Myabnk BLR-1.35% (3 yrs), then BLR-1.3%....

    Bila dah buat2, tgk2 CIMB and RHB give much better rate...aduhaii....

    Tapi ada 3 benda yg Maybank menarik compare to both RHB dan CIMB:

    1) Maybank ada Islamic finance (yg lain takdak, ini menarik bg yg memandang berat kepada issue islamic)

    2) Disbbkan dia islamic rate, maka dia ada ceiling rate, iaiti 9.55%, so kalau BLR melambung, kita takde la nak risau sgt...

    3) Maybank satu2nya yg ada bg offer sampai 25 thn....hehe....mungkin ada yg ingat rugi sbb 25 tahun nanti kena bayar interest lebih...tapi pada hakikatnya, lagi lama kita buat, lagi kita untung...sbb kalau kita nak tgkkan kepada kemampuan RM921 sebulan, utk tempoh 25 tahun, kita dpt amik up to RM170k, kalau 18 thn hanya mampu RM140k, kalau 10 tahun dgn RM922 hanya mampu dapat RM90k dan 5 thn dgn bayar RM925 hanya RM50k...so pikir2kanlah...from my analysis lagi lama lagi untung (again, kalau i reti attach excel, i dah attach dah)....

    4) BONUS POINT: Maybank dah revise rate depa even better rate for the month of August till September, wow...up to BLR-1.65% kalau tak silap...untung org yg tak buat lagi, heeh..

    Wallahu'alam...


  7. gokou77 Says:

    Salam bro,
    Aku ada buat asb loan ngan maybank jugak bulan mei lepas. masa tu 3 tahun pertama blr-1.65% dan kemudian -1.5%.ceiling rate 10% Ikat utk 25 tahun terus. lock in period 2 tahun je. ni kira dana persaraan aku sebab aku tak de epf dan pencen.


  8. tahniah la, semoga berjaya mendpat wang persaraan hasil daripad ASB ni, hehe :)

    wallahu'alam


  9. Yusman Says:

    abg zan,
    nak tanya pendapat la ni cimb ade offer 3.75% fixed for 2yrs..pastu BLR-1.76% thereafter for asb loan ni tapi sampai 20 tahun je..processing rm110..compare dgn maybank offer blr-1.65% for 3yrs,blr-1.50% thereafter..mana yg ok u rasa?


  10. Faedah Loan di Maybank:

    1) Islamic (kpd yg memandang kepada soal riba)

    2) Dpt buat sampai 25 thn (lebih menguntungkan)

    3) Ceiling rate at about 10% (compare to bank lain yg takde ceiling rate)

    4) Maybank you boleh nego utk kasi BLR - 1.76% kalau u buat big amount of loan :)


  11. azza Says:

    sorry... saya budak baru belajar..
    saya tak berapa faham dengan term

    (blr-1.65% dan 1.5%.ceiling rate 10%)


  12. Anonymous Says:

    betul..setuju sangat..tapi ingat, cara ni applicable utk loan amount besar sahaja..klu loan amount kecil, end of the day kena tambah duit poket sendiri...hehe....cth mcm kita ambil loan 10k, div 8.5%, baru rm850/12 = rm70. maybe bulanan kita kena byar rm150. that means..kena tambah duit poket sendri...


  13. Anonymous Says:

    so far RHB bank tawarkan loan ASB paling best. contohnya kita ambil 100k utk 20 tahun. monthly kena bayar rm608. tapi utk first 3 years, monthly cuma kena byar separuh sahaja dari rm608. almost separuh (saya x brapa igt brapa). lepas 3 tahun, dari rm608 jadi rm708 utk following years tue. nampak mcm rugi skit. tapi awal2 tue dia dah kasi bonus kan. plan lah elok2 utk gandakan duit itu dalam tempoh masa diberi.


  14. zie Says:

    sy brminat utk melabur.tp nk tau mana yg lebih mnguntungkan dan selamat? ASB, bank persatuan,or bank rakyat?


  15. AbgZan Says:

    Zie,
    insyaAllah semuanya selamat,sbb semuanya ada jaminan kerajaan...darisegi return, Bank Rakyat paling tinggi, diikuti Bank Persatuan dan ASB...:)tetapi, Bank Rakyat, sudah penuh kuota, yg tinggal 2 di atas jer...